Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

01 Ogos, 2014

Perjanjian air. Sokongan rakyat Selangor berbaloi!

KENYATAAN MEDIA

1 OGOS 2014

PERJANJIAN AIR DENGAN PUSAT: KEMENANGAN BESAR UNTUK RAKYAT SELANGOR DAN MALAYSIA



Kerajaan Selangor dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) hari ini menandatangani Perjanjian Antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi memuktamadkan pelaksanaan  Penstrukturan Semula Industri Air Selangor dan pembinaan Projek Langat 2.



Dengan termeterainya "Heads of Agreement" ini menandakan rundingan penstrukturan semula industri air di Selangor yang telah diusahakan semenjak 2006 sudah hampir ke penghujungnya dan  mencapai kejayaan.



Ini merupakan satu kemenangan besar kepada rakyat Selangor dan Malaysia yang selama ini menyokong penuh usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada syarikat konsesi air dan mengembalikan semula hak air kepada rakyat.



Kerajaan Negeri juga berpandangan tawaran RM9.65 billion yang diberikan kepada pihak konsesi adalah adil dan munasabah tanpa merugikan syarikat -syarikat yang terlibat.



Kerajaan Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah memulakan tawaran pengambilalihan kesemua syarikat konsesi air dan setakat ini hanya pengambilalihan SPLASH sahaja yang masih belum dimuktamadkan.



Penyelesaian secara holistik ini akan memberi perkhidmatan air yang lebih cekap dengan kadar tarif yang munasabah dan tidak membebankan pengguna.



Kejayaan  mengambil alih SYABAS akan membolehkan Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan tujuan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) yangg pada ketika ini sangat tinggi iaitu 34%.



Manakala kejayaan mengambil alih semua loji rawatan air (WTP) akan membolehkan kita melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan kapasiti loji-loji tersebut dengan menggunapakai  teknologi terkini.



Selain daripada itu kejayaan pembinaan terowong bawah tanah bagi mengalirkan air dari Pahang ke Sungai Langat dan memindahkannya ke Sungai Selangor dan Sungai Semenyih akan menamatkan masalah kekurangan air mentah di kedua-dua sungai tersebut.



Dengan kejayaan penstrukturan ini, selain kita mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan industri air. Kita juga memberi jaminan kepada pengguna air di Lembah Klang bahawa tiada kenaikan tarif air akan dilakukan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun akan datang.



Kerajaan Selangor mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan KeTTHA terutama Menteri YB Datuk Seri Panglima Dr Maximum Ongkili yang telah memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air di Selangor.



Kerjasama yang diperlihatkan kesemua pihak menunjukkan bahawa kepentingan rakyat mengatasi kepentingan dan ideologi politik.  Kita percaya rakyat Selangor dan Malaysia amat menghargai usaha keras yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan penstrukturan semula ini.


YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

2 ulasan:

XUMNO berkata...

Satu lagi kejayaan besar Khalid Ibrahim yang akan menguntungkan rakyat Selangor kerana air merupakan satu komoditi asas kehidupan dan kemajuan sesebuah negeri dan negara.Peliknya kenapa PKR begitu bersungguh2 hendak menjatuhkan Khalid sedangkan rakyat tidak nampak seorang pun pemimpin PKR yang boleh melakukan apa yang telah dicapai oleh Khalid dalam isu air ini.

Tanpa Nama berkata...

INI bermakna anwar perosak samdol .dlm umno dulu ini lah kerja nya .bila mahathir tendang mengamuk ngamuk.pelik nya banyak org sokong dia lagi