Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

07 Julai, 2014

Langkah Kajang hanyalah semata nak merebut tempat MB?

KUALA SELANGOR: Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias kecewa kerana merasa tertipu dengan propaganda Langkah Kajang yang dibawa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Menurutnya, Langkah Kajang sebelum ini dilihat sebagai usaha untuk membawa PKR ke Putrajaya tapi sebaliknya hanya sebagai satu helah untuk merampas kerusi Menteri Besar Selangor.
“Pihak akar umbi merasa tertipu dengan propaganda Langkah Kajang ini dan merasakan ini hanyalah satu retorik semata-mata,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Ujar Razali lagi, selama dua penggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memimpin negeri Selangor, beliau telah melakukan yang terbaik.
“Khalid telah memimpin dengan baik dan bukan itu sahaja, rakyat negeri Selangot turut sukakan Khalid.
“Selama ini pun, Khalid tidak pernah terlibat dalam unsur-unsur rasuah,” jelasnya.
Dalam pada masa yang sama, Razali turut mempersoalkan tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat seolah-olah mengunci mulut dalam konflik yang berlaku di Selangor.
“Anwar hanya meminta semua pemimpin PKR berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Tindakan Anwar itu seolah-olah beliau merestui Khalid digugurkan dari jawatan Menteri Besar.
“Pihak akar umbi mendesak Anwar supaya bertegas dan menyatakan pendiriannya dalam isu ini kerana Langkah Kajang ini dilihat sebagai punca perbalahan dalam PKR,” jelasnya.

Tiada ulasan: