Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

31 Julai, 2009

Mutakhir: Demo anti ISA

Polis DiRaja Malaysia telah membuat roadblock disetiap pintu masuk tol ke lebuh raya PLUS menuju ke Kuala Lumpur. Kepada mereka yang ingin mengikuti demo tersebut sila simpan t-shirt atau banner anti ISA di tempat yang tak dapa dilihat atau Polis akan mengarahkan anda berpatah balik.

30 Julai, 2009

Tumpang tui penat jerih pahlawan! sialan!

Bersempena dengan Hari Pahlawan besok, dalam TV 3 suku malam ni keluarlah macam-macam kenyataan dari pencacai UMNO.
Kenyataan yang paling aku meluat sekali berbunyi "sebagai menghormati perjuangan pahlawan kita, kita janganlah berdemo kerana perbuatan itu akan menghuru-harakan negara" ciit! Pooraaahhhh!
Kalau depa tanya kat aku gerenti aku akan cakap begini "Sebagai menghormati perjuangan pahlawan negara, semua rakyat harus bangun menentang kezaliman penguasa yang semenjak dua menjak ni seolah sedang menjual maruah negara ke negara asing dengan sebahagian besar ekuiti negara dah banyak terlepas ke syarikat asing! Minyak sendiri ada, jual mahal! beras sendiri ada! pun jual mahal macam nak suruh rakyat kebulur! batu, tanah semua sendiri ada tapi buat jalan kena bayar Tol! Kepimpinan negara pulak dah jadi macam harta pusaka depa! bapak menteri, anak menteri, cucu pun jadi menteri! macam cilaka! Dalam perlembagaan membenarkan rakyat berkumpul untuk menunjukkan perasaan, tapi bila rakyat berhimpun untuk meluahkan perasaan, depa balas dengan pesta bersiram free!"
Hangpa ingat aku tak layak cakap! Tengok gambar kat atas tu!

29 Julai, 2009

Ingatkan dah senyap! dah mula ikut lain pulak!

Senjak Perak dirampas, macam2 cerita aku baca berkaitan UMNO taoi aku stay cool sebab perangai UMNO memang macam tu. Ada satu perkara yang aku follow dan telahan aku ternyata benar! ikuti bual bicara aku dengan kawan aku baru-baru ni. "Assalamualaikum syeikh!" sapa aku kepada kawan aku orang kuat PAS. "Waalaikumsalam! apa citer?" sahut beliau complete tanya. "Banyak la citer, sampai pening aku memikiornya! Dulu pening pasal kes UG, la ni pening pasal UMNO serang selangor pulak!" jawab aku bersahaja. "Selangor pandai2 la diorang menyetelnya pasal apa pulak hang nak pening pasal UG pulak!?" balas beliau. "Maunya aku tak pening pasal UG! kerana UG presiden korang dengan Nik Aziz hampir nak berbalah, hang tak kisah ke!? jolok aku kerana memikirkan ada sesuatu yang tak kena. "Itulah hang! UG tu bagus apa! Tuan Guru presiden selaku orang yang utama dalam parti mestilah rancang sesuatu untuk memakmurkan negara. Lagipun kita dengan UMNO tu sebangsa. Bukan ker menautkan kembali silaturahim tu amalan mulia yang dituntut dalam Islam! Hang pun macam Nik Aziz, PKR dengan DAP jugak!" Ujarnya membela presiden. "Aku ni tak memihak sapa-sapa! Hj Hadi ke, Nik Aziz ke, LGE dari DAP ke atau Anwar Ibrahim dari PKR. Yang aku nampak, korang ni tak serik-serik! Dah kena patuk banyak kali pun dok terhegeh-hegeh jugak. Orang yang nak menghampiri Islam hangpa buat tak peduli, puak malaun yang nak menjauhi Islam tu la yang hangpa nak pelok sangat!" aku tak maksud pun apa yang aku cakap tapi sengaja jolok! "Hang ni sebenarnya tak paham! tak mendalami agama! Dalam Al-Quran menyebut berbaik sesama musuh tu adalah dituntut! Itulah, aku suruh datang malam rabu hang tak mau! kan dah blank!". mmm..... malas aku nak memanjangkan cerita. Lebih2 karang jadi lain pulak! Tapi yang aku pasti, semenjak YDP PAS negeri dah bertukar yang baru ni, seolah-olah macam agenda UG ni dah bermula kembali! Adakah Ustaz Ahmad Awang diarahkan untu mengundur supaya dapat digantikan dengan individu yang sehaluan dengan Hj Hadi?

25 Julai, 2009

Silap langkah, UMNO akan terus ketawa!

PRU 13 semakin menghampiri. Rakyat sedang melihat prestasi negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Bagi PAS, kecuali Kelantan yang dibayangi aura Tuan Guru Nik Aziz yang terus cemerlang, rakyat sedang memerhatikan keupayaan Kedah di bawah Ustaz Azizan. Untuk DAP, rakyat sedang memerhatikan Pulau Pinang manakala untuk PKR, rakyat sedang memerhatikan halatuju Selangor. Kepada pemimpin ketiga-tiga parti ini, hentikan persengketaan, tingkatkan permuafakatan! Jadikan semangat parti hanya sebagai alat untuk menjunjung semangat rakyat! Terus memakmurkan rakyat marhaen agar hasrat hati rakyat ingin melihat UMNO menjadi sejarah bakal direalisasikan! Janganlah kerana kuasa, kebajikan rakyat marhaen diabaikan! Rakyat akan mencelakakan anda dan UMNO akan terus ketawa!

22 Julai, 2009

Bilakah saat akan dicabut alat bantuan hayat UMNO?

Bak pesakit yang dimasukkan ke ICU, dengan pelbagai alat bantuan hayat yang berselirat melingkari badan untuk memanjangkan nyawa pesakit sehinggalah doktor yang merawat merasakan pesakit tiada harapan untuk diubati maka dicabutlah alat bantuan hayat ini satu persatu dan disahkan pesakit telah mati! Begitulah UMNO! dengan 3 alat bantuan hayat terdiri dari SPR, SPRM dan PDRM, UMNO dapat memanjangkan hayat hingga saat posting ini ditulis! SPR sebagai alat bantuan hayat pertama sudah nampak tidak berfungsi dengan kekalahan bergaya 6 PRK di Semenanjung dan cuma 1 kemenangan di Batang Ai! Ini mengesahkan 1 Malaysia Najib dengan 1 kemenangan sahaja! Kih Kih Kih! SPRM sebagai alat bantuan hayat ke 2 pulak dan tersalah melaraskan peralatan yang sepatutnya di level 2 tapi kerana kalut nak tolong Najib merampas kerajaan Selangor sebelum 1 September dan terlaras ke level maksima 12 sehingga saksi siasatan jatuh 9 tingkat dari tingkat 14 ke tingkat 5 dengan seluar terkoyak di ponggong tetapi darah tiada! Depa ni siasat sambil hisap darah macam drakula ke? Wow! Raja bersiong telah kembali! Yang ke 3 dan terakhir ialah penegak undang-undang iaitu PDRM yang aku lihat bukan penegak undang-undang tapi berdiri tegak di setiap tiang letrik berjaga-jaga takut orang kampung lempar selipar bila Zamri aktor iklan colgate datang ke kuala Kangsar! Persoalannya, 1 dah tak berfungsi, 1 dah kantoi, 1 di salah guna sebagai berdiri tegak di tiang letrik bukan penegak undang-undang!

14 Julai, 2009

Bantah tua!

PAS menang dengan majoriti tipis di Manek Urai. Mmm... Duit dan wala', wala' kalah duit menang! Walau bagaimanapun, Muhyidin kena bina jambatan di Manek Urai kerana peti pos Manek Urai UMNO menang! Lepas ni pengundi peti pos Manek Urai kena pilih wakil jumpa Muhyidin untuk tuntut janji! Aku pernah bagitau kawan aku seorang ketua pemuda PAS, antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, skill public relation ahli PAS yang paling lemah sekali! Selain daripada aktiviti tetap jemaah PAS yang sedia ada, PAS patut masukkan subjek public relation dalam modul latehannya. Tapi kawan aku tu bangkang cadangan aku! Dia kata walaupun dapat 6 kerusi di Perak tapi yang jadi MB ADUN PAS! Ciss.. ke situ pulak dia! Aku maklum kat dia secara detailnya macam ni, Pas patut menghampiri penyokong di luar jemaah yang sedia ada supaya dapat menambahkan penyokong dari masa ke semasa. Modul yang patut diberi penekanan, 1. Teknik komunikasi. 2. Pengetahuan budaya antara kaum. Tapi dia cakap kat aku "apa susah nak menerangkan prinsip parti, cuba nko datang ke markaz tiap-tiap malam rabu, baru nko tau!" Aku balas balik "aku ni orang Islam memang ler boleh datang ke markaz tu, tapi kawan-kawan yang Tionghua dan Tamil macamana? takkan depa nak pegi markaz jugak!? Yang datang ke markaz tu semua jemaah PAS, abih tu, penyokong yang di luar jemaah macamana?" Aku tambah lagi "Aku bagi cadangan ni memandangkan masa PRU dulu hangpa kalah cuma 764 undi (Manong), apakata kalau hang pakat dengan ustaz-ustaz dalam PAS untuk mengadakan kelas ikraq kemudian di akhir kelas adakan sesi tazkirah dan kelas ni khaskan untuk golongan muda yang tercicir pelajaran agama!" Dia balas camni "Susah! rugi! tak dapat sambutan!" Aku naik angin "Apa la hang ni! aku cadang tadi bukannya bukak kelas kena bayaran, tapi buat kelas percuma, kalau tak adak duit sangat aku pikir belambak kawan-kawan aku yang boleh derma! aku sendiri sanggup hulur kat hangpa RM50 sebulan kalau hangpa buat kelas tu!Apa pulak pikir untung rugi plak? Kalau Nabi dulu otak macam hang, aku ingat sekarang ni mungkin kita ni masih menyembah pokok lagi! macamana la ahli PAS sini boleh lantik hang jadi ketua pemuda PAS!?" He he.. tapi dia tak marah aku cakap macam tu pasal dia dah paham sangat dah stail aku!. Yang nyatanya, cakap lah macamana pun depa tetap pasif bab ni! Lantak ler hangpa! PRU12 dapat 6 kerusi, PRU 13 nanti hilang semua baru pada muka! P/s: takat ni dapat undi kerana sentimen rakyat. kalau harap depa, hampeh!

13 Julai, 2009

Lompat parti? Terima Kasih!

Tengahari ni aku bukak PC terjumpa perihal ADUN lompat parti (sini). Pada aku, eloklah ADUN2 PR yang ada hati nak lompat parti teruskan niat hangpa tu! Daripada menyusahkan pemimpin tertinggi dan ahli parti nak buang hangpa lebih baik hangpa buang diri sendiri! Adalah diharapkan pada PRU13 nanti Pakatan Rakyat akan bersih dari anasir2 yang mementingkan diri sendiri. Semoga impian majoriti rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan akan tercapai! Insyaallah! Kepada ADUN2 PR yang lompat parti (akan). Kalau terjumpa aku nak salam hangpa dan nak ucapkan TERIMA KASIH! (lepaih tu boh penendang kat pungkoq!) Errrr...... ahli PAS yang cintakan UMNO bila nak isi borang ahli UMNO? Kawan dengan kapiaq tak mau tapi nak kawan dengan puak yang hampir kepada murtad!

11 Julai, 2009

UBN sedang desperate di Manek Urai!

UBN dengan kerjasama TV3 sedang melancarkan serangan terakhir menjelang PRK Manek Urai. Mustapa Mohamad mengeluarkan kenyataan bahawa pengundi Manek Urai harus memilih calon yang berkebolehan untuk memajukan Manek Urai (Calon depa lah tu!). Muhyidin pula memaklumkan hanya UBN sahaja yang mampu menjaga kepentingan pengundi! Mmmm.... pemandu bagus pun kalau kereta dah nak lingkup silap-silap boleh masuk gaung! Masalahnya UBN ni kereta dah nak lingkup dan pemandu pun spesis lesen beli! Kalau pengundi Sabah dan Sarawak bolehlah depa mengecong! sebab orang kat sana kalau nak keluar bandar pun kena bawak 2 pasang kasut. Sepasang pakai dan sepasang lagi gantung kat tengkuk untuk dipakai bila dah sampai bandar!(saja aku bagi orang Sabah/Sarawak marah). Kalu UBN tewas kali ini aku rasa orang UMNO patut paksa Najib letak jawatan! (sama macam alasan hangpa paksa Pak Lah dulu!). Pengundi Manek Urai wajib memberi pukulan maut kepada UBN sebagai kenang-kenangan pemerintahan 100 hari Najib!

06 Julai, 2009

Melangut tunggu duit!

TV 3 suku 8 p.m. Dalam sesi brain storming bersama petugas BN (dibaca UMNO!), Muhyidin Yasin berkata "kemenangan BN di Manek Urai akan membuka lembaran baru untuk rakyat dan negara". Tambahnya lagi "Selama ini pemikiran rakyat dan ahli UMNO ialah BN pasti kalah setiap kali PRK diadakan di Semenanjung!". Kih Kih Kih! yang sebenornya, Muhyidin saja nak tunjuk dia buat kerja! Puak-puak yang melangut depan dia tu pulak tengah nunggu elaun petugas kot! Kih Kih Kih Aku harap pengundi di Manek Urai akan meneruskan 'lembaran baru' mengekalkan kekalahan BN (UMNO) setiap kali PRK di Semenanjung dan pasti senario ini akan merebak ke Sabah dan Sarawak! Insyaallah!

05 Julai, 2009

Perangai pedengki dari budak bawak sampai ke tua!

Perangai budak-budak, Bila kawan makan ais kerim mahal tapi dia makan ais kerim pop, dengki! Pergi sekolah, dia pakai basikal ada gear, kawan pakai basikal tak de gear, kawan dia dengki! Bapak kawan dia pakai kereta buruk, bapak dia pakai kereta baru (hutang), kawan dia dengki! Main baling botol, kawan dia dapat geng bagus, dia dapat geng yang rejected, dengki! (Banyak lagi, tak larat aku!) Perangai orang tua, Blog kawan dia hit tinggi, blok dia nak capai 20 pun susah, dengki! (aku tak kisah). Parti kawan dia dapat kerusi lebih, parti dia dapat kerusi kurang, dengki! (sibuk dengan bisnes). Parti lawan dah dapat sokongan, parti dia makin kurang sokongan, dengki! (sibuk tangkap projek). MB lama kulit putih, MB baru harap gigi je putih, dengki (harap gigi je! pasal tu suka sengih tayang gigi!). Kereta kawan aku ada dua kaler, depan cerah belakang sebam, gempak beb! dengki aku (he he!). Sorang lagi kawan aku, duit banyak tapi pegi mana-mana naik kereta kecik, sampai perut kena stering! jimat minyak! Katanya nak capai duit simpanan angka sejuta yang pertama hujung tahun ni! Pergh! dengkinya aku! kih kih kih! Mmmm... dulu bila budak-budak perangai macam ni gerenti aku sekeh dahi. Aku ingatlah, orang tua-tua yang perangai pedengki ni patut kena sekeh jugak! mungkin masa kecik dulu depa tak pernah kena sekeh kot? he he!

02 Julai, 2009

Memahami apa yang sedang berlaku!

Kepada kengkawan yang tak bukak Blog Tukar Tiub, aku paparkan sepenuhnya tulisan Bro Isham di sini supaya kita dapat memahami apa yang sedang berlaku di negara kita. Thanks to Bro Isham! DASAR EKONOMI BARU YANG TERBARU !! BAGAIMANA PEMODAL ANTARABANGSA MERANCANGPada tahun 2004 John Perkins telah menulis Confession of an Economic Hit Man – Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.Untuk menghalalkan tugas – Perkins – telah dimasukan bekerja disebuah syarikat konsultan ekonomi. Ini hanyalah baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA. Sebagai penasehat ekonomi Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Saudi Arabia, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.Tugas Perkins cukup enteng : dia akan menasehatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega ( seperti projek Bakun). Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga. Ini kerana Perkins sedar bahawa pemimpin negara-negara ini apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka maka mulut dan buntut mereka ternganga luas. Perkins akan dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat ( seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat. Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas-kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega. Dalam masa yang sama melalui Perkins - Bank Dunia atau IMF atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.Projek mega ini adalah cara ‘merasuah’ para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walau pun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manafaat untuk rakyat. Ini hanya kelentong. Kontrektor-kontrektor projek, pekakas pembuatan – semuanya didatangkan dari nasehat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar ‘Mat Saleh ‘ yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan. Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang di panggil ‘expert’. Dalam masa yang sama Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini. Ini adalah sebahagian dari strateji Perkins. Ini perangkap yang sengaja dipasang.Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, World Bank, Europen Bank dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins. Bunga dan hutang ini akan meningkat. Ini menambahkan lagi beban negara.Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga. Cadangan Perkins : subsidi dihapuskan. Barangan kawalan makanan dilupuskan. Impot dibesarkan. Barangan ekspot dimurahkan. Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan ekspot.Akhirnya – akan sampai satu masa – dimana hutang bagitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan ‘ menasehatkan’ para politikus agar Pertamina memberikan hak untuk Exxon cari gali di Ambalat –mislanya yang terjadi di Indonesia. Ini perangkap awal.Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisma dan enggan tunduk atau berdegil maka akan di hantar apa yang di panggil ‘ The Jackals’. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada thun 1953. Presiden Geutemala pada tahun 1954 menjadi mangsa agar bumi negaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada thun 1965. Ecuador pada thun 1981.Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimilik negarakan oleh Omar Torrijos pada thun 1977. Kemudian pada July 31, 1981 kapalterbang yang dinaikinya meletup di udara. Sesudah Torrijos mati Amerika kembali mendapat hak i untuk meletakan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.Di negara kita sendiri pekara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru yang dilakar oleh Razak Hussein telah mengenepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini merasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia mereka terus mempertikaikan dasar ini.Dasar ini juga di kritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA. Ketika itu air, api, talikom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda, Felcra, SEDC – semuanya adalah milik orang ramai i.e milik negara. Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Maj Jah peniaga warong di Gombak atau Pak Huseing pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang dari kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksima.Apabila Mahathir naik semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca pemodal Cina - Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkundurilah kaum kapitalis ini. Harta kekayaan mereka bertimbun tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di sawastakan hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu. Mahathir naik tocang apabila dinobatkan oleh kaum pemodal ( kaum pemodal Cina) sebagai penjana pembangunan. ( Ini tidak ada sangkut paut dengan Mak Cik Limah di Felda Chomomoi atau Haji Timah tuan punya warong di Senawang.) Dasar Ekonomi Baru ini hakikatnya adalah dasar ekonomi kapitalis yang penuh dengan percanggahan. Dasar ini bercita-cita untuk memunculkan ‘zaibatsu’ Melayu/Bumiputera. Ini hanyalah mimpi tegang yang tidak pancut-pancut. Cita-cita ini tidak mungkin tercapai hingga bumi meletup. Kalau tupai beranakkan gajah pun dasar ini tidak akan tercapai.Dasar DEB ini tidak akan berjaya kerana dalam hukum ekonomi kapitalis – apa boleh jual akan di jual – apa yang boleh di beli akan dibeli. Dalam ekonomi kapitalis tidak ada agama atau bangsa. Setiap kali modal dilabor untuk Melayu ianya pasti akan bertalian dengan ekonomi Cina yang telah lama kukuh. Ini belum diambil kira rasuah. Tidak mungkin semua orang Melayu/Bumiputera akan dapat di kayakan. Pemodal memerlukan buruh yang boleh diupah murah. Pemodal memerlukan pengguna untuk membeli. Kalau Melayu semua kaya siapa pula yang akan menjadi buruh di ladang sawit, penanam padi, penangkap ikan dan Minah Karan dan Mat Spana?Dasar Ekonomi Baru ini hanyalah satu kelentongan/tipu helah dimana para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu. Dengan bersandarkan keMelayuan maka para politikus Melayu ini dapat ‘merembat’ harta negara. Pada ketika DEB dimulakan pergaduhan Melayu/Bukan Melayu baru selesai. Kapitalis nasional dan kapitalis komprador tidak berani menyuarakan tentangan pada ketika itu. Mereka melihat dari jangka panjang kepentingan mereka lebih terjaga dengan dasar ini. Anggapan mereka cukup tepat. Siapa dia Lim Goh Tong, siapa dia Ananda Krishnan, siapa dia Vincent Tan ?Dasar untuk menjadikan 30% harta kekayaan negara ini dimiliki oleh Melayu/Bumiputera adalah mimpi kosong dan dasar yang salah. Tidak perlu membuat kajian ilmiah – pergi sahaja keluar dari Kuala Lumpur dan lihat sendiri kehidupan orang-orang di kampong. Memang betul ada perubahan. Kalau dulu pada tahun 1974 di Kampong Chenor ( kampong saya ) tidak ada leterik dan air – hari ini telah ada. Tetapi air dan leterik kini dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Hospital dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Sekolah dan univeristi dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.. Jalan raya dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Talipon dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Ini bezanya. Ini hakikat. Dua minggu dahulu Najib telah membuat dasar liberalisasi. Perkataan LIBERALISASI ini perkataan hampeh. Ini perkataan putar alam bertujuan untuk mengelirukan kefahaman yang tuntas kepada orang ramai terutama kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda. Leberalisai bermakna : Syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara ini.Dua hari dahulu Najib Razak telah mengubah satu jalur DEB. Kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar ini. Ertinya pasaran Malaysia terkangkang luas untuk di entot. Ertinya tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini. ( Kalau saya kapitalis saya akan terpancut siang dan malam dan meleleh air liur melihat harta negara ini boleh dimiliki ).Kenapa Najib membuat dasar baru ini ?Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah pribadi yang berat. Jangan silap baca ini tidak ada sangkut paut dengan berat badan isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik. Contohnya : Parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca – pemodal Cina - telah menjauhkan diri dari Najib. Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya gadis cun dari Mongolia. Media luar ini adalah alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi. Kaum pemodal antrabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini.Hantu dan polong-polong puaka ini perlu dijaga. Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional maka Najib Razak menswastan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dalam dan luar negara. Inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib Razak. Dimana Perkins Kaki Pukul sedang bersemayam? Jangan risau si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghatar budak suruhannya dari Singapura. Lupa projek mega – Jambatan Ketiga ? Perkins-Perkins ini mungkin ada jaringan dalam EPU. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas. Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.Dasar Ekonomi Baru atau Dasar Pedekatan Baru ini semuanya TIDAK akan memberi apa-apa manafaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi Itek di Jalan Petaling. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang. Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu ‘pink form’. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Heng Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu di ikat dengan pelbagai gaya/cara – cukai/tol/bil hospital/bil air/bil api/ bil sewa rumah/cukai rumah - dimana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.Dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabor dan membawa modal. Ini betul-betul hujah dari kertas kerja John Perkins. Inilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali. Satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat. Sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. Dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar dimana kepentingan ramai mendahului kepentingan pribadi. Kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.Kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus dimana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani. Ini kerana dari tenaga kaum buruh dan kuam tani inilah munculnya modal. Modal muncul dari tenaga manusia. Modal bukan wang ringgit. Wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. Modal datang dari tenaga warga negara itu sendiri. Modal bukan datang dari IMF atau Bank Dunia Bank. Duit dari IMF atau Bank Dunia itu adalah hasil rompakan dari tenaga buruh dan tani dari seluruh dunia.Justeru dasar Menjual Felda mungkin dilihat dapat mengumpulkan modal. Awas! Menjual Felda samalah seperti Lebai Sudin di Kuala Nerang yang hanya memiliki sebuah rumah dan 3 relong sawah. Satu hari untuk membaiki atap rumahnya Lebai Sudin telah menjualkan 3 relong tanah sawahnya kepada ……. (TT)( Tulisan ini boleh dicekup demi membuat kebaikan. Sila baca buku Confessions of an Economic Hit Man - jangan malas baca! Kalau malas kena jual nanti ! )

