Sedari kuasa kita!
Pengikut
30 Mac, 2010
Hulu Selangor, Issyykkkk....
Perkiraan aku,
Kalau MIC jadik calon = melayu UMNO boikot!
Kalau UMNO jadik calon = ahli MIC boikot!
Kalau PERKASA menyibuk kat sana = BN bungkus! sebab bangsa lain tak puashati.
Kalau ezam, Zulkifli lebai cover botak, Mohsen, Zahrain bantu BN, Penyokong atas pagar akan undi PR sebab meluat sangat kat depa = BN bungkus!
Camana hah? pening jugak nih!
27 Mac, 2010
Ceramah 'Perpaduang' di Kuala Kangsar
Oleh kerana ceramah-ceramah umno semakin lesu di Perak, maka segala tugas meracuni pemikiran orang melayu kini dipertanggungjawabkan kepada Mufti Harussani 'Broker Perpaduang' Zakaria!
Malam besok, Sabtu malam Ahad Mufti umno ini akan mengadakan ceramah di Masjid Kg Talang Kuala Kangsar.
Sesiapa yang nak nengok muka-muka 'perpaduang' boleh datang! Jangan lupa bawak camera!
21 Mac, 2010
Cakap-Cakap Rakyat - Gerun nak belanja kengkawan
Semalam dalam perjalanan ke Ipoh aku isi minyak di hentian Dataran Kuala Kangsar. Sambil isi minyak, brader staff stesen minyak mengomel sesuatu.
"Yob! sekarang ni teman nak belanja kengkawan minum teh pun dah ghaser gerun, barang2 suma dah mahal kalau belanja kawan boleh short belanja nak-anak ke sekolah. Menteri-menteri lain ler, deme ada tauke-tauke yang ngantor barang dapur terus ke rumah. Tak payah bayor pulak tu!"
mmm....
13 Mac, 2010
Ahli politik umpama . . .
Aku lama dah nak citer kisah ni pada kalian tapi memandang agak kotor sikit maka maleh ler aku nak citer. Memandangkan kisah ahli politik negara ni lebih kotor dari kisah ni maka aku gagahkan diri untuk tulis jugak kisah ni.
Taktik nak buang toyol peliharaan.
Alkisah di tahun 70-an dulu ada sorang tua pembela toyol yang nazak tapi payah sangat nak mati selagi tak diserahkan toyol peliharaannya kepada waris keturunannya.
Mujurlah orang tua ini ada seorang anak perempuan tunggal. Maka mau tak mau kerana kesiankan bapanya yang susah sangat nak mati maka terpaksalah anak perempuannya itu menerima toyol bapanya. Maka menghembuskan nafas terakhirlah orang tua tu setelah melepaskan toyol peliharaannya itu.
Menderitalah kehidupan wanita itu kerana toyol ni cukup time mintak nak ngisap darah ibujari kaki.
"Camana aku nak buang toyol ni!? nyusah betoi!" rungut wanita itu di dalam hati.
Suatu hari maka berjumpalah wanita itu dengan sorang dukun yang handal untuk mintak nasihat tentang cara-cara nak buang toyol.
"Ish! tu senang jer! orang dengan kes yang sama sebelum ni dah berjaya buang toyol dia selepas pakai tektik yang aku ajar" kata dukun tu dengan bongkak ala Ibrahim Ali.
"Camana Tok?" tanya wanita tu.
"Cengini! engko balik rumah lepas nih terus gorengkan kacang hijau segenggam sampai kuning lepas tu kasi kat toyol engko! arahkan toyol tu jangan balik selagi tak tumbuh tunas kat kacang hijau tu!" kata dukun tu tapi dalam lenggok Zulkifli Nordin.
"Boleh ke tok?" tanya wanita tsb.
"Gerenti boleh punya! tapi mengkerasnya kena bayar tinggi sikit untuk dapatkan keampuhan taktik yang aku ajar tu!" Kata dukun dalam nada Salehudin Hashim.
"Tak kisah tok! janji ampuh!" ujar wanita tu lagi.
"Demi kesejahteraan bangsa kita, aku gerenti tektik ni mesti ampuh! siapa lagi nak tolong melayu kalau bukan melayu!" hekeleh macam Nasaruddin Mat Isa la pulak.
Maka wanita itu balik ke rumah terus melakukan sebagaimana yang diajarkan oleh dukun tsb. Legalah wanita itu kerana toyol pesakanya tidak menganggu hidupnya lagi.
Alkisah maka toyol itu pergilah ke puncak sebuah bukit menjalankan amanah tuannya sebagaimana amanahnya polis, mahkamah, SPRM, SPR menjalankan amanah umno!
Ditakdirkan Tuhan, setelah lebih 2 bulan hujan panas hujan panas, siang malam pagi petang tumbuhlah tunas pada sebiji daripada segenggam kacang hijau goreng di tangan toyol tersebut! Maka baliklah toyol tsb dengan gembira ke rumah tuannya!
Sampai di rumah (part kotor sikit dah start!) terpacullah toyol tersebut di hadapan tuannya yang kebetulan sedang bukak spender sebab nak pegi mandi.
"Opocot!" terkejut berok wanita tersebut sampai terjatuh spender di tangan! "Apasal engko balik? kan aku suruh tunggu sampai tumbuh tunas?"
"Dah tumbuh mak! tengok nih!" tunjuk toyol kacang hijau goreng di genggamannya.
"Cilaka betoi! apakebenda ler dukun ni! kata ampuh tapi tumbuh jugak! aku tak goreng betul2 kot kacang hijau ni tu ari?" Kata wanita tersebut di dalam hatinya.
"Apa akal aku nak suruh toyol ni blah ha?" ujar wanita tu dalam hati mencari akal.
Tiba-tiba! terpandanglah wanita itu selai bulu kerinting pada spender yang dibukaknya tadi!
"Yol! next job! engko ambik bulu ni pergi semula kat tempat engko bawak kacang hijau ari tu! selagi tak lurus bulu ni engko jangan balik!" ujar wanita tsb kepada toyolnya.
"Beres mak! titah mak saya junjung! tapi kasik la saya hisap darah ibu jari kaki dulu! 2 bulan lebih dah tak mentekedarah nih!" ujar toyol dengan tertib. (Subjek sivik dapat A kot?)
"Ok, ok hisap cepat!" suruh wanita itu sebab nak suruh toyolnya blah cepat.
Maka pergilah toyol ni kepuncak bukit sebelum ni. Sampai atas bukit toyolpun berusahalah bersungguh mengstraightkan bulu anu maknya. Tarik atas "toiinnnggg" bila dilepaskan. tarik bawah "toooiiinnng" tarik kiri "tooiinngg" tarik kanan pun "tooiinng!".
Berterusanlah usaha toyol. Entah camana, selepas 12 tahun berusaha sehingga abis badan toyol naik lumut maka straightlah bulu anu maknya.
"yeah, yeah! aku boleh balik dah! dah straight dah nih!" ujar toyol dengan gembira.
Berjalanlah toyol dengan lemah pulang ke rumah.
Sesampainya di rumah kelihatannya rumah sunyi sepi. "Mana pulak peginya mak aku nih? aku dah boleh ngisap darah dah nih! ketagih betul!" ujar toyol sambil melilau bijik mata.
Tetiba terdengar bunyi air disimbah di bilik mandi. Pergilah toyal tak sesabor-sabor ke bilik mandi nak jumpa maknya. Sampai di Bilik mandi kelihatan pintu bilik air tertutup rapat. Mengintailah toyol ni dicelah dinding bilik mandi. Intai punya intai terpandanglah toyol bulu yang berserabut dicelah anu maknya.
"Alamak! 1 bulu 12 tahun! kalau banyak tu berapa ratus tahun terpaksa aku ambil nak bagi lurus semua? Takpelah! aku blah jelah! nanti kena pelurus semua mampaoih aku!" ujar toyol sambil blah meninggalkan rumah!
P/S: Moral kepada cerita. Adakah ahli politik secekal toyol atau ibarat bulu anu yang terpaksa ambil lama untuk diluruskan? he he he. Sekian.
01 Mac, 2010
Iklan Hampeh terbaru!
Maka dalam sebuah iklan TV dipaparkan kisah tiga pelajar yang mendapat tawaran U tetapi seorang daripadanya menghadapi masalah kewangan keluarga. Maka berbondonglah masyarakat 1 Malaysia Najib mengumpulkan duit untuk menyelesaikan masalah kewangan keluarga tersebut.
Di akhir iklan dipaparkan "Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul".
Iyalah tu! sepatutnya peribahasa yang paling sesuai "Ringan kami sapu, berat baru share dengan rakyat" Ha! tu baru betoi!
Piiraahhh!
Langgan:
Catatan (Atom)