Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

27 Ogos, 2013

Bukti Nik Amar nasihat sultan tolak Husam!



sumber
P/S: Sejak bila kerajaan dipilih rakyat tak boleh menasihati sultan? Ni mesti nasihat lain nih! Lagi 1, kenapa TMB yang membuat pemilihan EXCO? Bukan kerja MB ke? Exco kerja dengan MB atau TMB?


UMNO akhirnya mengaku parti kian runtuh.

UMNO dah mengaku. PR (terutama PAS dan PKR) bila? Nisbah BN:PR:Pengundi luar parti dan 2:2:6.
Sekadar menang bila UMNO semakin lemah?
Di barisan depan PKR ada Khalid Ibrahim. DAP ada Lim Guan Eng. PAS? Nak harapkan Nik Amar? Kalau tak suruh Nik Amar diam, PRU14 Kelantan bakal lingkup!


26 Ogos, 2013

Sejarah kemerdekaan wajar di tulis semula. Setuju!



MB S'gor cadang sejarah kemerdekaan ditulis semula


 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan agar sejarah kemerdekaan negara ini dikaji dan ditulis semula kerana mendakwa terdapat fakta yang tidak jelas berhubung perkara itu.

Beliau berkata penulisan semula itu perlu dilihat dari aspek gambaran sebenar peristiwa kemerdekaan memandangkan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan para sejarawan dan ahli akademik mengenainya.

"Sejarah itu adalah suatu perkara atau kejadian yang telah berlaku berdasarkan fakta-fakta mengapa ia terjadi...tetapi ada kalanya penelitian ahli sejarah mengenai punca peristiwa itu berlaku berbeza.

"Perbezaan inilah yang perlu diperjelaskan. Sebagai contoh, asas kemerdekaan negara bermula daripada gerakan penentangan Malayan Union pada tahun 1946 namun ada juga orang kata asas kemerdekaan itu bermula apabila British memerdekakan negara-negara jajahan mereka di Afrika dan ia diperluaskan kepada negara-negara jajahan mereka yang lain," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor serta melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ini.

Katanya penulisan semula sejarah itu perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab agar boleh dijadikan sebagai rujukan bagi semua peringkat termasuk di sekolah.

-Bernama

Yang ni terus hilang.





Yang ditonjol dan puja

Akhirnya meninggal dunia di luar UMNO



Bukti nyata ROS dikawal oleh UMNO.

Kerajaan perlu menilai semula tindakan melulus penubuhan banyak parti politik yang boleh memberi kesan jangka panjang, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.



  • Joseph Pairin KitinganTan Sri Joseph Pairin Kitingan
 1 / 1 
KENINGAU - Kerajaan perlu menilai semula tindakan melulus penubuhan banyak parti politik yang boleh memberi kesan jangka panjang, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan baru-baru ini dilapor meluluskan penubuhan 20 parti politik, khususnya di Sabah.

Pairin, yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat tahunan gabungan PBS Bingkor dan Liawan di Dewan Masyarakat di sini.

Beliau berkata, sebelum ini setiap parti politik yang wujud adalah berasaskan aspirasi rakyat, dan bukan kepentingan individu.

Anggota Parlimen Keningau itu juga berkata, pihaknya akan mengkaji situasi itu serta kesan terhadap generasi muda pada masa depan.

Beliau turut meminta setiap ketua cawangan PBS mengutamakan usaha menambah bilangan anggota bagi memperkuat jentera parti selain memperbanyak aktiviti melibatkan masyarakat di kawasan masing-masing. - Bernama

25 Ogos, 2013

Kelantan. Biar Ahmad Yakub bercakap. Nik Amar sila tutup mulut!


Kalau dibiar TMB Nik Amar terus bercakap, reputasi PAS di mata pengundi akan merudum jatuh. Bila baca stetmen Ahmad Yakub, barulah reda kerungsingan di hati.

Baca

Rakyat akan mewah makan cekodok dan teh 0 jika GST dillaksanakan!

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kira-kira 40 barangan keperluan asas, termasuk tepung, beras dan gula, akan dikecualikan daripada cukai sekiranya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

camtu la lebihkurang. Susu tepung, Milo, ubat-ubatan kompom la naik harga! Mana anak2 yang dah putus nenen minum Milo boleh ler minum air masak je. Baik untuk kesihatan. Mana2 yang selalu beli ubat kat farmasi mulai sekarang kena la belajar rebus pucuk mengkudu je. Kalau luka, cari daun maliyalam (daun pokok kapal terbang) tenyeh2 tempek kat luka tu!

Kalau cakap duty import kereta dihapuskan sedap la jugak nak dengar! 


24 Ogos, 2013

Adakah ini penyebab pembebasan Sirul dan Azilah?





Berikut adalah salinan asli kenyataan yang dibuat oleh Sirul Azhar Omar semasa disoal-siasat oleh Polis pada 19 November 2006, mengesahkan bukan setakat bagaimana dan mengapa Altantuya dibunuh tetapi juga mereka diupah untuk membunuhnya.






Sumber asal SINI

23 Ogos, 2013

Sesiapa yang berbuat fitnah sama level tentera Al-Sisi



Nasihat kepada pendokong jamaah di Malaysia, janganlah melakukan tindakan baling batu sembunyi tangan kerana tindakan tersebut sangat tidak berakhlak.Jika kita melakukan kesalahan , akui kesalahan. 
Janganlah melakukan tindakan memburukkan diri sendiri kemudian menyebarkan di Facebook menuduh pihak lain melakukankannya hanya kerana mahu simpati. 
Membuat akaun facebook palsu diri sendiri , email palsu diri sendiri, blog palsu diri sendiri kemudian disebarkan di facebook menuduh pihak lain melakukannya. Maka diri sendiri dapat simpati , pihak lain dipandang serong. Sudah-sudahlah berpura-pura, Allah Maha Mengetahui.


Contoh macam di bawah:

" Sangat kelakar apabila mereka mendakwa menjumpai senjata di Rabiatul Adawiyah tetapi tiada serangan bersenjata yang dilakukan oleh mereka (Ikhwan Muslimin) sejak 5 minggu mereka berhimpun. Inilah yang dilakukan oleh tentera. Lihatlah pada propaganda yang dilakukan oleh seluruh media di Mesir. Mereka mengatakan bahawa Ikhwan Muslimin adalah pengganas. Cara terbaik untuk membenarkan lakonan ini adalah membuat seolah-olah mereka membawa senjata. Ini bukanlah perkara yang baru tetapi telah berlaku pada era Mubarak juga. Mursi telah mengulang sebanyak 60 kali bahawa Kristian Koptik juga adalah rakyat Mesir. Ikhwan Muslimin mungkin bertentangan dengan tentera tetapi mereka pastinya bukan pengganas.
(Sesi temubual BBC bersama Dr Tariq Ramadhan cucu pengasas Ikhwan Muslimin, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna)


SUMBER


Ni bila nak setel?





Semoga TG Nik Aziz segera sembuh!

oleh: Zulkifli Sulong

"Mana Datuk Husam?" tanya Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila terjaga dari tidurnya di atas katil Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu.

Ekoran itu, keluarganya men
elefon Naib Presiden PAS itu dan bergegaslah Husam ke HUSM menemui Nik Aziz. Namun Nik Aziz tertidur lagi. Husam tidak sampai hati untuk mengejutkan Mursyidul Am PAS itu.

Apabila terkejut dari tidur, sekali lagi Nik Aziz bertanya, "Mana Husam?". Sekali lagi, Husam terpaksa berpatah balik ke HUSM ketika beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang Pengkalan Chepa untuk seterusnya ke luar negara.

Kali ini, Husam dapat mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh Nik Aziz kepadanya. Namun ia hanya antara mereka berdua. Selepas tiga hari berlalu, sehingga kini ia tetap menjadi rahsia antara mereka.

Selain Husam, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyebut nama Abang Ya (pegawai polis berpangkat Kopral, bekas pengawal peribadi beliau semasa menjadi MB), ketika beliau berehat di HUSM kali ini.

Sejak melepaskan jawatannya sebagai MB, kesihatan Nik Aziz merosot teruk. Beliau sering bersungut keletihan. Wad VVIP di tingkat 2 bangunan utama HUSM yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Pulau Melaka menjadi rumah kedua beliau.

Memang, dengan umurnya mencecah 82 tahun dan segenap tenaga diberikan untuk jamaah dan kerajaan selama ini, beliau wajar banyak berehat.

Namun beliau sering menyebut dua nama yang seangkatan dengan beliau apabila mengenangkan kesihatannya. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew. Kedua-duanya lebih tua dari beliau namun masih aktif dan sihat sedangkan beliau terpaksa berulang alik ke hospital.

Saya membuat temujanji untuk mewawancara beliau pada jam 11.30 pagi 19 Ogos di JKR 10, Kota Bharu. Ketika itu, pihak yang menjaga beliau penuh yakin, ia boleh diadakan.

Di Kuala Lumpur, saya telah memberitahu pihak pengurusan The Malaysian Insider, ia bukan satu yang pasti memandangkan status kesihatan Tok Guru yang sangat disayangi ramai itu.

Selepas tidak boleh bertemu di JKR 10, saya ke HUSM petang itu juga untuk melihat sendiri keadaan beliau. Ketika itu anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anggota Parlimen Pasir Mas baru sampai dari Kuala Lumpur. Seorang doktor pakar ketika itu sedang memeriksa beliau.

"Ayah ok. Cuma dia perlu rehat," kata Nik Abduh."Tadi ayah bercakap dengan saya dan meminta membuat kenyataan mengenai Mesir," tambah Nik Abduh sambil membaca catatan kenyataan dari Nik Aziz itu yang sangat tidak berpuashati dengan regim tentera yang merampas kuasa dan seterusnya membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Beliau juga tidak berpuashati dengan pemerintah Arab Saudi yang menyokong tindakan itu.

Doktor yang merawat beliau juga berkata, "Tok Guru ok. Insya Allah esok boleh kalau dia nak balik. Tetapi lebih baik dia rehat di sini."

Menurut Nik Abduh, di rumah mereka dekat Pulau Melaka orang ramai sentiasa datang untuk bertemu ayahnya walaupun sudah tidak menjadi MB lagi.

"Kami telah memberitahu mereka supaya datang waktu solat lima waktu. Kalau ayah turun solat, bermakna dia sihatlah," beritahu Nik Abduh. Sebab itu, orang ramai memenuhi masjid itu setiap kali solat waktu terutama waktu Subuh.

Di wad HUSM, Datin Tuan Sabariah, isteri Nik Aziz sentiasa berada di sisi beliau. Ibu yang melahirkan 10 orang anak yang hebat ini seorang pendiam dan tidak berminat langsung untuk ditemubual oleh media.

Menurut salah seorang anak beliau, Nik Aziz akan bangun secara automatik apabila terdengar bunyi azan.

"Bila Tok Guru boleh bangun bila dengar bunyi azan itu melambangkan minda dia sihat dan cergas," kata doktor yang merawatnya.

"Satu lagi saya nampak beliau akan bersemangat dan matanya terbuka luas kalau bercakap hal semasa dan politik," kata beliau sambil tersenyum.

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, sekali lagi kami datang ke HUSM untuk mengintai peluang untuk bertemu dan berbual dengan tokoh politik yang telah meletakkan kedudukan yang tinggi dalam bechmark politik Malaysia ini.

Wartawan Elizabeth Zachariah dan jurugambar Afif Abd. Halim tidak berpuashati selagi tidak dapat bertemu Nik Aziz kerana itulah tugasan mereka ke Kota Bharu.

