Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

04 Ogos, 2014

Panas. Kisah Tropicana.

KENAPA PIHAK2 TERTENTU TIDAK SAMAN MEREKA2 YANG KELUAR KENYATAN DI BAWAH INI DAHULU DAN BERSAMA INI JUGA SAYA COPE KENYATAN TAN SRI KHALID IBRAHIM AKAN SAMAN SAIFUDDIN DENGAN FITNAH BENDA YANG SAMA.. TAPI KENYATAN INI LAGI TERPERINCI DENGAN NAMANYA SEKALI... INI MUNGKIN BETUL SEBAB PIHAK2 TERTENTU MEDIAM DIRI.

PENDEDAHAN.. PANAS. PANAS.
SBB MUSABAB KENAPA T.S.K.I PERLU DIJATUHKAN.

Pada April 2013, di saat menghadapi PRU13, sekeping tanah seluas 1,172 ekar, berdekatan dengan Kota Kemuning, Putra Heights dan Bandar Rimbayu yang mempunyai akses dengan 4 lebuhraya utama - telah dijual kepada Tropicana dengan harga RM1.297 bilion dan akan dibayar dalam tempoh 20 tahun.

Tak sampai 10 bulan kemudian iaitu pada Jan 2014, Tropicana menjual hanya 25% daripada keluasan tanah tersebut (308.72 ekar) kepada Eco World dengan harga RM470.67 juta, (tunai). Pada masa itu, bayaran yang dibuat kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui PNSB hanyalah deposit sebanyak RM50 juta. Bila mengetahui hal ini, Khalid mengamuk dan meminta Tropicana membayar RM844.2 juta. Tak perlu bayar RM1.3 billion untuk tempoh 20 tahun.

Adakah Khalid kena tipu dalam hal ini ?

Siapa pemilik Tropicana? Tropicana dimiliki oleh Tan Sri Datuk Danny Tan. Adik Vincent Tan... pemilik Berjaya Group. Kroni Mahathir. SOALAN: Adakah Khalid bersekongkol dengan UMNO ? Tunggu sekejap..

Semasa tender dibuka, tiga syarikat telah membuat tawaran. Tropicana telah membuat tawaran menerusi syarikat proksi, Dijaya Corporation yang menawarkan RM895 juta dan dibayar untuk tempoh 20 tahun.

Kedua, SP Setia menawarkan RM1.15 billion dan dibayar untuk tempoh 6-8 tahun sahaja.

Ketiga, Mah Sing Group menawarkan RM945juta dan dibayar dalam tempoh 7 tahun.

Kalau ikutkan syarat tender, yang dapat ialah SP Setia dan bukan Dijaya Corporation. Tapi Dijaya Corp secara diam-diam telah diminta untuk menaikan harga tawaran mereka kepada RM1.3 billion secara rahsia. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Kerana Dijaya Corp mempunyai kabel yang cukup besar dalam PR. Azmin Ali, Teresa Kok dan Ronnie Liu.

Huh!! PKR...DAP...jadi kroni Vincent Tan?

Lebih menarik lagi..Dijaya Corp telah menyumbang sebanyak RM200 juta kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk menghadapi P.R.U-13.

Paling menarik.. Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR mengugut untuk menggugurkan Khalid dari dicalonkan sekiranya Khalid membantah dan kalau setuju. akan diletakkan di Pelabuhan Kelang.

Mengapa DAP juga turut menyokong Azmin untuk menyingkir Khalid?

Vincent Tan sekarang sudah jadi kroni DAP. Dia sekarang sedang menyiapkan beberapa projek di Pulau Pinang.. diantaranya, GDV Bayan Mutiara Penang World City Project bernilai RM10 billion. (Vincent Tan memperolehi tanah dengan harga murah.. RM240 sekaki persegi dan hanya dibayar dalam tempoh 5 tahun).

Vincent Tan juga ada projek membina IKEA Batu Kawan menerusi Ivory Properties. Vincent Tan juga terlibat dalam membangunkan semula Penang Turf Club yang bernilai berbilion ringgit.

Hei!! Guan Eng pun kroni Vincent Tan ke ?

Bullshit la.. Bila kita bising sikit.. kita dilabel macai UMNO. Tapi pemimpin diatas berpeluk sakan dengan UMNO. Adakah ini saja yang dilakukan oleh UMNO, PAS, PKR dan DAP ?

Cuba cari balik cerita macam mana Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham (masa itu) bersekongkol dengan UMNO, Gerakan, MCA untuk mendapatkan 10,500 ekar di Kelantan.

KENYATAAN TSKI

Saya Mengalu-alukan Siasatan Terhadap Dakwaan Salah Laku.

Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Dato’ Saifuddin Nasution. Saya menafikan dakwaan ini kerana perkara tersebut tidak benar sama sekali.

Sekiranya Dato’ Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam KEADILAN sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak polis dan Bank Negara Malaysia selain mendedahkan sekiranya ada bukti-bukti bagi mengukuhkan dakwaan salah laku itu.

Kegagalan Dato’ Saifuddin dan rakan-rakan dalam KEADILAN untuk berbuat demikian hanya akan mengundang spekulasi bahawa tuduhan-tuduhan ini bermotifkan politik dan berniat jahat.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya.

Saya mengingatkan rakan-rakan supaya berhati-hati membuat tuduhan kerana saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya.

Pada masa yang sama, saya akan meneruskan keupayaan memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor dengan mentadbir negeri ini secara telus, bertanggungjawab dan pentadbiran yang baik.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
4 OGOS 2014

Tiada ulasan: