Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

27 Ogos, 2013

UMNO akhirnya mengaku parti kian runtuh.

UMNO dah mengaku. PR (terutama PAS dan PKR) bila? Nisbah BN:PR:Pengundi luar parti dan 2:2:6.
Sekadar menang bila UMNO semakin lemah?
Di barisan depan PKR ada Khalid Ibrahim. DAP ada Lim Guan Eng. PAS? Nak harapkan Nik Amar? Kalau tak suruh Nik Amar diam, PRU14 Kelantan bakal lingkup!




KUALA TERENGGANU – “Adalah tidak adil meninggalkan parti ketika parti dalam keadaan ‘tenggelam’,” kata Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

Sebelum ini timbul desas-desus daripada beberapa pihak yang meminta semua barisan kepimpinan Umno bahagian Kuala Terengganu mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan BN dengan tamparan 5-0 pada PRU13 lalu.

Bagaimanapun, hanya Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sahaja mengambil tindakan sedemikian, bukan hanya tidak mempertahankan jawatan, malah mengesahkan bersara daripada politik sebagai mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan tersebut selepas pemilihan Umno, Oktober ini.

Sebagai penyandang jawatan kanan dalam Umno bahagian tersebut, Wan Hisham berkata, beliau boleh memilih untuk mengikut jejak Wan Farid yang juga adiknya, namun percaya pengunduran semua pihak terutama barisan kepimpinan itu sudah tentu tidak memberi keadilan kepada parti di peringkat bahagian berkenaan.

“Parti perlukan tenaga yang ada untuk memperkasakan Umno. Jika saya tinggal parti dalam keadaan tenggelam khususnya di bahagian Kuala Terengganu, tindakan itu tidak adil kepada Umno bahagian Kuala Terengganu sendiri.

“Bagi saya, Wan Farid cuma tinggalkan jawatan ketua bahagian tetapi beliau masih lagi ahli Umno. Beliau akan bergerak dalam kerja sukarela, secara tidak langsung perkara itu turut menyumbang kebaikan kepada parti,” katanya.

Pada PRU13 lalu, semua calon BN diketengahkan parti di lima kerusi dalam Parlimen Kuala Terengganu tewas kepada pembangkang.

Kekalahan itu memberi tamparan hebat kepada BN yang gagal meraih kerusi, apatah lagi mempertahankan kerusi sedia ada pada pilihan raya sebelumnya.

Bagaimanapun, Wan Hisham memuji sikap Wan Farid dengan menyifatkan ketua Umno bahagian itu cukup bertanggungjawab dengan mengambil tindakan wajar bagi memastikan kekuatan parti.

“Sebagai pasukan pun, kita rasa tanggungjawab tetapi kalau semua tinggalkan parti, apa berlaku pada parti, siapa yang hendak jaga parti,” katanya.

Dalam masa sama, Wan Hisham sebelum ini turut mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, dijangka pertandingan tiga penjuru apabila Pengerusi Penyelaras Dun Bandar, Datuk Ibrahim Mohamad dan Pengerusi Penyelaras Dun Batu Burok, Wan Kamal Wan Ismail turut mengesahkan menawar diri bertanding jawatan sama.

Bagi kepimpinan baru selepas pemilihan akan datang, beliau mengharapkan ia bakal dibarisi gabungan muka lama dan baru dalam memperkukuh Umno Bahagian Kuala Terengganu.

sumber

Tiada ulasan: