Sedari kuasa kita!
Pengikut
25 Julai, 2009
Silap langkah, UMNO akan terus ketawa!
PRU 13 semakin menghampiri. Rakyat sedang melihat prestasi negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Bagi PAS, kecuali Kelantan yang dibayangi aura Tuan Guru Nik Aziz yang terus cemerlang, rakyat sedang memerhatikan keupayaan Kedah di bawah Ustaz Azizan.
Untuk DAP, rakyat sedang memerhatikan Pulau Pinang manakala untuk PKR, rakyat sedang memerhatikan halatuju Selangor.
Kepada pemimpin ketiga-tiga parti ini, hentikan persengketaan, tingkatkan permuafakatan! Jadikan semangat parti hanya sebagai alat untuk menjunjung semangat rakyat! Terus memakmurkan rakyat marhaen agar hasrat hati rakyat ingin melihat UMNO menjadi sejarah bakal direalisasikan!
Janganlah kerana kuasa, kebajikan rakyat marhaen diabaikan! Rakyat akan mencelakakan anda dan UMNO akan terus ketawa!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan