Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

17 Ogos, 2013

Berita baik buat penoreh getah



Harga getah dijangka naik minggu depan

Harga getah Malaysia dijangka meningkat minggu depan berikutan data ekonomi yang bertambah baik dari China dan Amerika Syarikat, kata para peniaga.
Beliau berkata keadaan permintaan dan penawaran serta pasaran niaga hadapan akan menjadi faktor utama yang akan mempengaruhi harga komoditi tersebut.
Seorang peniaga menjangka pasaran menyaksikan permintaan yang diperbaharui di pasaran tempatan setelah lebih ramai pedagang kembali dari cuti.
"Pasaran agak lengang minggu ini setelah kebanyakan pedagang belum kembali dari cuti Hari Raya Aidilfitri dan cuti sekolah," katanya. Pasaran getah Malaysia juga akan mengikuti pergerakan di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) dan Bursa Niaga Hadapan Shanghai minggu depan, katanya. Bagi minggu yang baru berakhir, harga getah bergerak dalam jajaran kecil seiring dengan TOCOM.
Harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat 43 sen untuk mengakhiri minggu pada 776.50 sen sekilogram berbanding 733.50 sen sekilogram pada Rabu lepas.
Lateks pukal menokok 19 sen kepada 533.5 sen sekilogram daripada 514.50 sen sekilogram sebelumnya.
Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 naik tiga sen kepada 780 sen sekilogram dan lateks pukal meningkat 0.5 sen kepada 534 sen sekilogram. - Bernama,

Tiada ulasan: