Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

14 April, 2014

Khalid Ibrahim. Anwar masih relevan!

Khalid: Bukan masanya tolak keluar Anwar



Tan Sri Khalid Ibrahim, yang bersaing untuk kerusi timbalan presiden PKR, tidak bersetuju dengan tanggapan kini masanya menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin.

Ini katanya, ekoran Anwar sudah menjadi ketua umum sejak sekian lama.

“Ia bukan masanya untuk itu dan tidak akan memberi kebaikankepada parti,” kata menteri besar Selangor itu ketika ditanya dalam sidang media di Sebarang Jaya semalam.

Khalid berada di Pulau Pinang untuk bertemu anggota parti di selepas acara di Alor Setar, Gurun, Sungai Petani dan Kulim di Kedah.

Walaupun “mesti bekerja bersama Anwar”, beliau berkata tidak bermakna beliau perlu seratus peratus bersetuju.

“Kita mesti nilai (keadaan) dengan bijaksana. Ia bukan (berkaitan) menyingkirkan pemimpin tetapi bekerjasama dengannya untuk membina PKR yang lebih kuat,” katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung tanggapan awam bahawa PKR dikawal oleh Anwar dan anggota keluarganya. MK



Tiada ulasan: