Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

24 Februari, 2013

Putar belit najib semakin teruk!

Pada awal pemberian BRIM, Najib dan kuncu-kuncu berteriak skim itu tiada kena mengena dengan politik tetapi semata-mata kerana memikirkan kesejahteraan rakyat, Akhirnya, tak perlu menunggu lama. Pembohongan itu akhirnya terserlah jua. Sah (semua orang tau) BRIM hanyalah semata-mata kerana kuasa! hahaha... Jom baca putarbelit Najib selanjutnya:
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Najib Tun Razak

(yang diwarnakan adalah teknik Najib tabur racun dalam ucapan)

KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.

"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.

"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.
"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.
Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.

Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

Najib berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR, adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

"Satu undi Pas, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.

Perdana menteri berkata, sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.

Sebaliknya, Najib berkata, Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.

"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya. - Bernama

Fikirkan kenyataan Najib dan kata-kata Najib dalam ucapan di atas




Jom terkejut awal sebelum tekejut selepas PRU!

Dari: TULANG BESI

Peranan Harun Din Dalam Menjana Perpecahan Dalam PAS (Rakaman)

Tulang Besi ada mendapat serangan dari seorang di Facebook bernama Mohd Shahir Abu Hasan. Mulanya dia panggil Tulang Besi sebar fitnah. Besoknya dia ubah cerita pulak. Dia tuduh Tulang Besi dedah maklumat rahsia AJK PAS Pusat serta Majlis Syura Ulama PAS. Sdr Mohd Shahir ini rupanya bekas anak murid Ustaz Harun Din di Darul Syifa.

Rasanya bukan Mohd Shahir sorang saja yang terkejut. Ramai juga terkejut bagaimana Ustaz Harun Din boleh terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM ini.

Di sini Tulang Besi ingin menyiarkan semula rakaman ucapan Ustaz Nasa berkaitan peranan Ustaz Harun Din di dalam membawa kepada perpecahan di dalam PAS dalam projek UG1 dahulu. Sila pergi ke minit 04:15 sehingga minit 06:00.




(minit 04:15)“Until the 31st April 2008 ada mesyuarat Majlis Syura Ulama. Dalam masa tempoh sebulan daripada Mac 08 sampai April 08 rupanya Ustaz Harun Din tak duduk diam. Dia study the political scenario within ourselves. Kita dah mula Nampak perkembangan2 di Selangor. Walaupun baru tempoh sebulan. Kita dah mula Nampak kita dah dengar cerita di Penang. 
Ustaz HArun Din came up with a paper. Paper tu bertajuk “Tahaluf Siyasi dalam pasce Pilihanraya Umum ke 12”. Dia bagi konsep syarak apa itu dipanggil tahaluf siyasi and contemporary political situation.  On that paper dia menyebut beberapa option. Salah satu dari option yg perlu diambil oleh PAS ialah mengadakan perbincangan dengan UMNO. For the sake of Islam sebab kita lihat ada benda yang ada pada UMNO dan ada benda yang ada pada kita tiada pada UMNO.  
Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam.  
Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO"(minit 06:00) ”
Ertinya, tanpa sebab atau alasan munasabah, Ustaz Harun Din telah pun berkempen mahukan PAS mengadakan hubungan belakang dengan UMNO bermula dengan dialog ataupun perbincangan. Partai2 politik tidak akan mengadakan perbincangan untuk saja2 berbincang. Setiap perbincangan pasti akan ada natijah dan keputusannya. 

Dengan kata lain, baru lepas sebulan kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan, Harun Din telah pun mencadangkan PAS mengadakan hubungan (tidak kira rasmi atau tidak rasmi) dengan UMNO. Ini adalah kata2 yang datang dari Nasaruddin sendiri dan bukannya dakwaan orang2 yang tidak dikenali. Jelas, Harun Din bertanggungjawab terhadap perjumpaan dalam gelap serta perpecahan dalaman PAS yang berlaku selepas itu. Empat tahun kebelakangan ini dihabiskan berperang dengan puak2 dalam PAS yang mahukan PAS bersama dengan UMNO. 

Maka, kalau Harun Din menjadi penaja kepada perbincangan dalam gelap serta kerajaang perpaduang dahulu, jangan lah terkejut kalau Harun Din juga boleh terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM. Malahan, mereka2 yang terlibat dalam konspirasi berjumpa dalam gelap dengan UMNO tempohari adalah yang sama terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM. 

Tulang Besi sendiri berpendapat Ustaz Harun Din ini adalah duri dalam daging di dalam PAS. Kehadziran beliau di dalam PAS hanya membawa kerugian serta perpecahan dan tiada untungnya beliau bersama PAS. 

TULANG BESI 

 ps ada beberapa penipuan dalam ucapan Ustaz Nasa itu:
1.0 Kertas kerja Ustaz Harun Din itu tidak pernah diluluskan oleh Majlis Syura. Kalau ia pernah diluluskan, mengapa setelah berita perjumpaan dalam gelap pecah, terpaksa diaadakan mesyuarat Syura di JKR 10 bersama Tok Guru Nik Aziz. 
2.0 Yang dikatakan "Keputusan Syura" membenarkan perjumpaan dalam gelap dengan UMNO juga adalah pembohongan. Permintaan beberapa AJK PAS Pusat untuk melihat MINIT MESYUARAT SYURA sebagai bukti keputusan itu juga sehingga hari ini tidak pernah ditunaikan 
3.0 Kita tidak faham apa perlunya pertemuan dengan UMNO sedangkan kerajaan PR baru umurnya sebulan lebih Sudah tentulah banyak kelemahan dan ketidak serasian yang berlaku dan perlu dibetulkan secara dalaman. Apa perlunya berjumpa UMNO hanya setelah sebulan lebih sahaja kerajaan terbentuk? 
4.0 Mengapa keputusan berjumpa dalam gelap dengan UMNO itu TIDAK DIKETAHUI OLEH TOK GURU NIK AZIZ SELAKU PENGERUSI MAJLIS SYURA ULAMA PAS? Namun, waktu mula2 isu itu dipecahkan oleh Pak LAh, alasan yang digunakan adalah mereka mendapat mandat dari Majlis Syura Ulama PAS. 
5.0 Sedikit pun Nasa tidak bercerita mengapa perlunya bercakap dengan UMNO walaupun baru sebulan lebih PR memerintah. Hakikatnya, tiada apa2 isu yang membahayakan Islam mahupun bangsa Melayu berlaku dalam tempoh sebulan setengah itu. Yang ada hanyalah geng2 NAsa yang sudah kemaruk mahu bersenggama dengan UMNO.

p/s: UMNO belasah, rakan sekutu pun wajib dibelasah sama!

23 Februari, 2013

Kisah puak "angin tohor" dalam PAS

 Orang Kelantan mengandaikan mereka sebagai ‘angin tohor’. Tidak ada kemesraan dan aura bila berbicara dengan mereka. Lagak, gaya, dan pertuturan menjadi kegerunan orang ramai. Hanya tahu menyatakan hukum dan berselindung di sebalik dosa dan pahala serta syurga dan neraka. Angkuhnya mereka seolah-olah malaikat, hakikatnya mereka ini dibuai oleh jeneral-jeneral syaitan.  Apakah syaitan tidak tembus dalam hati mereka ini?




oleh: Cucu Nujum Pak Belalang



Sedikit pandangan atas kelakuan PAS hari ini. Semua persoalan ini mudah dirungkaikan dengan melihat sejarah lampau PAS. PAS terbentuk hasil gabungan Persatuan Ulamak dan Biro Agama UMNO ketika menghadapi pilihan raya 1959.


Aktiviti berpolitik diambil alih oleh bekas ahli UMNO atas keupayaan mereka memasuki gelanggang politik tanah air. Ulamak pula mengambil tempat dalam Majlis Syura atas dasar golongan ini ‘bersih’ untuk bergelumang dengan politik yang ‘kotor’.

Dua darjat itu berjalan seiringan dan memainkan peranan tersendiri terutama pada saat-saat genting. Mereka ini selalu bertelagah atas kefahaman dan prinsip kumpulan masing-masing.

Sejarah membuktikan terpisahnya dua golongan ini dalam era Dr. Burhanuddin Helmi sebagai Yang Dipertua dan Ustaz Zulkifli Muhammad sebagai Timbalan. Jurang ini sangat ketara. Di Kelantan sebagai kubu kuat PAS, Amaluddin Darus tidak sependapat dengan kumpulan Dato’ Asri.

Dr. Burhanuddin berjaya menguatkan aliran politik massa yang secara automatik mengecilkan peranan ulamak. Dato’  Asri menyambung pemikiran tersebut dan menguasai kepimpinan PAS  sehingga membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.