01 Julai, 2009

DUN Perak Bubar? Tolong pilih calon yang semenggah!

Sebaik sahaja MB Nizar memfailkan penyemakan statusnya sebagai MB Perak di Mahkamah Persekutuan, timbul desas desus yang DUN Perak akan dibubarkan. Difahamkan mahkamah telah memberi klu kepada UMNO yang mahkamah terlalu sukar untuk menangkis hujah MB Nizar. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus dan betul. Tindakan Mahkamah Rayuan adalah biadap dan tergesa-gesa kerana takutkan DUN Perak dibubarkan atas permohonan MB Nizar. Menurut penyebar cerita, persetujuan pintu belakang yang melibatkan istana dan pimpinan UMNO, DUN Perak mesti dibubarkan sebelum kes MB Nizar dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai ini. Selanjutnya di sini. Sekiranya benar, sudah bersediakah PKR? Sudah bersediakah PAS? Sudah bersediakah DAP? Adakah PKR telah membasmikan calon-calon ala-ala Jamaludin dan Osman? Adakah PAS telah menyediakan calon-calon sehebat Nizar? (atau mengekalkan calon yang kalut mohon kawasan balak?) Adakah DAP telah menyediakan calon-calon yang mantap agar kisah Ah So Jelapang tak berulang lagi? Aku amat mengharapkan parti-parti Pakatan Rakyat Perak telah bersedia. Sekiranya terlantik calon-calon yang dilihat bertanding atas kepentingan sendiri tanpa wawasan yang jelas untuk memakmorkan rakyat negeri Perak ini, Awas!!! Tak payah tunggu orang UMNO! Aku sendiri yang akan mencantas di dalam blog ini! Insyaallah!