Oleh: MSK

Semalam, gambar ni banyak di kopipes kebeberapa blog dan FB. Ini
bukan gambar dalam mesyuarat rasmi atau majlis-majlis kerajaan, tapi
sembang santai. Yang buat gambar ni hot adalah kerana ada sorang mamat
pakai kopiah transformer sebelah Najib tu.
Aku tak minat dengan Mamat kopiah transformer tu. Yang aku minat
ialah apa yang dibincangkan. Apa yang aku nampak dalam gambar itu ialah
satu konspirasi. He.he…ini bukan konspirasi Illuminati tapi ada la
sikit-sikit macam konspirasi Yahudi.
Apa yang disembangkan oleh Najib dan dua orang lagi tu hanyalah
sembang santai. Najib bagi tau, “Raya nanti hangpa mai la rumah aku!!”
Tok Arab tu pun jawab, “Insyaallah..kami Raya dulu kat sini, lepaih tu
kami pi sana la.”
Tup-tup..habih saja bersembang, Najib pun panggil wartawan dan buat
sidang media.” Ulama tersohor Arab Saudi puji kerajaan Malaysia.”
Fuiyo!!
Wei..kalau Tok Arab tu yang cakap dalam sidang media, kot-kot aku
boleh percaya, tapi kalau Najib yang cakap bagi pihak Tok Arab tu, sikit
pun aku tak percaya. Semuanya boleh di auta.
Mahathir dulupun sanggup bayar duit juta-juta nak jumpa Presiden
Amerika. Entah apa yang depa sembang, kita pun tak tau. Tup-tup, lepas
habih sembang, tangkap gambar sama-sama, Mahathir pun panggil wartawan.
“Amerika menyokong tindakan Malaysia menggunakan ISA untuk
membenteras pengganas Islam.” Fuiyo…Mahathir memang terrer, tapi bila
Najib pun nak buat taktik macam tu..dah basi la.
Aku dok cari kot-kot ada Tok arab tu yang caakp depa puji Malaysia,
sama ada kat laman Umno atau Malaysiakini…tapi yang ada hanya Najib yang
cakap.
Itu intro saja…bukan isu yang aku nak cakap. Sebelum hangpa baca seterusnya, cuba tengok gambar dibawah ini pulak.

Gambar Haji Hadi di Mesir inilah yang meneybabkan mengapa Najib
terpaksa mencari peluang untuk berposing di Makkah dengan Tok Arab
Saudi. Manakala Tok arab di Makkah pula seronok dapat duduk dengan Najib
sebab depa memang memerlukan sahabat untuk menjaga kepentingan monarki
Saudi.
Gambar Haji Hadi di Mesir telah menaikkan imej PAS didunia Islam. Pas diterima oleh Ikhwanul Muslimin.
Apa yang ramai orang tak tau, Arab Saudi tak suka Ikhwanul Muslimin.
Ikhwanul Muslimin kumpulan rebel…kalau dibiarkan, silap-silap boleh
terhapus Raja Saudi.
Semasa pilihanraya Mesir selepas tamat revolusi Jasmin, Arab Saudi
telah menghantar sepucuk surat kepada dutanya di Kaherah untuk
memastikan Mohamed Morsi tewas dalam pilihanraya.
Dokumen rahsia terpenting mengenai komplot menteri luar Saudi,
Saud bin Faisal bin Abdul Aziz untuk menghalang kemenangan calon Islam
dalam pilihanraya berjaya diperolehi agensi berita Al-‘Alam.
Al-‘Alam telah mendedahkan salinan surat dokumen tersebut di laman sesawangnya pada hari Sabtu lalu.
Surat yang telah dikirim oleh Faisal ke kedutaan Arab Saudi di
Kaherah itu mendedahkan usaha Riyadh untuk menghalang kemenangan Islam
dalam pilihanraya presiden.
“Dengan ini ditegaskan bahawa kami penjaga Haramain yang mulia,
meminta anda berusaha sepenuhnya untuk menghalang kemenangan calon Islam
terutamanya Mohammed Mursi,” menurut surat tersebut.
Antara lain ia turut menyatakan sebagai ‘Ikhwanul Muslimin
ancaman sebenar kepada Arab Saudi’ dan ‘Kita tidak mahu mereka
berkuasa’.
“Jikalau tidak, kita akan kehilangan kedudukan memimpin dunia Arab dan Islam,” tambahnya lagi.
Ikhwanul Muslimin Mesir mengumumkan bahawa calon Mohammed Mursi
telah berjaya memenangi kebanyakan undi pilihanraya pusingan pertama
minggu ini dengan lebih 25% undi.
Menurut laporan Reuter, keputusan pusingan pertama pilihanraya
presiden Mesir menunjukkan calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi dan
bekas ketua tentera udara Ahmed Shafiq menduduki tangga teratas dengan
undi masing-masing berjumlah 5,553,097 dan 5,210,978.
Hasil keputusan rasmi tidak akan berakhir pada Selasa ini untuk
membolehkan jawatankuasa pilihanraya mendengar aduan dan permohonan
tentang undi. (Kredit kepada Ibnu Azmi)
Okay..apa konspirasinya?
selanjutnya
SINI