Sedari kuasa kita!
Pengikut
01 Julai, 2009
DUN Perak Bubar? Tolong pilih calon yang semenggah!
Sebaik sahaja MB Nizar memfailkan penyemakan statusnya sebagai MB Perak di Mahkamah Persekutuan, timbul desas desus yang DUN Perak akan dibubarkan. Difahamkan mahkamah telah memberi klu kepada UMNO yang mahkamah terlalu sukar untuk menangkis hujah MB Nizar. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus dan betul. Tindakan Mahkamah Rayuan adalah biadap dan tergesa-gesa kerana takutkan DUN Perak dibubarkan atas permohonan MB Nizar. Menurut penyebar cerita, persetujuan pintu belakang yang melibatkan istana dan pimpinan UMNO, DUN Perak mesti dibubarkan sebelum kes MB Nizar dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai ini. Selanjutnya di sini.
Sekiranya benar, sudah bersediakah PKR? Sudah bersediakah PAS? Sudah bersediakah DAP?
Adakah PKR telah membasmikan calon-calon ala-ala Jamaludin dan Osman? Adakah PAS telah menyediakan calon-calon sehebat Nizar? (atau mengekalkan calon yang kalut mohon kawasan balak?) Adakah DAP telah menyediakan calon-calon yang mantap agar kisah Ah So Jelapang tak berulang lagi?
Aku amat mengharapkan parti-parti Pakatan Rakyat Perak telah bersedia. Sekiranya terlantik calon-calon yang dilihat bertanding atas kepentingan sendiri tanpa wawasan yang jelas untuk memakmorkan rakyat negeri Perak ini, Awas!!! Tak payah tunggu orang UMNO! Aku sendiri yang akan mencantas di dalam blog ini! Insyaallah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
susah nk pecaye woooo...
gua mmg skong PR
tp sejak 16 Sept xjadi..
bg gua, susah nk rmpas sesuatu yg drampas oleh BN..
gua harap krajaan negeri PR yg lelain buat la kje btol2....
skit aku tgk brite tv3 yg slalu hantam ngeri2 ni.
Catat Ulasan