Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

25 Mac, 2014

Inikah penyebab tragedi MH370? (updated)


 Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi. Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkar
a ini berlaku seperti ini:

Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini.http://america.aljazeera.com/.../taliban-ambush...

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.

Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US)
Jika benar...then kita ni mangsa 2 kuasa besar...ibarat gajah dgn gajah bergaduh semut ditengah2....apapun jika itulah ketentuannya kita kene terima...

america.aljazeera.com
The browser or device you are using is out of date. It has known security flaws ...See More






Persoalan paling menarik dari Abu Nawas II.

Kalau ukoq pakai pembaris atas peta pun dah tau najib menipu...
Ambik pembaris 1 kaki (12cm) ukoq jarak dari KL ke beijing berapa cm..
ukoq pulak dari KL ke tempat dia berpusing sampai ke tempat dia jatuh cukup tak pembaris 1 kaki tu....berapa kali ganda kayu pembaris nak kena pakai kalau nak di bandingkan hentian sebenar di Beijing...

Kalau minyak dari KL ke Beijing extra 2 jam cukup ka kapai terbang tu nak pi terjun kat selatan lautan hindi tu....






11 ulasan:

Katak Comel berkata...

first time dgr..menarik jgk..

Tanpa Nama berkata...

Saya pun first time dgr... bullshitt!!

Tanpa Nama berkata...

logik2....klau teori ni btol, mmg f*** la Amerika n Israel...

Tanpa Nama berkata...

satu fakta yang boleh di terima akal

Tanpa Nama berkata...

kami sudah lama mengetahui perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

beberapa hari lagi, satu lagi konsert maksiat akan dibuat di sepang sempena f1......tak serik2 kerajaan malaysia ni..dlm keadaan negara dilanda pelbagai masalah, mh370, budak2 mati overdose dadah di bukit jalil, satu lagi konsert maksiat akan dibuat lagi di sepang, konon sempena F1 sepang tak lama lgi..sape yg benarkan konsert tu kalau bukan kerajaan??

ini menunjukkan kerajaan betul2 tidak peduli dgn keadaan negara, tidak amik iktibar dari peristiwa semasa yg berlaku dlm negara.......

kenapalah bengap2 belaka menteri malaysia ni?

betul2 munafik puak2 ni...bila mh370 diisytiharkan hilang di lautan hindi, semua saluran tv dok siar rancangan agama, mengaji quran termasuk la tv maksiat utama tv3......tak sampai berapa hari, nak buat konsert pulak,,,ape kejadahnya semua ni..mengundang bala belaka

Tanpa Nama berkata...

ALLAH MAHA BERKUASA..PELBAGAI CARA DIA MAMPU TUNJUKKAN pada manusia yang DIA KEHENDAKI..yahudi ttp yahudi sampai hari pembalasan..ALLAHUAKHBAR

Tanpa Nama berkata...

Amerika sial sggup bunuh n musnah kn org yg x bsalah dlm mh370 tu.. Fvck u america!!!!

Tanpa Nama berkata...

Lu pikir lu siapa

jingga berkata...

Allahhualam,,,,

Tanpa Nama berkata...

Masalah dadah kat msia dah lama dah, apa bezanya bdk mnm air ketum kat kedah dgn bdk layan ubat batuk kat kelate dgm kes ni. Baru sedar ke berpuluh thn org melayu kita terjebak dgn dadah