Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

19 Julai, 2014

Kepincangan2 dalam pemilihan PKR 2014

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian tentang asas-asas kepincangan Pemilihan Keadilan 2014.

1. Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat (JPP) : Siapa mereka ? Bagaimana mereka ditubuhkan dan adakah integriti mereka boleh dipersoalkan? Mari kita perincikan.

a. Bagaimana anggota JPP dibuat?
b. Bagaimana proses lantikan petugas JPP?
c. Adakah proses penilaian Integriti JPP dan Petugas JPP dibuat?
d. Adakah semua yang terlibat diberi latihan berkenaan perjalanan pemilihan termasuk mengendali kejadian luar jangka seperti Black-Out atau seumpamanya?.
e. Adakah SOP atau Standard Operating proceedure yang berkaitan perkara 1.d diatas? Atau bolehlah dipanggal tatacara pengendalian pemilihan.
f. Bagaimana mereka dibayar dan melalui sistem apa pembayaran elaun mereka.
g. Adakah mereka yang terlibat dipantau dari segi penguatkuasaan tatacara dan disiplin serta salahlaku yang mungkin berlaku.?
h. Adakah mereka ini bebas dari sebarang pengaruh atau bias kepada individu tertentu?

2. Jawatankuasa Disiplin Pusat (JDP) : Sebuah jawatankuasa yang selalu mendengar keputusan Biro Politik bagi memutuskan apa yang digariskan dalam perlembagaan.

a. Siapa mereka dan bagaimana mereka dilantik, adakah mereka bebas dari pengaruh orang orang yang berkepentingan.
b. Bagaimana peranan Biro Politik terhadap JDP ini tidakkah beberapa pelanggaran tatacara atau perlembangan yang melebihi dari kuasa yang sedia ada yang tertakluk kepada perlembagaan dan adakah mereka yang menafsirkan perlembangan mengikut kefahaman mereka tanpa melalui perbahasan atau perbicaraan.
c. Siapakah yang bertanggungjawab dalam membuat pendakwaan dan kes kes disiplin? Tidakkah ada proses atau sistem yang diguna pakai, kerana terdapat seolah pendakwaan berpilih dan keputusan yang tidak adil.
d. Apakah perbezaan keputusan, samada digantung, dipecat bertempoh, dipecat, dipecat serta merta dan keputusan yang diambil mengikut keputusan mesyuarat atau melalui rujukan kes kes yang dirujuk dari siasatan siasatan yang dibuat, dibincang dan dibicara dalam satu kamar perbicaraan.
e. Apakah mekanisma perhubungan yang diwajibkan dan diperlukan bagi pengurusan semua sebutan kes dan sesi pendengaran. Surat , Email, SMS atau media media lain yang diperlukan.
f. Berapakah tempoh setiap kes perlu disebut dan perlu diputuskan?
g. Adakah semua kes kes melalui satu surat aduan bertulis atau mengikut suka dan kehendak ahli mesyuarat dalam sebutan minit mesyuarat tanpa melalui keperluan perbincangan agenda perlu.
h. Adakah juga mesyuarat itu pemutus atau kamar perbicaraan kes?

3. Persoalan kes kes yang disebutkan dibawah kes kes yang didengar dan dibuat bantahan.

a. BATANG SADONG – pemilihan pertama Batang Sadong.

i. Persoalan yang pertama, adakah dari keputusan siasatan mendapati Petugas JPP yang terlibat mendapat arahan daripada seseorang pimpinan yang bertanding?
ii. Jika ya, apakah tindakan yang diambil oleh JPP bagi calon yang memberi arahan untuk berlakunya penyelewengan kertas undi.

b. PENYEBARAN MEDIA perbualan talipon mengenai kononnya ada ugutan dari pejabat Menteri Besar.

i. Adakah mereka yang membuat penyiaran media di akhbar dan youtube serta media online diambil tindakan?
ii. Jika ada kenapa ditarik balik?

c. PENYEBARAN MEDIA mengenai kononnya ada pembelian undi (RASUAH) di Cabang Kuala Selangor

i. Adakah mereka yang membuat penyiaran media di akhbar dan youtube serta media online diambil tindakan?
ii. Jika ada kenapa ditarik balik?
iii. Kenapa tidak diambil tindakan ahli yang memanggil dengan nama keji (Anjing) kepada anggota yang lain.?
iv. Kenapa tidak dipanggil saksi bagi kedua dua pihak?
v. Kenapa tidak diambil masa waktu dan alibi?
vi. Kenapa keterangan Hj Ibrahim tidak diambil kira dalam sesi pendengaran.

