Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

12 Ogos, 2012

Terkini! Berita yang meresahkan serpihan UG!

KOTA MARUDU, 12 Ogos — Pakatan Rakyat (PR) hari ini menerima seorang lagi pemimpin senior Barisan Nasional (BN) Sabah — Senator Datuk Maijol Mahap — sekaligus melihatkan pergolakan dalam parti pemerintah di negeri itu.
Mahap, naib presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) mengumumkan untuk keluar parti dalam satu majlis yang diadakan di rumahnya di Kampung Kokobuan, Kota Marudu, kira-kira 100km dari Kota Kinabalu tengah hari ini.
Majlis itu dihadiri oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiausaha agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail, ahli parlimen Kota Kinabalu dari DAP Hiew King Cheu, pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dan timbalan pengerusi Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Parlimen Kota Marudu kini dipegang oleh menteri persekutuan, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili yang juga timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), rakan UPKO di BN Sabah.
Dalam ucapannya, Maijol  berkata perubahan akan berlaku di Sabah dan seterusnya di Malaysia.
Keputusan pilihan raya 2008 BN hilang dua pertiga majoriti dan terus berkuasa kerana diselamatkan oleh kerusi parlimen di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak.
“Bagi saya, semua ini berlaku dan akan terus berlanjutan kerana satu faktor dan faktornya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dia telah mencipta satu semangat untuk berubah di Malaysia dan ini akan mencetuskan sistem dua parti dan saya menyokong perkara ini,” katanya lagi.


selanjut: SINI 

Tiada ulasan: