Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

15 Disember, 2013

Syiah. Kenapa Anwar respon, Hj Hadi tidak?


Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Disember, 2013.Anwar gesa Jakim tidak jadi boneka BN. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Disember, 2013.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) tidak seharusnya membenarkan diri mereka menjadi boneka untuk menjatuhkan musuh politik Barisan Nasional (BN).
Mengulas tuduhan Syiah terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Anwar berkata, sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.
Menurut Anwar, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu perlu diberi peluang untuk membela dirinya diatas tuduhan menganut fahaman Syiah semata-mata kerana kagum dengan Ayatollah Ruhullah Musawi al-Khomeini.
"Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri.
"Jadi biarlah beliau diberi ruang dan peluang," kata Anwar kepada media selepas melancarkan buku "Spirit of Merdeka" di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.
Susulan dari pendedahan 10 bukti Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mohamad terlibat dengan fahaman Syiah, Jakim pula tampil memberi kenyataan untuk menggesa pemimpin PAS itu mengemukakan bukti.
"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar merujuk kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kerana sebelum ini ada kes yang saya bawa di Mahkamah Syariah, Jakim tidak pernah menolong, Jakim perlu tetapkan pendirian dulu," katanya.
Anwar turut mengatakan beliau pernah melawat Imam Khomeini pada awal tahun 1980 di atas kapasitinya selaku Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia.
"Saya merupakan rombongan kedua ke Tehran selepas Revolusi di Iran untuk bertemu dengan Khomeini.
"Adakah ini juga bermaksud saya turut mengamalkan fahaman Syiah? Saya pergi pada tahun 1980 kerana diundang dan semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri tiada orang dakwa saya pula?" soal beliau sambil menambah Mohamad sendiri tidak pernah berjumpa dengan Imam Khomeini.
Anwar pada masa sama turut menggesa untuk tidak terus menggunakan Syiah sebagai isu politik.
"Mereka kata sudah kumpul bukti maka kalau dah ada sudah sah buktinya terus saja dakwa kenapa perlu berdolak-dalih orang tertuduh pula kena kemukakan bukti sistem apa ini?" soal Anwar.
Tambahnya lagi kenyataan KDN yang mengatakan mempunyai bukti "gred A" merupakan sesuaatu yang tidak berasas apabila kerajaan sekali lagi gagal mengemukakan bukti kukuh.
"Ini yang saya tidak faham apa dia gred A, gred B ini? Kita tidak tahu dulu tidak ada, bulan lepas tidak dengar pula alih-alih ada gred A.
"Kalau betul kementerian mempunyai gred sedemikian, maka jelaskan kepada rakyat apa itu gred yang dikatakan," katanya.
Mohamad sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya berfahaman Syiah, tetapi tidak menolak beliau mengagumi Imam Khomeini dan Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyid Hassan Nasrallah. – 15 Disember, 2013.
– 15 Disember, 2013.


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hadi tunggu TGNA beri komen baru dia respon. takut komen dia tak selari dgn komen TGNA...

Monkey Shooter berkata...

Hadi kena tanya Mustafa Ali dahulu apa yang nak dikomen. Sebab dia sendiri tak tahu nak komen apa-apa pun kecuali kalau komen pemimpin PKR yang mengedar pil kuda maka pastinya Hadi orang pertama yang akan buka mulut......

Tanpa Nama berkata...

Biasalah... pemimpin lembab. Pasti pemimpin paling akhir beri komen.

Sebenarnya tak layak jadi pemimpin untuk organisasi sebesar pas tapi nak buat mcm mana pas is for lebai only

Tanpa Nama berkata...

Tgna dah bg komen..harimau mengingatkan kambing bahaya serigala..

Tanpa Nama berkata...

Tak dapat buat fitnah sex, la ni issue shiah pulak.Tak habis nak perangkap Abg M.Sabu yang lantang dedahkan keburokkan pemerintah.Issue menang PRU 13 belum habis, jadi tangkap mereka yang akan bising dulu baru di keluarkan.Ini lah bahana makan duit rasuah, takut terbongkar jatuhkan orang berpengaruh parti lawan terutama nya melayu.

abu bakar berkata...

ustaz hadi dah ulas lama dah ampa tak ingat...dia kata soal syiah tak boleh di ulas oleh orang bodoh, kena orang jenis cerdik aku simpan artikelnya,,aku tak ingat keluag dalam harakah kira2 5 bulan lepas

abu bakar berkata...

setahu aku ustaz hadi paling banyak p iran, iran selalu jemput untuk aktiviti taqrib==ustaz ustaz kanyag yang baru nak sekeh syiah tak payahlah nak lawan dia pi lah berguru dengan ustaz hadi dulu

Sangga Buana berkata...

Kalau betul2 ikhlas nak jaga iman rakyat, baguslah.
Aku syorkan juga banteras kafir munfikin yang menentang hukum Allah (HUKUM HUDUD). Jangan berdalih2 mengelak nak tuding pada orang lain.
Adakah juga mubahalah. muda2an Allah melaknat orang yang CELAKA.

Sangga Buana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.