Dengan ditemani seorang rakan dari Kota Bharu, kami memasuki wad VVIP di tingkat 2 bangunan utama HUSM itu. Kali ini, anak dan menantu serta cucu beliau dari Kuala Lumpur juga ada di dalam wad.

Nik Aziz sedang lena tidur. Abang Ya (bekas pengawal peribadinya yang disebut Nik Aziz) turut berada di wad.

Kami masuk ke dalam wad dan melihat beliau tidur lena. Saya mengusap lengannya (sebagaimana diajar Abang Ya) namun beliau terus lena. Elizabeth dan Afif melihat. Namun Afif tidak sampai hati untuk mengambil gambar insan hebat yang sedang tidur ini.

Selepas kira-kira 10 minit merenung Tok Guru yang sedang tidur ini, kami beredar dari wad itu sambil bersalam dengan anak menantunya.

Tok Guru, berehatlah.

Anda telah menyumbang lebih 60 tahun hayat mu untuk agama, bangsa dan negara mu. Anda telah meletakkan satu mercu tanda tersendiri untuk ahli politik di negara ini.

Kami yakin, tidak ada yang dapat memecahkan rekod kehebatan mu. Pengganti mu, Datuk Ahmad Yakub telah membuat sesuatu yang betul apabila menubuhkan 'Institut Pemikiran Tok Guru' untuk menghayati ilmu yang kamu berikan.

Benar kata beliau, ulama ramai di dunia ini. Tetapi ulama yang bersama jamaah dan membuktikan mereka layak untuk mentadbir negara tidak ramai. Ulama yang membuktikan mereka juga layak membuat tadbir urus yang baik untuk sebuah kerajaan.

Selamat berehat Tok Guru ku sayang.


WALAUPUN DI HOSPITAL YAB TG NIK AZIZ TETAP BERI SOKONGAN KEPADA NGO ROYALTI DAN MOHON RAKYAT KELANTAN TURUN KE PUTRAJAYA 2 & 3 OKTOBER 2012 NANTI

Akhirnya kes Altantuya jadi kes Mongolia VS Malaysia!



Setev: Tiba masa k'jaan Mongolia campur tangan


 
Setev Shaariibuu, bapa kepada Altantuya, warganegara Mongolia yang dibunuh, sangat sedih dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dua bekas anggota polis yang dituduh membunuh anaknya pada Oktober 2006.

Beliau bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan, kecuali berkata: 

NONE"Tiba masanya kerajaan Mongolia membuat kenyataan berhubung keputusan itu."

Difahamkan bahawa Setev menjangkakan keputusan itu dan sekarang mahu membawanya ke peringkat lebih tinggi, bagi menegakkan keadilan untuk mendiang anak perempuannya itu.

Reaksi segera itu diperolehMalaysiakini melalui peguam Mongolia Munkhsaruul Mijiddorj.

Munkhsaruul berkata, Setev merancang mendapatkan bantuan kerajaan Mongolia bagi menguruskan perkara itu.

"Dia akan membuat kenyataan selepas mendapat surat rasmi daripada mahkamah Malaysia atau daripada peguammnya di Malaysia Karpal Singh," katanya. MK


Sirul, Azillah bebas. Mastermind?



Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul bercakap dengan pemberita selepas penghakiman dibacakan di luar Mahkamah Rayuan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul bercakap dengan pemberita selepas penghakiman dibacakan di luar Mahkamah Rayuan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Panel  tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.
Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.
Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.
Keputusan ringkas selama lima minit yang dibacakan Tengku Maimun itu, beliau berkata hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan alibi pembelaan yang difailkan oleh Azilah.
“Tidak ada dalam asas penghakiman hakim perbicaraan bahawa beliau ada mempertimbangkan sama ada diari stesen itu menunjukkan kehadiran perayu pertama (Azilah) di Bukit Aman pada masa yang dikatakan. Dia tidak boleh berada di tempat kejadian.
“Dalam log panggilan dan ramalan liputan (yang dikemukakan pihak pendakwaan untuk menunjukkan pergerakan Azilah pada malam pembunuhan), saksi daripada syarikat telekomunikasi meletakkan isu mengenai ketepatan log panggilan dan ramalan liputan itu.
“Adalah penting untuk hakim perbicaraan untuk melihat apa yang dibangkitkan pembela mengenai eksibit dan mencari dapatan sama ada wujud perbalahan atau kerosakan data, dan sama ada keaslian data berkenaan dipersoalkan atau tidak.
“Kesalnya, hakim gagal berbuat demikian dan ini menyebabkan salah arah yang serius hingga menjejaskan eksibit itu,” katanya.
Beliau berkata, hakim juga gagal memeriksa sama ada terdapat kontradiksi atau tidak konsisten dalam bahan bukti dan saksi pendakwa adalah material, dan sama ada wujud maklumat yang dibekalkan oleh perayu atau daripada sumber lain.
“Berkait dengan isu pemilikan dan kawalan bahan letupan, hakim perbicaraan juga gagal membuat dapatan lanjut untuk mengaitkan bahan letupan itu dengan perayu.  Dengan tidak membuat sebarang dapatan mengenai pemilikan perayu terhadap bahan letupan, hakim gagal menyelesaikan sambungan yang hilang, mengakibatkan satu lagi salah arah,” kata Tengku Maimun.
Beliau bersetuju dengan pihak pembela bahawa DSP Musa Safri, yang pada ketika itu dalam pasukan pegawai Najib patut dipanggil untuk membuka naratif terhadap asas kes pendakwaan.
Mahkamah turut mendapati hakim perbicaraan tidak menemui dapatan mengenai sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa terdapat pelan awal tersusun oleh perayu untuk melakukan pembunuhan itu.
“Melihat kepada keseluruhan keadaan, penghakiman kami ialah daripada kesan terkumpul dan salah arah oleh hakim perbicaraan menjejaskan sabitan,” kata Tengku Maimun.
Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, sementara Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican mewakili Sirul.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mewakili responden berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Sementara itu, Ketua Undang-Undang Nasional DAP, Gobind Singh Deo, berkata rayuan dibenarkan kerana kegagalan memanggil saksi material.
“Bukti terkuat sepatutnya ialah siapa yang memberi arahan dan kepada siapa ia diberikan. Bolehkah Peguam Negara beritahu kami siapa orang itu?” kata Gobind dalam akaun Tweeternya. – http://www.themalaysianinsider.com

Jadi, siapa bunuh Altantuya? Dan kenapa?

Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006.
Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.
Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan.
Siapa bunuh dia? Mengapa?
Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4 dikatakan digunakan untuk meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi kedua-dua komando polis itu berkata mereka tidak ada akses terhadap bahan letupan itu. Jadi, apa yang berlaku? Adakah orang lain terbabit?
Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan rekod imigresen dengan namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain? Bolehkah pihak berkuasa menjelaskan perkara ini?
Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan.
Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan mahkamah rayuan hari ini membenarkan rayuan itu kerana saksi material tidak dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Musa.
Musa mungkin boleh memberi keterangan apa yang membantu penganalisis politik, Abdul Razak yang memintanya supaya dapat mengelak diri daripada Altantuya.
Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul Razak tetapi kemudian memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memerhatikan Altantuya. Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita itu dilihat hidup.
Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik Malaysia. Abdul Razak ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu dan kedua-dua polis komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas pembunuhan Altantuya.
Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika itu pegawai khas kepada timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, Datuk Seri Najib Razak.
Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga?
Adakah ia juga memberikan penutup kepada Abdul Razak, yang terlebih dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Beliau mengaku mengelak dan mengusir wanita itu, tetapi tidak minta kematiannya.
Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.
Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan’ daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu.
Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. Dan `endless possibilities’. - http://www.themalaysianinsider.com