Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

04 Jun, 2009

Pendapat orang PAS kampong aku tentang pemilihan timbalan presiden PAS.

Petang tadi aku jumpa Pak Long terus aku ngajak dia nyembang di kedai kopi. Lepas order kopi O dengan roti bakar 2 set terus aku tanya Pak Long “Apa citer pemilihan Timbalan Presiden Pas nih Pak Long!? Teman baca blog hangat bebenor! Pak Long nyeghongin “Huh! Hangat bebenor kopi ni, aku ingatkan sejuk! Ghaser nak tebakor tali perut aku! Apa benda kamu kabor tadi!? Tanya Pak Long “Ni ha! Pertandingan Timbalan Presiden Pas, Husam, Mat Sabu dengan ustaz Nasha! Apa kehei!? Sughat abor UMNO asyik nyokong ustaz Nasha aje 2,3 hari ni!” sambung aku. “Huh! Memang ler! Kalau Husam atau Mat Sabu yang naik, tumpor UMNO! Kalau Ustaz Nasha yang naik, seghgonok bebenor ler deme! Boleh ler sambung projek demer!” kabor Pak Long sambil kunyah roti bakar. “Hah! Projek!? Projek apa kebender pulak? Nak buat highway ke stadium!?” macam biasa aku jolok. “Aku luku dahi kamu baru tau! Bengap benor! Projek muqabalah macam masa Pak Lah ada dulu ler!” Pak Long jegil mata kat aku. “Ate! Ngapernya kalau Husam dengan Mat Sabu naik Pak Long kata UMNO tumpor pulak!? Tanya aku pasal nak tau isi hati Pak Long tentang Husam dengan Mat Sabu. “Husam kamu tau ler, orang PAS yang gila nak kaya pun tak boleh nak makan dia! Cer kamu tengok pentadbiran Kelantan tu, kirim salam ler kalau orang PAS nak mintak projek ikut pintu belakang ! Husam ni transparent orangnya, nak projek mohon ikut saluran yang betoi! Ikut pintu belakang waalaikumsalam ler!” Cis! Selit cakap oghang puteh juga Pak Long ni! “Mat Sabu pulak, peghonah kamu dengor dia nak perpaduan dengan UMNO!? Nak bagi penerajang ada ler!” sambung Pak Long lagi. “Sebagai ahli PAS, apa pulak pendapat Pak Long tentang siapa yang layak jadi Timbalan presiden!?” tanya aku lagi. “Kalau ikut pendapat aku, mula2 jadikan timbalan president u 2 oghang! Timb. Presiden 1 dengan Timb. Presiden 2! Bior Husam dengan Mat Sabu yang naik! Siapa nombor 1 siapa nombor 2 tak kisah ler! Kalau dua2 tu combine, insyaalah, PRU 13 kita dapat peghentah Negara! Kalau Ustaz Nasha yang naik, ghoper ini ler aku sampai sudah! Oghang buat keghojer penat2 nak jatuhkan UMNO, dia sebok nak perpaduan! Jaga perpaduan sesama parti2 dalam Pakatan Rakyat ada le juga pekdahnya!” He he! Aku tak tau! Itu orang PAS bawahan yang cakap! Aku tak campor. Aku sokong semua parti dalam Pakatan Rakyat!

9 ulasan:

bukit teluk sera berkata...

la ni rakyat semakin kasyaf.. semakin hari perspektif semakin jelas.

Tanpa Nama berkata...

orang PAS bawahan lebih cordik..dari setengah Pemimpin PAS tu....aku syorkan pakcik deme jadi Presiden PAS ..pun bagus!!boleh gamat UMNO jawabnye

Lee Copper berkata...

Aku pun org Pas, kalau aku nak perpaduan Pas Umno baik aku masuk Umno saja.

I hate pemimpin Pas yang nak peluk Umno. Baik depa keluar Pas masuk Umno.

bajhageni berkata...

moh kite jumpa utz nasha.. bagi kata dua kat dia.. nak pelok amno ke nak pelok pas...

TranungKite berkata...

dah 50 tahun dah, tapi PAS tak dapat2 gak perintah negara

Kenapa ye?

Sebab ada orang cam Pak Long hang la, perangai memaki orang tak habis2, penuh dengan nafsu yang busuk

TheCyberSniper berkata...

Tranungkite,

sebenarnya banyak lagi perkara yang Pak Long aku cakap tetapi pasal berat sangat aku elakkan tulis. Pasal mu desak aku, aku sambung sikit apa yang dia cakap.
Pak Long cakap "Pak Imam kampong kita ni bagus! bila sebutan dia dah tak berapa nak betul walaupun dia berusaha sedaya upaya, dia letak jawapan sebagai Pak Imam dan serahkan kepada kariah untuk pilih Pak Imam yang baru. PAS ni lain, kamu tengok le Hj Hadi tu, pendapat dia bukan orang bawah macam aku je yang tentang tapi Tuan Guru Nik Aziz pun bangkang! patutnya dia letaklah jawatan dan serahkan kepada ahli untuk pilih presiden yang baru! pegang Terengganu 1 penggal pun tumbang ada hati nak jadi Perdana Menteri! Suruh ahli muhasabah diri bukan main pandai sampai terlupa untuk muhasabah diri sendiri! entah2 idea perpaduan dengan UMNO ni dari dia, yang lain tu cuma runner je!"

sakit hati baca kan!? aku tukang dengar dan tulis je sebab aku penyokong Pakatan Rakyat tapi takde parti! Amal ibadat aku sepenuhnya ikut Al-Quran! Perlukah aku masuk PAS dulu supaya amal ibadat aku diterima Allah? s.w.t?

Tanpa Nama berkata...

hang mai bertanding kat bachok kali ni penduduk bachok undi dato awang sebab dia ust nasa nak bekawan dengan dia. Hang jaga ust nasa tau la nasib hang dalam pru nanti

kembara putih berkata...

Kawan aku, seorang India yang mengundi PR (kebetulan kawasan dia PAS dan PKR tanding) mati2 ingatkan TGNA tu Presiden PAS dan langsung tak kenal TGHH. Entah sebab apa, mungkin TGNA lebih menyerlah di kalangan non-muslim, rajin turun padang dan tak jijik dengan kaum lain.

cumit tg batu berkata...

Hebat Pak Long kite tu ye yop!!!
Pesan-pesan la kat dia...... Jangan teracun dgn mainan utusan meloya and the partner. Deme suka bebenor le dengan pendapat seumpama Pak Long tu....