Setelah PAS keluar BN, ramai ulamak kontemporari terutama dari ABIM mengambil alih daripada golongan Nasionalis Islam dan membentuk kepimpinan ulamak. Sejak itu PAS dilihat lebih banyak membawa fikrah politik ala Ikhwanul Muslimin yang diterapkan dalam iklim politik Malaysia.

Seperti yang dinyatakan, golongan ulamak menganggap mereka bersih dan hanya tahu bercakap dari atas. Mereka ini sebenarnya hanya tahu ‘berkhutbah’ tanpa wawasan yang jitu dalam lingkungan jumud.
Golongan Nasionalis Islam pula sanggup turun padang, melakukan yang sepatutnya untuk menghadapi musuh, iaitu UMNO. Bila kemenangan dicapai, golongan ulamak menyatakan syukur sambil mengusap janggut. Bila berlakunya tragedi, golongan ulamak menyalahkan kumpulan Nasionalis Islam tanpa mahu terpalit sama.

Buktinya, kesan krisis di Kelantan pada tahun 1978, kumpulan Dato’ Asri dimaki hamun, kena sumpah seranah kononnya silap membawa PAS masuk BN. Padahal keputusan dibuat dalam muktamar khas yang mendapat sokongan majoriti. Inilah perangai ulamak yang berselindung di sebalik serban, jubah, dan janggut.

Ternyata krisis 1978 itu adalah perangkap politik UMNO semata-mata. Jangan lupa watak Dr. Haron Din dan Tok Guru Nik Aziz di kala krisis itu berlaku. Siapa yang menyelami pahit getir dan siapa yang bidan terjun.  

Golongan ulamak jumud dalam PAS diwakili oleh ahli Majlis Syura. Antaranya ialah Dr. Haron Din, dan sekelompok pemimpin PAS Terengganu. Golongan ini sangat faham tentang hukum hakam tetapi tidak pandai mengimplemenkan dalam arus politik Melayu. Mudah menjatuhkan hukum dalam ruang pemikiran sangat sempit.

Orang Kelantan mengandaikan mereka sebagai ‘angin tohor’. Tidak ada kemesraan dan aura bila berbicara dengan mereka. Lagak, gaya, dan pertuturan menjadi kegerunan orang ramai. Hanya tahu menyatakan hukum dan berselindung di sebalik dosa dan pahala serta syurga dan neraka. Angkuhnya mereka seolah-olah malaikat, hakikatnya mereka ini dibuai oleh jeneral-jeneral syaitan.  Apakah syaitan tidak tembus dalam hati mereka ini? 

Sekarang timbul pula krisis dalam Pakatan Rakyat berkenaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Sewaktu mula berjuang, semua bergantung kepada kekuatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Bila kemenangan sudah hampir (padahal belum pasti), golongan ulamak secara tiba-tiba menolak Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Inilah perangai golongan ulamak sejak dulu lagi, menangguk di air keruh atas penat lelah orang lain. 

Isunya ialah  kalimah Allah yang menjadi ‘kamikaze’ UMNO, inipun termakan oleh golongan ulamak. Kebodohan mereka nampak ketara, walaupun berupaya menghafal Quran. Pemikiran golongan ulamak Melayu hanya setaraf Lebai Malang, yang popular dalam cerita rakyat.

Jelas lagi kebodohan mereka apabila bersetuju dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri. Kalau Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘buaya’ apakah Ku Li itu bukan ‘harimau’? Aduh.. kenapalah bodoh sangat? Ingat.. Ku Li itu umpama kucing yang menanti peluang menjerat mangsa. Visinya tetap ada. Sudah lupakah tentang perjuangan kumpulan yang mahu menghidupkan semula UMNO 46?

Nampaknya PAS ingin memberi nyawa kepada musuh.Kenapalah tidak difikirkan, bagaimana hendak menguasai DAP terutama Karpal Singh apabila berkongsi kuasa nanti. Islam sudah mengatasi segala-galanya tetapi lemahnya berfikir golongan ulamak yang tidak nampak sepak terajang politik. Tidak tahukah golongan ulamak yang Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanyalah loncatan dalam konsep Tahaluf Siyasi.

Kalau mahir dengan bahasa Quran dan Hadis sekalipun, jangan pula lupa pepatah Melayu “orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa”. DAP pun bukan suka sangat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi tidaklah sampai kencing kawan. 

Tidak terfikirkah kenapa Tuan Guru Nik Aziz pergi mencari kedamaian di tanah suci. Mengharapkan sinar untuk rakyat dan negara dengan bertafakur di lembayung Kaabah. Memohon restu atas perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.  

