Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

25 Ogos, 2012

Pimpinan PAS Perak wajib baca! Faktor-faktor penyebab kenapa PAS hanya menang 6 kerusi.

Umum mengetahui PAS memperolehi kerusi paling banyak di Perak tetapi merupakan parti dalam Pakatan Rakyat yang menang paling sikit. Walaupun memenangi kerusi paling sikit tetapi  dengan muafakat yang tinggi akhirnya seorang ADUN dari PAS telah dilantik menjadi MB iaitu Nizar Jamaludin. Dan orang PAS menyebut kerajaan Negeri Perak sebagai kerajaan PAS (ada akai ka?)
Ok. Lupakan perkara di atas dan mari kita perhatikan kedudukan populasi kaum di DUN yang telah dimenangi oleh PAS.

N11 Gunung Semanggol adalah istimewa. Di DUN inilah munculnya parti PAS! Bukan di Kelantan atau Terengganu! (cari sendiri sejarah asal usul PAS)
Majoriti pengundi melayu di sini sama seperti pengundi di Kelantan iaitu tingginya peratusan pengundi melayu meninggikan potensi untuk PAS menang!
Manakala di 5 DUN yang lain peratusan pengundi melayu adalah di bawah 75.3% jika DUN N08 Titi Serong dijadikan sandaran. Faktor kemenangan utama PAS di 5 DUN ini adalah faktor peratusan sokongan pengundi Cina dan India telah bertambah. (Tetapi PAS menwar-warkan pengundi melayu telah menyokong PAS!) Haiya!
Sebenarnya, dalam DUN yang ditandingi PAS terdapat DUN-DUN yang mempunyai peratusan pengundi hampir sama tetapi kalah (DUN mana cari sendiri!). Kenapa?
Setelah diselidiki, kisah-kisah di bawah ini mungkin dapt membantu sedikit sebanyak kita memahami kenapa PAS boleh kalah!
KISAH 1
Terdapat pimpinan atasan parti menampilkan muka mencuka setiapkali ada program bersama pengundi seolah-olah ada sesuatu yang beliau tidak berpuashati (Tak boleh ka nak berlakon sat?).
KISAH 2
Di satu DUN yang telah dimenangi ada ahli PAS menampilkan perlakuan yang sombong serta bertindak menghamburkan kata-kata tanpa memandang kiri kanan . Contoh: Terdapat sebuah surau di suatu Taman Perumahan kerap mengadakan majlis ilmu. Pengunjung terdiri dari pelbagai parti.  Sepatutnya bila bercampur gaul dengan pelbagai golongan ini, ahli PAS perlu menampilkan peribadi yang baik untuk menarik pengunjung yang berlainan parti meninggalkan parti mereka seterusnya turut menyokong PAS. Yang berlaku: Tanpa menghiraukan pengunjung, ada ahli PAS yang terus mengutuk UMNO sehinggakan jika ada yang tertarik untuk menyokong PAS lari semakin jauh!

selanjutnya SINI
 

1 ulasan:

Hanz Newman berkata...

Setuju .. mainly the last few lines.. PAS jangan perasan bagus la @ senang cerita, ahli dia jangan buat perangai lama yang buruk lagi bodoh sombong.. nanti jadi kera sumbang.

Zaman dah berubah jadi ubah strategi, pendekatan, akhlak mesti lagi mantap baru orang lain pecaya & yakin perjuangan Islam oleh PAS. Usah la mengada-ngada, hidung tinggi. Walk the talk!