Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

13 April, 2014

Azmin/Zuraida bersedia untuk ganti Anwar/Wan Azizah?

Cerita ni keluar melalui Utusan. Samada depa sayang atau nak pedajai Azmin/Zuraida tidak diketahui. Kena tanya si empunya badan la beb!

PERMATANG PAUH 11 April - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, parti itu harus keluar daripada terus dibayangi Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang akan bertanding mempertahan jawatannya bulan hadapan menegaskan, perkara itu perlu dilakukan demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.
Menurutnya, PKR yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu perlu bergerak ke hadapan untuk menghadapi keadaan yang semakin mencabar.

“PKR bukan parti Anwar dan tidak boleh terus dibayangi oleh beliau. Oleh itu, ahli- ahli mesti bergerak melebihi beliau dan untuk mencapai hasrat berkenaan, kita perlu menonjolkan lebih ramai pemimpin muda dan profesional demi parti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan ahli PKR negeri di sini hari ini.

Azmin berkata, bagi tujuan kesinambungan kepimpinan parti, lebih ramai tokoh muda dan profesional harus ditonjolkan untuk memastikan PKR terus dominan termasuk dalam aspek kerjasama bersama Pas dan DAP.

“Bagaimanapun, buat masa ini kita masih perlukan kepimpinan beliau (Anwar)," katanya.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak pada masa sama turut mengingatkan ahli supaya memikirkan masa depan parti sebelum mengundi.

“Saya ingin tegaskan, bukanlah sesuatu perkara mudah berada dalam PKR pada hari ini kerana cabarannya terlalu besar," katanya.

Ditanya mengapa tidak membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan Presiden selepas 15 tahun membuktikan ‘kesetiaan’ bersama parti, Azmin memberitahu, perkara itu sukar untuk dijelaskan.

“Mengapa anda bertanya soalan sukar tetapi saya akui selesa bekerja bersama Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail," katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya adakah beliau tidak selesa bekerja bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin meminta media supaya tidak memaksanya mengeluarkan kenyataan tentang perkara tersebut.

Dalam masa sama, beliau mengakui pernah mengkritik Abdul Khalid demi kepentingan rakyat terutama dalam isu kenaikan gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.
Sementara itu, Azmin menjelaskan beliau tidak gentar dengan pakatan yang dibentuk oleh Nurul Izzah Anwar, Datuk Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR kali ini.
“Saya serahkan kepada ahli untuk membuat pilihan tetapi saya tidak percaya terhadap konsep membentuk gabungan menjelang pemilihan parti," katanya.

Artikel asal SINI


BUKIT MERTAJAM 12 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya berpusat pada tokoh tertentu sahaja sebaliknya harus menjadi sebuah parti berteraskan anggota akar umbi, kata Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin.

Zuraida berkata, dalam konteks itu beliau bersetuju dengan pandangan Timbalan Presiden, Azmin Ali bahawa parti itu bukan milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ketua umum PKR.
"Parti ini sudah berkembang walaupun tidak dinafikan sebab penubuhannya adalah kerana apa yang berlaku terhadap Anwar," kata Zuraida pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zuraida mengulas kenyataan Azmin bahawa PKR harus keluar daripada terus dibayangi Anwar demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam majlis berasingan di Kepala Batas mendakwa kenyataan Azmin itu menggambarkan PKR sebuah parti yang hanya diterajui keluarga Anwar.

Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata terlalu banyak sandiwara dalam PKR dan terbaharu ialah keputusan Anwar yang mahu mencabar isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Presiden dalam pemilihan PKR bulan depan. - BERNAMA

sumber SINI

P/S: Dah kuat sangat ke?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JANGAN MIMPI! puihh.....

Tanpa Nama berkata...

Amboi amboi amboi!!!

Seronok dengar ALGOJO bercakap soal rakyat rakyat RAKYAT..konon!

ttpi..yg ambil risiko bukak skandal lembu NFC ialah Rafizi serta NIAT nak hapuskan PTPTN dan tol2 pun Rafizi..

yg lain SONYAP sopi, asyik atur org kuat dan KRONI 'kontrol' sume kerusi sebijik mcm setan2 yg dah dikenali!

yg lagi hebat..
Rafizi sebuk bukak kes NFC PTPTN dan tol2.. ada puak nih sebuk pulak bukak isu kominis dan pil kuda utk tipu auta klentong klirukan RAKYAT!!

Amboi2!
rakyat rkyat rakyat RAKYAT, ttpi mrk ini lah yg mnjd sbnr2 MUSUH kpd RAKYAT!!!