Mencari ilham menyatukan puak-puak bertelagah dalam PAS agar satu hati menentang kemungkaran UMNO. Mendoakan kemenangan Pakatan Rakyat untuk negara dan rakyat memasuki masa depan yang lebih yakin. Menginginkan lahirnya ulamak berfikiran seperti beliau  dalam PAS agar semua yang keruh menjadi jernih.

Andainya polemik ini berlarutan dalam PAS, lebih baik PAS berpecah sebagaimana lahirnya parti Berjasa dan Hamim. Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu bagi menindas kejumudan golongan yang mengaku ulamak.

Majlis Syura Ulama PAS. Dengki sama tinggi dgn ilmu agama?

 Ini adalah konspirasi beberapa kerat pimpinan Majlis Syura Ulama dan AJK PAS Pusat yang juga pro kepada PERPADUANG. Mereka menggunakan nama PAS untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.
 
 
Macam2 alasan yang diberikan kepada Anwar atas mengapa Ku Li lebih baik dari dia. Antaranya adalah tuduhan kononnya Anwar ini meminta2 jawtan Perdana Menteri. Namun, alasan itu disanggah oleh salah seorang anggota rombongan yang berkata bukan Anwar yang minta tetapi rakyat Malaysia yang minta Anwar jadi PM.

Rata-rata alasan2 yang diberikan adalah dangkal dan cetek belaka. Tiada bukti dan tiada asas kukuh.

Juga bersama alasan2 itu diberikan juga hujjah mengapa Ku Li lebih layak dari Anwar Ibrahim.

Kalau saya orang UMNO, mungkin saya boleh berhujjah demikian tapi bagi pimpinan sebuah parti Islam, pemilihan Ku Li ini sangat2 menghairankan serta melanggar hukum Islam.

Dari segi amalan Islam juga kita dapat lihat jauhnya beza antara Ku Li dengan Anwar. Isteri Anwar bertudung. Anak perempuan Anwar bertudung. Anwar sendiri jadi Imam Solat. Jadi Khatib Jumaat. Boleh bertazkirah dan berceramah agama. Rapat dengan ulama2 antarabangsa mahupun ulama nusantara.

Adakah amalan Islam sebgitu dapat dilihat dalam diri Ku Li?

Dimanakah ajaran Islam yang mengutamakan orang yang lebih hampir dengan Islam untuk dijadikan pemimpin? Mengapa tidak diamalkan oleh mereka yang mengaku diri mereka ulama serta memahami Islam?

Hanya kerana jemputan menonton video lucah tajaan Rahim Thamby Chik di Bukit Aman boleh mengubah persepsi masing2 dan menampakkan Ku Li lebih baik dari Anwar?

Padahal terdapat 1001 sebab video kabur hitam putih itu tidak boleh dijadikan hujjah lebih2 lagi Anwar sendiri menafikan menjadi orang di dalam video tersebut.

Mana pergi ajaran perlunya 4 saksi? Mana pergi hukum syariah Islam di sini?

Benarlah kata salah seroang pimpinan tertinggi. Sebab utama penolakan ke atas Anwar Ibrahim adalah hasad dengki dan dendam kesumat.

Dendam kesumat kerana menyalahkan Anwar Ibrahim di atas kegagalan projek PERPADUANG DENGAN UMNO. Maka, tak dapat nak burukkan Anwar, maka dihalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri. Tak kira jalan apa sekalipun, namun dendam di dalam hati mesti dilayan dan dipenuhi.

Hasad Dengki pula kerana "kalau aku tak dapat, engkau pun tak boleh dapat". Dr Syed Azman sendiri mengalami perkara ini secara pribadi sewaktu PRK Kuala Terengganu. Walaupun majoriti cawangan2 mahukan Dr Syed Azman sebagai calon, namun calon lain yang dicari. Tidak kira siapa calon tersebut asalkan bukan Syed Azman.

Begitulah hendak dikenakan ke atas Anwar Ibrahim. Ambik ko Anwar. Sapa suruh ko memandai-mandai gagalkan projek PERPADUANG dengan UMNO dulu?

Pokoknya TIADA SATU ALASAN SYARIEE untuk menolak Anwar menjadi Perdana Menteri. Hanya dendam kesumat serta hasad dengki menjadi alasan serta panduan di dalam menolak Anwar Ibrahim. Juga, ada juga antara mereka itu agen UMNO menjalankan arahan dan kehendak UMNO sepenuhnya.

Tak kira bahawa Allahyarham Ustaz Fadzil Nor berulang2 kali menyatakan sekiranya Putrajaya tumbang, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

Tidak kira bahawa atas pemecatan dan kezaliman Anwar barulah PAS dapat merasa kenaikkan sokongan yang tinggi dari kalangan rakyat Malaysia.

Tidak kira bahawa tindakan mereka ini bakal merugikan PAS dan mengurangkan kerusi yang PAS bakal menang akibat protes dari pengundi2 atas pagar.

Tidak kira bahawa Ku LI itu pernah mengkhianati PAS dan belot terhadap PAS. Kalau tidak disebabkan pemecatan Anwar nescaya Kelantan pasti jatuh pada tahun 1999.

Tidak kira bahawa selama 16 tahun Anwar dipecat dari UMNO, Anwar setia dengan PAS dan sentiasa menghormati PAS.

Barang diingat. Keputusan melantik Ku Li sebagai PM ini bukan keputsan Majlis Syura Ulama mahupun AJK PAS Pusat. Rata2 AJK PAS Pusat terkejut dengan berita ini.

Malahan, kalau tidak ditanya dalam mesyuarat AJK PAS PUsat, nescaya perkara ini tidak masuk ke dalam pengetahuan AJK2 PAS Pusat.

Ini adalah konspirasi beberapa kerat pimpinan Majlis Syura Ulama dan AJK PAS Pusat yang juga pro kepada PERPADUANG. Mereka menggunakan nama PAS untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.

Sama seperti waktu mereka berjumpa dengan Pak LAh dan UMNO dalam gelap dulu.

TULANG BESI

BRIM. Memfitnah Nik Aziz adalah idea paling gagal abad ini!


Apa kata UAI?




 Ulasan Facebooker:

NAJIB MEMBUAT ULASAN KONONNYA TGNA MENGHINA PENERIMA BR1M DGN MENGANGGAP MEREKA2 SBAGAI LEMBU...TP KENAPA TAK SIARKAN VIDEO UCAPAN TGNA ITU..BODOH!!!!
 
 

Jom saksikan

Ucapan Tok Guru BR1M & Haiwan vs Versi TV3 & Utusan FULL





HAHAHA..... NAJIB KANTOI LAGI!


22 Februari, 2013

Majlis Syura Ulama PAS tidak mengikut kehendak ahli!

 Nasarudin dijadikan 'guinea pig' kumpulan pro UMNO. Percakapan dan tindak-tanduknya diatur oleh mereka. Mereka hendak melihat tindak balas ahli dan penyokong. Apabila timbul kemarahan ahli dan penyokong PAS, maka mereka sepakat mengkambing-hitamkan Nasarudin Mat Isa. Mereka cuci tangan.

Nukilan: Lee Copper

Akhir-akhir ini ahli-ahli Majlis Syura Ulama PAS bermula dari Timbalan Mursyidul Am dan Setiausahanya dan berberapa orang lagi kelihatan bercakap dan bertindak mengikut kata hati mereka sendiri dan bukan mengikut kehendak majoriti ahli dan keputusan Muktamar PAS terdahulu iaitu PAS bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat untuk menentang dan menjatuhkan BN dan utamanya UMNO. 
Mereka ini kelihatan sepakat dan sekumpulan di mana dahulunya yang menonjol adalah Nasarudin Mat Isa. Nasarudin dijadikan 'guinea pig' kumpulan pro UMNO. Percakapan dan tindak-tanduknya diatur oleh mereka. Mereka hendak melihat tindak balas ahli dan penyokong. Apabila timbul kemarahan ahli dan penyokong PAS, maka mereka sepakat mengkambing-hitamkan Nasarudin Mat Isa. Mereka cuci tangan. 
Tidak syak lagi ketua kumpulan ini adalah Haron Din. Mulut Haron Din yang biasa terkumat-kamit jampi air sejuk jadi penawar, tidak boleh bercakap mencabangkan lidah untuk tidak bersama kehendak ahli dan penyokong PAS. Ahli-ahli PAS bukan bodoh dan bangang macam ahli UMNO yang akan mengikut saja apa yang kemahuan pemimpin mereka. 
Haron Din bukan gembala kambing dan domba di Tanah Arab yang boleh dipegang dan tarik telinga seekor dan yang lain-lain mengikut. Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS adalah golongan pandai, bijak dan cerdik kerana yang bodoh dan bangong semuanya dalam UMNO.
 
