Nak harapkan Mufti? Ngampu Sultan je kerjanya. Nak harapkan parti? Buat kerja ikut sentimen je. Hmmm... tunggu punya tunggu punya tunggu akhirnya ada juga nasihat dari kumpulan yang berakal. Lega!
Beberapa orang pengkaji Islam yang dihubungi Malaysiakini menggesa pihak berkuasa agar bertindak dengan wajar dalam menangani kes penganut Buddha yang menjalankan upacara kontroversi di sebuah surau di Johor.
Seorang daripadanya, setiausaha agung Persatuan Ulama Malaysia Mohd Roslan Mohd Nor yang berkata pihak berkuasa sepatutnya mengambil kira “dialog antara agama” dan bukannya mengambil tindakan keras.
“Kami menggesa pihak berkuasa untuk menangani perkara ini dengan kebijaksanaan kerana kita tidak mahu orang bukan Islam takut kepada Islam. Ia sepetuanya ditangani dengan musyawarah, terutama di peringkat antara agama,” katanya.
Kenyataannya itu dipersetujui seorang penceramah agama popular Halim Hafidz yang menggesa agar orang Islam tidak “melawan api dengan api”.
“Tidak salah untuk menimbulkan isu seperti ini tetapi kita tidak boleh terlalu cepat menjatuhkan hukum. Kita seharusnya berbincang dengan cara yang sihat kerana kita hidup dalam negara berbilang kaum, berbilang agama. Hormatilah satu sama lain,” kata Halim dalam satu tulisan di Facebook.
Beliau yang sering menjadi pengulas tamu di program Radio24 Bernama itu juga menggesa agar isu berkenaan dirujuk kepada para ilmuan agama dan agar orang Islam tidak melatah.

1 ulasan:
pendirian sebegini juga yang menyebabkan muslim sunni jadi makanan yahudi, nasrani dan syi'ah
Catat Ulasan