Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

08 Januari, 2012

Perak: Baru ler aku paham mengapa PAS menang 6 kerusi jer!

Cilok dari http://batuvskayu.blogspot.com/

SHAH ALAM – Pas mengingatkan parti komponen dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR supaya menjaga keadaan rumah tangga masing-masing masing-masing, bukannya mencampuri urusan parti lain.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mempersoalkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang secara terbuka bertindak mencampuri urusan parti itu khususnya berkaitan isu Datuk Dr Hasan Ali.

Tegas Harun, Pas berupaya menyelesaikan masalah dalaman parti tanpa perlu pembabitkan pihak luar.

“Masalah dalaman Pas, biarlah kepimpinan parti yang menyelesaikannya.

"Pas tidak perlu diajar memandangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan sendiri oleh parti,” kata beliau kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Azmin mendesak kepimpinan Pas supaya bertindak terhadap Hasan yang juga Exco Kerajaan Selangor kerana didakwa celupar mengkritik kempen Bebaskan Anwar 901.

Azmin menggesa Pas mengambil tindakan keras terhadap Hasan kerana kenyataannya melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan Hasan dikatakan tidak sewajarnya berkata demikian.

Harun juga berkata, Pas tidak menghalang ahlinya menyertai atau tidak perhimpunan Gerakan Bebas 901.

“Terserah kepada ahli untuk menyertainya atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menegaskan beliau bimbang campur tangan pihak luar dalam masalah dalaman parti hanya akan mengeruhkan dan merumitkan lagi keadaan.

“Masalah dalaman parti, serahkan sahaja urusan kepada kepimpinan Pas. Pas bukanlah parti baru.

"Kami sudah banyak pengalaman menyelesaikan konflik dalaman parti dan tahu bagaimana untuk bertindak menyelesaikannya,” katanya

Jelasnya, Pas tidak mahu suasana seperti itu yang menyulitkan dan menyusutkan keadaan berlaku.

Jawatankuasa kerja Pas pusat yang mengadakan mesyuarat bulanan hari ini dijangka membincangkan kes Hasan.





P/S: Aku bukan sokong Azmin pun! PRU13 PKR Perak boleh dapat lebih dari 7 kerusi ke? Persoalan: Kalau PAS dah berkuasa di persekutuan nanti agak2 boleh tak kita komplen? Ingat! sebarang tindakan mengundang persepsi baik/buruk! Jangan ingat kepala hotak pengundi sama macam zaman Hail Amir/Uji Rashid dulu!

6 ulasan:

Amri Mat Saaid berkata...

salam..ya itulah sebabnya PAS kalah di terengganu dulu kerana adanya pemimpin PAS cam gitu di ganu kite..

Aa berkata...

Belum berkuasa dah tak boleh tegur. kalau dah berkuasa macammana pulak. Ish Ish

Tanpa Nama berkata...

Mungkinkah menegur pentadbiran akan diwartakan sebagai murtad bila
PAS berkuasa nanti? Harap jangan buat gila!

Tanpa Nama berkata...

Apa pulak agaknya reaksi PAS jika sekiranya pimpinan PKR mengutuk pimpinan tertinggi mereka? Adakah mereka tidak akan ambil kisah? Aduhai..!! PAS...PIMPINAN KAMU BOLEH PULAK KATA SEDEMIKIAN KEPADA KETUA UMUM KEADILAN DIDALAM ARUS PERDANA MUSUH...!KAMU MAHU PKR TUTUP MULUT DAN MEMBISU..?? MATANG LAH SIKIT,, KAN KAH PAS PARTI YANG DAH ESTABLISHED..?

Tanpa Nama berkata...

Hai.. HEBAT sangat kah PAS oii.? Sampai tak boleh tegur bila Pimpinan kamu menyanggah Pemimpin tertinggi PKR ??? Prghhh..!! Tak syok betui cara kita berkawan..!!

Tanpa Nama berkata...

Ustaz-ustaz ni rendahkanlah hati tu. Ego itu memenagi pihak lain. Kalau tak boleh rendah hati, letak ketepi sajalah ketayap tu, kemudian cakaplah macam orang-orang lain tu cakap. Islam itu indah, yang indah akan dicontohi.