Haron Din kena ingat beliau juga telah lama pencen dari menjadi professor universiti. Beliau tidak boleh menjadi pemikir dan memaksa pemikirannya ke atas parti. Beliau juga kena lupakan kebiasaan seorang professor iaitu memandang ahli-ahli PAS sebagai mahasiswa unversiti yang terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti pada masa dia menjadi pensyarah dahulu, yang dia boleh buat sesuka hati.
Lagipun Haron Din bukanlah pejuang PAS yang kerap masuk keluar penjara. Beliau hanya menyatakan beliau bersama PAS apabila tercetus penentangan terhadap Mahathir apabila Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO. Kalau tidak beliau masih sedap-sedap bersama Hassan Ali dan lain-lain rakan Forum Perdana menjual kelentong mereka dalam tv dan dipentas-pentas ceramah.
Kepimpinan dan ahli PAS juga salah dalam hal ini, mereka terlalu obses kepada figura tententu yang ada nama dan popular. Apabila figura popular menyertai PAS, maka figura inilah yang didambakan dan diangkat ke jawatan yang setinggi-tinggi yang boleh. Itulah puncanya orang seperti Haron Din, Hassan Ali, Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain-lain jadi besar kepala.
Apabila mereka ini dilayan dengan begitu hebat maka mereka merasa kalau tiada mereka PAS tidak akan mendapat sokongan ramai. PAS lemah tanpa mereka. Mereka rasa mereka ada idea bernas yang akan menjadikan PAS gergasi politik di Malaysia.

Haron Din jumpa Anwar Ibrahim dan meminta Anwar tarik diri dari jadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dan mencadangan Tengku Razaleigh Hamzah yang telah lama tarikh luput  sebagai PM adalah satu usul gila. 
Haron Din dan sekutu-sekutunya macam ayam piru yang berlagak burung merak. Atau Haron Din sudah jadi Kadok naik Junjung!

Bubar Parlimen. Bala menunggu Najib!


Hot : PI Bala pulang semula menetap di M'sia Ahad ini

Dari kepala hotak Soz Cyili

 
Berita yang menakutkan sesetengah pihak. Mungkin. P1 Bala akan kembali semula ke malaysia. Kemunculan semula P1 Bala sememangnya ada kaitan dengan PRU-13 yang akan berlangsung bila2 masa saja dari sekarang. 

Bahkan dipercayai hari ini [jumaat 22/2/2013] najib akan membubarkan parlimen dalam satu sidang media khas. Samada selepas zohor/asar ataupun mahgrib. Tunggu saja lah pengumuman depan tv sebentar nanti kalau ada.

 

Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang menjadi masyhur kerana membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan kembali semula menetap di Malaysia Ahad ini.

Dalam berkomunikasi melalui emel dengan Malaysiakini,  Balasubramaniam berkata, beliau juga mahu menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ianya rasmi. Saya akan kembali semula ke tanahair pada hari Ahad, mudah-mudahan berkekalan.

"Terdapat keperluan untuk berubah dan saya berharap Pakatan akan memerintah. Saya berharap untuk menjelajah ke seluruh membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ini," katanya.

Ini juga disahkan oleh peguamnya, Americk Singh Sidhu, yang berkata orang ramai akan hadir menyambut Balasubramaniam apabila dia tiba pada hari Ahad.

Americk berkata beliau juga akan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut Balasubramaniam, dengan mengambil kira kemungkinan bekas penyiasat persendirian itu menghadapi masalah dengan Jabatan imigresen.

'Saya tidak melakukan apa-apa yang salah'

Balasubramaniam, yang selama ini tinggal di India, telah beberapa kali pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.

Semasa berada di tanahair pada bulan Ogos lalu, beliau mengadakan temubual dengan Malaysiakini di mana beliau mendakwa, antara lain, terdapat tawaran untuk merasuahnya untuk memburuk-burukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya sama ada beliau merasa takut berada di khalayak ramai apabila dia kembali di Malaysia nanti, Balasubramaniam menjawab tidak.

"Mengapa mereka harus tangkap saya? Apa salah saya? Saya bersama Malaysiakini bila balik dulu dan dapat kembali semula (ke India). Mereka tidak halang saya.

"Tarikh ketibaan saya telah disahkan dan saya tidak menjangka berdepan dengan apa-apa masalah," katanya.


TUNGGU.....