d. PENYEBARAN MEDIA mengenai perjalanan pemilihan Cabang Kuala Selangor pertama di Dewan Batang Berjuntai.

i. Adakah mereka yang membuat penyiaran media di akhbar dan youtube serta media online diambil tindakan?

e. PENYEBARAN MEDIA SELEPAS PENGIRAAN UNDI DAN BLACK-OUT. Kumpulan yang menang telah membuat kenyataan media diakhbar online antarapos dll.

i. Kenapa mereka tidak diambil tindakan?

f. BANTAHAN BANTAHAN YANG DIBUAT – TIDAK DIAMBIL PERHATIAN JPP DAN JDP.

i. Surat kepada JD melalui email bertarikh 28 April 2014
ii. Surat Bantahan Borang 4 - bertarikh 28 April 2014
iii. Surat Bantahan Borang 4 - bertarikh 14hb Mei 2014
iv. Surat Bantahan Borang 4 - bertarikh 7hb Julai 2014
v. Semua surat diatas tidak dibalas, diambil perhatian dan diambil tindakan. Tiada panggilan talipon dibuat dan sebarang komunikasi.

g. PERINCIAN TRAGEDI BLACK-OUT persoalan persoalan yang perlu dijawab.

i. Kenapa Pegawai JPP membenar kertas UNDI KOSONG tanpa ditanda pembatalan atau rosak.
ii. Kenapa tidak membenarkan pengundi buta huruf tidak dibantu untuk mengundi tidak disediakan kawasan mengundi orang buta huruf. Buktinya lebih 374 kertas undi kosong.
iii. Mengikut sekeping gambar bukti yang kononnya diambil ketika BlackOut.
1. Seorang petugas JPP seakan memberi taklimat, ditangan kanannya memegang sekeping kertas. Melalui perbualan talipon, kertas apa yang dipegang, katanya kertas UNDI, menyanggah kertas undi tidak boleh dipegang ketika itu, dia mengubah jawapan kepada BORANG 14, saya sanggah sekali lagi bahawa pengundian belum selesai dan borang 14 berada dibilik sebelah. Bukti perbualan talipon ini menguatkan ada perkara yang disorokkan. Jawab. Mengikut saksi, tiada kejadian seperti dalam gambar tersebut malam itu. Jadi gambar apakah itu? Latihan? Rehearsal?
2. Kenapa tiada wakil calon yang tinggal dalam bangunan selepas diarah semua keluar.
3. Kenapa membenar petugas JPP naik bangunan ? Sedangkan arahan mengosongkan bangunan dibuat?
4. Kenapa tidak diadakan roll call, mendaftar mereka yang naik bangunan? Selepas itu.
5. Mana dia laporan kerosakan TNB?
6. Mana dia video footage sebelum semasa dan selepas?
7. Persoalan matematik, kenapa kertas UNDI kosong MPP lebih banyak dari Kertas UNDI Cabang?
8. Berikan peluang wakil calon dan calon melihat semula kertas undi yang telah dikira bagi memastikan no siri dan pola penulisan kertas undi.
9. Kenapa membenarkan petugas JPP memegang pensil dan pemadam. Mengikut Saksi. Seorang wanita beriras cina memegang pensil dan pemadam berlindung dengan petugas yang lain.

h. KES YANG DIDENGAR MENGENAI KONONNYA RASUAH YANG DITERIMA OLEH MALIK HUSIN.

i. Parti memutuskan Syed Husin Ali yang mengetuai penyiasatan kes ini. Sehingga kita apakah hasil siasatan dan setakat pada siasatan yang dibuat dan berapa orang saksi sudah dipanggil.
i. KES PUKUL DI KUALA LANGAT – KES POLIS.
i. Apakah yang dibuat oleh JPP tentang kaitan pemukul dengan calon yang bertanding. Adakah JPP telah menyiasat aduan ini.

KESIMPULAN

Jika kesemua aduan dan kes kes yang disebutkan diatas dan dengan ruang dan tempoh yang begitu lama diberikan diambil tindakan, kami tidak akan memanjangkan kepada Perdaftaran Pertubuhan (ROS) tentang kepincangan JPP dan pemilihan parti.

Dengan merujuk kepada Perlembagaan dan Tatacara Pemilihan , satu lagi ringkasan pelanggaran Perlembagaan dan Tatacara Pemilihan akan dibuat bagi membantu siasatan ROS. Ini semua akan tertakluk kepada nasihat peguam.

Tiada ulasan: