Minggu lepas saya berkesempatan bersembang dengan seorang Chief Economist sebuah bank perdagangan yang tidak perlulah saya sebut namanya. Beliau kebetulan ada di pejabat seorang kenalan yang menjadi CEO sebuah syarikat awam (public listed co). Menurut beliau, kenaikan harga minyak dan barangan lain, pengurangan subsidi, kenaikan tambang pengangkutan awam, kenaikan tarif elektrik, kenaikan kadar tol, adalah merupakan langkah yang memang sengaja dilakukan kerajaan sekarang walaupun trend harga komoditi, harga minyak dunia, dan lain2 penunjuk harga (commodity price indicators) adalah menjurus kepada pengurangan dan penurunan harga.
Percaturannya begini: Pilihanraya umum akan diadakan bukan dalam masa lima tahun, bahkan besar kemungkinan dalam masa 36 bulan dari sekarang. Kita memang tahu bahawa kedudukan fiskal negara agak gawat. Hutang negara juga hampir mencecah siling yang ditetapkan oleh perlembagaan. Kita juga tahu, harga minyak dunia adalah dalam trend menurun, apatah lagi dengan kemasukan semula bekalan minyak Iran ke dalam pasaran dunia selepas muktamadnya akujanji antara enam negara besar dengan Iran baru2 ini berkenaan persenjataan nuklear. Untuk tempoh 24 bulan dari sekarang, kerajaan akan melaksanakan pemotongan subsidi, pelarasan harga barang, kenaikan segala macam kos pengangkutan, dan pelaksanaan GST.
Semua ini akan memberi impak positif berganda kepada khazanah kerajaan. Rakyat pun akan mengeluh pagi petang siang malam. Kita sudah boleh lihat reaksi rakyat jelata sekarang. Rata-ratanya tidak dapat menerima pesta kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini. Belum kebah lagi kita dengan pengumuman kenaikan tarif TNB, hari ini kita kena balun lagi dengan kemungkinan kenaikan kadar tol dan juga pengangkutan.
Apa yang akan berlaku selepas 24 bulan itu? 12 bulan sebelum PRU14, kerajaan akan mula melaksanakan dasar 'bermurah hati-generous' dengan meningkatkan amaun bayaran BRIM, menurunkan harga minyak dan beberapa barangan utama yang lain, barangkali menurunkan tol beberapa sen selepas menaikkannya sebanyak seringgit dua Dua tahun ikat perut dan naik sana sini, tentunya senang sahaja untuk melonggarkan tali pinggang selama 12 bulan. Dan kita semua pun akan bertepuk tangan mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana begitu prihatin dengan permasalahan dan penderitaan rakyat jelata. Cerdik bukan?
SUMBER
1 ulasan:
nak buat camana melayu mudah lupa
Catat Ulasan