Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

12 Jun, 2009

Band Baru!

Muktamar PAS dah selesai. Ada bunyi sikit2 tu biasa ler. Manek Urai sedang menanti. Yang terkini kat Jawi Penang tengah standby. Tak tau lagi keputusannya. Sambil termenung pikir apa nak tulis, teringat aku zaman Sultan Derih dulu. Masa tu aku budak lagi, baru Tingkatan 3. Masa harijadi dia aku share dengan kawan singgit sorang isi minyak motor pegi ke Bukit Chandan. Macam2 ada woo! Yang paling bez pentas joget tapi aku tak boleh naik sebab aku budak (kata bonser yang jaga pentas). So, sambil kawan aku bertandak kat pentas joget aku pi pentas yang ada show artis. Masa tu SYJ takde lagi, yang paling bez pun band Chandni, 2nd band Kilang Kicap Tamin. Tapak pesta kat bawah istana yang telah dijadikan tempat parking sekarang ni. Tapi tu lama dah! Aku pun dah tak ingat banyak. Dari situlah aku mengenali muzik. Pop, Blues aku tak minat. Yang aku minat Rock! Yeah Yeah! Band Rock Melayu yang paling minat mestilah Sweet Charity! Lagu yang paling bez lagu Ribut! Intro dia bunyi cenggini…. jeng jengge jeng jenge jeng jengge jeng kemudian kuar suara power singer dia Bro Ramli Sarip ‘ Pagi yang bermula…… Terang suasana…..’ wooo….. penonton suma berdiri angkat dua2 tangan! Zaman berubah, minat berubah. Aku beralih ke muzik trashmetal. Band? Mesti ler Metallica! Lagu paling top –'Seek n Destroy' dgn 'Master of the puppets'! XPDC ada tiru sikit muzik dia dalam lagu Selendang Merdeka. Dalam banyak lagu2 heavy ni, ada satu lagu slow yang aku suka. Band UG14. Tajuk lagu ‘Bunga Larangan’. Biasa ler, cinta tak kesampaian, layan lagu slow ler! Wording Intro dia, “sekuntum bunga larangan… tidak tercapai… tangan” leleh wa cakap lu! Sekarang ni plak ada satu band tengah top. Kalau tak silap aku nama band tu UG5 kot? Sebab masa juruhebah siarkan lagu tu aku tengah kopek nyor bini aku suruh! (nyesal aku suruh dia masak gulai kari). Muzik intro dia gempak wa cakap lu. Dia punya drummer, pergh! Pakai double pedal! Dia belasah 2 bar triplet, bar ke3 sampai bar ke 9 semi quaver. Bar ke 10 dia belasah semi demi quaver (16 beat 1 bar!). Guitarist plak aku dengar juruhebah tu cakap pakai guitar 7 string macam Steve Vai. Intro music composing hebat!dia punya 1st phase Bar dia kadang2 selit 5/4 lepas tu masuk bar biasa 4/4 semula! Wording lagu tak berapa dengar sangat! Muzik terlalu kuat. Macam ada sebut uan..uan...uan... cenggitu ler! Tak tau ler band ni boleh top ke tak! Kih Kih Kih!

4 ulasan:

cumit tg batu berkata...

kih...kih..kih... sayu bebenor dengan kenangan yang cam ni.

bukit teluk sera berkata...

salam tuan rumah. lama hang bertawaquf sejak harubiru baru ni. sekali tukar template, sekali tukar topik. kihkih.

zaman jahiliah aku dulu, aku suka loudness. aku syok gorengan akira takasaki dgn vokalis dia yg suara halus-halus sengau tu. selain itu, iron maiden. kih kih.

TheCyberSniper berkata...

Cumit,
Kenangan2 cam ni sebenarnya mematangkan kita tentang sepak terajang kehidupan.

Bukit Telok Sera,
Lagu 'Heavy Chain' Loudness pun aku gemor jugak! Goreng intro dia, fullamak! menusuk jiwa! tapi bila singer Jepun dia yang nyanyi omputih pelat Jepun tukor dengan singer omputih yang sekarang dah nyanyi dengan Malmsteen, aku tak follow dah.

Sekarang ni bila line clear (sembahyang dah setel, anak bini dah tidor, blog dah baca) aku layan steve vai ngan Malmsteen je. Saja nak kekalkan momentum lama!

Aku ni dulu guitarist.

TQ.

Blogger berkata...

Hidup Rck...aku layan sepultura