Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

13 Julai, 2015

PAS dah makin sewel?

Oleh: Mohd Bob Burhanudin 

Kalau mcm ni orang panggil apa
eh Gila talak@gila meroyang
klu dh bercerai nak jalin hubungan
apa laginya..kalau dah bercerai
buat cara orang dah bercerai..
Jalinkan hubungan tidak rasmi, DAP bukan musuh tegar, kata Wanita PAS
Kerjasama tidak rasmi PAS dan DAP seperti sebelum 2008 perlu dijalinkan, kata Ketua Wanita PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan. –
Kerjasama tidak rasmi PAS dan DAP seperti sebelum 2008 perlu dijalinkan, kata Ketua Wanita PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan. –
Meskipun tahaluf siyasi antara PAS dan DAP kini terbatal, Wanita PAS Selangor menggesa kerjasama yang tidak rasmi seperti sebelum 2008 dijalinkan, memandangkan parti sekular itu bukannya "musuh tegar" parti Islam itu.

Ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan berkata kerjasama antara mereka masih boleh dijalinkan dan ia sudah pasti akan melibatkan kebaikan bersama demi kepentingan rakyat dan negara.
Katanya, ini berdasarkan kepada mereka "memahami perbezaan pandangan dan sikap antara parti membolehkan mereka menjaga keharmonian politik dan kestabilan negara daripada ancaman musuh dan kuasa asing".
Hasrina juga mengharapkan tahaluf siasi antara PAS dan PKR, satu lagi rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), dapat diperkemas memandangkan PRU ke-14 sudah semakin hampir.
Katanya, beliau berharap, kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dapat menggunakan formula terbaik agar susunan sedia ada dapat dipertahankan demi mandat yang diberikan rakyat Selangor.
Sikap Wan Hasrina ini dilihat pemerhati politik terkedepan berbanding Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad yang terdahulu hari ini berkata, pihaknya akan menunggu keputusan PAS Pusat selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan hubungan PAS dan DAP putus.
Sementara itu, di Perak, PAS kemungkinan akan bertanding semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu selepas ia memutuskan secara rasmi hubungan dengan DAP.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam satu postingnya di Facebook menulis:"Mungkin PAS Perak akan bertanding 59 kerusi DUN dalam PRU14. Meneruskan perjuangan Nabi."

Razman memuat naik status itu selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan keputusan hubungan tahaluf siasi PAS dan DAP diputuskan secara rasmi.
Kenyataan Razman dikecam DAP Perak.

"PAS mahu lawan 59 kerusi DUN Perak? Terbukti niat untuk membantu BN menang PRU14," kata Ahli Parlimen Batu Gajah yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar.

"Walaupun kenyataan ini tidak mempunyai asas tetapi rata-rata membuktikan niat buruk pemimpin ini untuk menghancurkan kekuatan parti pembangkang DAP dan PKR dalam PRU14," kata bekas speaker DUN Perak itu.

Katanya, kenyataan Razman untuk PAS bertanding di 59 kerusi DUN Perak juga melibatkan kerusi yang ditandingi PKR.
"Jadi, bagaimana pula PAS boleh mengekalkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR?" soal Sivakumar.

Beliau berkata, PAS akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU14 jika terlalu tamak dan berniat untuk menghancurkan pihak pembangkang di Perak.

"Rakyat juga lebih arif membaca niat tersirat PAS untuk bertanding 59 kerusi DUN semata-mata untuk membantu Umno Barisan Nasional menubuhkan kerajaan sekali lagi di Perak," katanya

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berat 66 doh parti mat serban..statement jeng kreng blako..molek la kito pakat pereboh puak2 ni pru nti..nk belo rakyat lagu mano klu parti sendri pun kucar hanyar...

Malaysiabaru berkata...

Maksud muslimat pas ni

Wanita umno dan pas sanggup jadi pelacur untuk dap

IBU RISKA berkata...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE