Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

05 Mac, 2014

Sejarah UMNO yang disembunyikan!



ejarah Pra Kemerdekaan Negara
Oleh Teuku Zacharyah Iskandar

Ketika British mahu meninggalkan tanah jajahan mereka Malaya. British telah membawa pembesar2 serta raja2 melayu ke England bagi didik dgn pendidikan, cara kehidupan dan politik Nasara ( memisahkan pentadbiran dunia dgn agama ) gunanya bagi anak didik mereka nanti mampu menggalas tanggung jawab bagi melestarikan impian, cita2 dan dendam kesumat pihak Nasara hampir 1000 tahun yg lalu bila mana mereka tewas ditangan para tentera jihad islam di dalam Perang Salib..

Setelah para pembesar serta raja2 melayu dididik dan diasuh oleh Nasara ( British ) dengan secukupnya barulah pihak British berpuas hati yg mana anak didik mereka sudah mampu menggalas agenda mereka di Tanah Melayu. Lalu mereka pun bercadang memerdekakan Tanah Melayu dan telah mengarahkan anak didik mereka menubuhkan parti politik bagi melaksanakan impian tersebut.

Dengan bantuan serta tajaan Yahudi dan Nasara maka mereka mengarahkan Tunku Abdul Rahman menubuhkan Parti United Malay National Organization ( UMNO ) untuk digabungkan parti dari bangsa cina ( MCA ) dan India ( MIC ) di bawah satu gabungan yang dinamakan " PERIKATAN " yang membawa lambang Kapal Layar.

Sebahagian Ulama dan pemimpin malayu lainnya termasuk Dato Onn Jaafar berjaya menghidu mainan Yahudi dan Nasara lantas mereka keluar beramai-ramai dari UMNO.

Datok Onn Jaafar berkata " Saya berketurunan Turkey dan saya tahu bagaimana mainan Yahudi dan Nasara dalam hal ini, kerana inilah juga apa yg telah mereka lakukan ke atas Empayar Islam Othmaniah dgn mendidik serta melatih Mustafa Kemal At- Tartuk di sana.. Mereka cuma meletakan islam sebagai agama rasmi di Turkey tetapi hukum Allah dicampakkan turus dari kehidupan rakyat.. " lalu Datok Onn Jaafar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Negara.

Para ulamak serta sebahagian pemimpin melayu yg lain termasuk Dr.Burhanuddin Al-Helmy pula menubuhkan Parti Islam Se Malaysia ( PAS )

Pemimpin berhaluan kiri Ahmad Boestamam pula berkata " Saya berserta beberapa orang rakan yang lainnya telah ke india bertemu para pemimpin tertinggi British dengan niat mahu mermerdekakan tanah air kita ini dari tangan British dgn Slogan Merdeka 100% dan kami juga telah membawa bersama " Perlembagaan Negara " hasil cetusan nurani rakyat Tanah Melayu serta bendera Tanah Melayu bersama tetapi permohonan kami ditolak oleh British kerana mereka sudah mempunyai seorang anak didik yang akan mengekalkan segala agenda dan kerja-kerja kotor mereka di Tanah Air kita "

Note:

Ketika tentera Salib tewas di tangan tentera islam maka Raja mereka telah berkata " Untuk kita menewaskan islam dgn mata pedang dan kekuatan tentera adalah suatu yg amat mustahil kerana mereka berpegang dgn buku ini ( Al- Quran ) hanya satu sahaja cara yg boleh menghancurkan mereka iaitu pisahkan kehidupan umat islam dari buku ini ( Al-Quran ) "

Tiada ulasan: