Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

01 Julai, 2015

Nik Amar kena bayar saman 200 ribu!


Pegawai KIAS Yang Nik Amar Pecat Dapat Gantirugi RM200,000

Bekas Kadi Kelantan, Che Ibrahim Mohamed yang dipecat oleh anak syarikat kerajaan negeri Kelantan hari ini mendapat gantirugi sebanyak RM200,000, demikian keputusan di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur di dalam satu pendengaran kes di Kota Bharu pagi ini.

Di dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Che Ibrahim, beliau menyatakan:

" .....Tanpa pengakuan liabiliti, Pihak KIAS hendaklah membayar kepada Che Ibrahim Bin Mohamed sebanyak RM200,000.00 sebagai penyelesaian muktamad kpd kes ini dlm tempoh 14 hari dari keputusan mahkamah bersama satu testimonial dari pihak KIASl yang memperakukan bahawa Che Ibrahim Bin Mohamed, Timbalan Pendaftar KIAS yang telah berkhidmat di KIAS mulai 1 Januari 2000 hingga 1 Febuari 2014, sepanjang perkhidmatannya di KIAS, adalah seorang pegawai yang berkebolehan dalam menjalankan dan melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh pengurusan Kolej. Pihak KIAS mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan beliau di sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut."

Pada 1 Februari lalu, Che Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), sebuah kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan.

Surat pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga KIAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Che Ibrahim adalah penyokong Husam yang keempat dipecat, dipercayai berikutan pertembungan antara Husam dengan kepimpinan baru kerajaan negeri Kelantan, terutama Mohamad Amar.

Sebelum Che Ibrahim, tiga penyokong Husam turut dipecat iaitu Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya.

Pada 6 Februari tahun lalu, Che Ibrahim bersama rakan-rakannya telah menyerahkan kembali cek pampasan tiga bulan gaji yang diberikan kepada beliau sebagai tanda penentangan ke atas pemecatan itu.

Di dalam kenyataan akhbarnya juga Che Ibrahim menyatakan beliau merasakan pemecatan itu telah menjejaskan nama baiknya, dan telah menyusahkan dirinya, serta telah menyebabkan wujudnya pandangan negatif masyarakat sekeliling terhadapnya dan juga keluarganya. Maka dengan sebab itu beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk menfailkan satu saman sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dalam masa yang terdekat.

Beliau juga mengumumkan bahawa beliau telah hilang kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin Pas yang dilantik untuk menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan hari ini dan juga pemimpin-pemimpin Pas peringkat Pusat dan beliau mengisytiharkan diri untuk bersama parti baharu yang akan ditubuhkan selepas hari raya ini sebagai wadah baru perjuangan Islam dalam politik Negara.

Sebelum dilantik menjadi Timbalan Pendaftar KIAS, Che Ibrahim pernah menjawat beberapa jawatan lain termasuk kadi, Setiausaha Majlis Syura Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) dan Setiausaha Jawatankuasa Pindaan Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan (Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah II).

Che Ibrahim adalah Ketua Pas Cawangan Kepala Jambatan, DUN Pasir Pekan, Tumpat dan Timbalan Pengerusi Pasma Negeri Kelantan, Jawatan-jawatan yang pernah disandang dalam Pas termasuklah 1. Ahli J/Kuasa Pas Kawasan Tumpat, Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan, Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulama Pas Negeri Kelantan, Setiausaha Kerja Dewan Ulama Pas Negeri Kelantan, Timbalan Pengerusi, Unit Latihan Dan Perkaderan Pas Negeri Kelantan, Ahli Majlis Tindakan Dun Pasir Pekan, Setiausaha dan Pemangku Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Nilam Purbi (skrg Ketereh/Kubang Kerian) 

Sumber: Greenboc

Tiada ulasan: