Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

14 Julai, 2009

Bantah tua!

PAS menang dengan majoriti tipis di Manek Urai. Mmm... Duit dan wala', wala' kalah duit menang! Walau bagaimanapun, Muhyidin kena bina jambatan di Manek Urai kerana peti pos Manek Urai UMNO menang! Lepas ni pengundi peti pos Manek Urai kena pilih wakil jumpa Muhyidin untuk tuntut janji! Aku pernah bagitau kawan aku seorang ketua pemuda PAS, antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, skill public relation ahli PAS yang paling lemah sekali! Selain daripada aktiviti tetap jemaah PAS yang sedia ada, PAS patut masukkan subjek public relation dalam modul latehannya. Tapi kawan aku tu bangkang cadangan aku! Dia kata walaupun dapat 6 kerusi di Perak tapi yang jadi MB ADUN PAS! Ciss.. ke situ pulak dia! Aku maklum kat dia secara detailnya macam ni, Pas patut menghampiri penyokong di luar jemaah yang sedia ada supaya dapat menambahkan penyokong dari masa ke semasa. Modul yang patut diberi penekanan, 1. Teknik komunikasi. 2. Pengetahuan budaya antara kaum. Tapi dia cakap kat aku "apa susah nak menerangkan prinsip parti, cuba nko datang ke markaz tiap-tiap malam rabu, baru nko tau!" Aku balas balik "aku ni orang Islam memang ler boleh datang ke markaz tu, tapi kawan-kawan yang Tionghua dan Tamil macamana? takkan depa nak pegi markaz jugak!? Yang datang ke markaz tu semua jemaah PAS, abih tu, penyokong yang di luar jemaah macamana?" Aku tambah lagi "Aku bagi cadangan ni memandangkan masa PRU dulu hangpa kalah cuma 764 undi (Manong), apakata kalau hang pakat dengan ustaz-ustaz dalam PAS untuk mengadakan kelas ikraq kemudian di akhir kelas adakan sesi tazkirah dan kelas ni khaskan untuk golongan muda yang tercicir pelajaran agama!" Dia balas camni "Susah! rugi! tak dapat sambutan!" Aku naik angin "Apa la hang ni! aku cadang tadi bukannya bukak kelas kena bayaran, tapi buat kelas percuma, kalau tak adak duit sangat aku pikir belambak kawan-kawan aku yang boleh derma! aku sendiri sanggup hulur kat hangpa RM50 sebulan kalau hangpa buat kelas tu!Apa pulak pikir untung rugi plak? Kalau Nabi dulu otak macam hang, aku ingat sekarang ni mungkin kita ni masih menyembah pokok lagi! macamana la ahli PAS sini boleh lantik hang jadi ketua pemuda PAS!?" He he.. tapi dia tak marah aku cakap macam tu pasal dia dah paham sangat dah stail aku!. Yang nyatanya, cakap lah macamana pun depa tetap pasif bab ni! Lantak ler hangpa! PRU12 dapat 6 kerusi, PRU 13 nanti hilang semua baru pada muka! P/s: takat ni dapat undi kerana sentimen rakyat. kalau harap depa, hampeh!

1 ulasan:

Unknown berkata...

Betoi. Depa jenis bodo sombong.