Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

13 Ogos, 2013

Isu Surau. Sudikah Melayu Islam menerima permohonan maaf Sami Buddha?

Ketua Utama Samy Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake Maha Thera memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Persoalannya, sudikah pihak berkuasa Islam Melayu memaafkan? 

Ok jika memaafkan.

Jika tidak memaafkan, no wonder la Islam tak berkembang di Malaysia nih!



  • Isu surau: Pemilik resort direman 4 hari

KUALA LUMPUR - Ketua Utama Samy Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake Maha Thera memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.
  
Walaupun beliau sendiri tidak mengenali anggota kumpulan itu, namun atas dasar tanggungjawab, beliau melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang. 
  
"Kumpulan luar itu sepatutnya mendapatkan tempat sesuai dan memahami sensitiviti budaya dan tradisi tempatan sebelum melakukan ritual.
  
"Saya minta seluruh masyarakat Islam menerima permohonan maaf ini dan akan menentukan kejadian itu tidak akan berulang," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Beliau menasihatkan penganut Buddha agar menghormati sensitiviti mana-mana penganut agama lain.
  
Beliau berkata penganut Buddha mestilah sentiasa menyedari prinsip asas yang ditegakkan oleh Buddha: "...Tidak mungkin seseorang itu dapat mencipta kesenangan atas kesusahan orang lain". - Bernama

Ni komen terbaik dari Ali Abu

Isu penganut Buddha beribadat kt dlm Surau sebuah Resort di Johor

Ado beberapo org mintak den komen psl isu surau kek Johor. Patut korang poie la tanyo pak ostad. Apo lak tanyo den woi. Ooo sumo ostad bz nak poligami smpi xdo maso nak layan korang kot. Ngeeee... 

Den punyo kesimpulan ialah pekara ini berlaku krn kejahilan. Bilo pemilik resort membenarkan penganut Buddha mendirikan ibadat mrk kek surau resort ey, mmg sah pemilik surau itu jahil gilo babi. Boleh bg tumpang penganut agamo samawi guno surau & masjid kito tetapi tidak kpd penyombah bahalo sprt agamo Hindu atau Buddha. Di dlm sirah, nabi prnh benarkan org nasrani tumpang ibadat dlm masjid. Tetapi TIDAK kpd penyombah bahalo yg ado ketiko itu iaitu Arab Musyrikin. Penganut agamo Samawi iaitu org Yahudi & Kristian beribadat tanpo bahalo so takdo masalah sekali sekalo mrk menumpang ibadat kek masjid sprt yg telah ditunjukkan oleh nabi. 

Tapi bg penyombah bahalo, mrk kono ado bahalo utk beribadat. Masjid pulak MELARANG sebarang bahalo berado kek dlm lokasi ey. Islam amat anti kpd sebarang 'idol'. Jd kesalahan mmg berado kek bahu owner resort bai. Mmg la resort tu kau punyo, tapi kau dah wartakan kawasan itu sbg surau, mako biarkanlah ia kokal sbg surau. Jgnlah mengengado sesuko hati kau tukarkan ia menjadi kuil bro. Sepatut ey owner tu kol mano2 ostad utk englightment. Opps sekali pak ostad bz nak poligami daa. Ngeee... . Haa kol Noh Gadut. Kau kol, dio musti angkat punyolah.

Skrng nasi dah jadi bubur. Bondo dah jadi. Ianya terjadi krn kejahilan si owner resort. Den tak raso owner mahu menghino agamo Islam. Tetapi keputusan mahu merobohkan surau tersebut mmg tak best. Paling tak best ia mahu dirobohkan krn dikatakan tidak mengadap kiblat. Sblm ni den dgr Sultan Johor yg mahu surau itu dirobohkan. Tak kisah la, sblm kau nak robohkan surau tersebut, eloklah org Johor merobahkan rumah2 pelacuran, rumah2 urut, kodai judi & mesin kudo, premis2 nombor ekor & pelbagai premis pusat maksiat yg lain. Premis2 tersebut bukan shj tak mengadap kiblat malah menjadi markas rasmi para Iblis & Syaitan merosakan akhlak & akidah umat Islam kek Johor. Org boli nombor ekor main pujo kubur keramat bai. Tak rosak akidah laie. Anyway, ini pendapat den yg bukan ostad. Carilah ostad yg boleh membantu korang. Wallahua'lam.

3 ulasan:

aljo berkata...

Wakaka... istana johor mengadap kiblat tak? Kalau tak jom kita robohkan ramai2... menyemak je

Malaysiabaru berkata...

Ini semua salah mydin yassin bakal presiden umno... Today kota tinggi tomorow nusa jaya

johor Dah jd mcm singapoe

Boleh ker kita kata muhyidin adalah pengkhianat melayu?

Hj.Shah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.