Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

10 Ogos, 2013

Jawapan kenapa pembenci UMNO tidak memberikan undi pada PAS!

Dalam menaikkan imej, PKR ada Khalid Ibrahim. DAP ada Lim Guan Eng. PAS hanya tinggal Ahmad Yakob. Ustaz Azizan dah gagal. 

Bila baca tulisan Dr Agus di SINI, aku tahu tujuan beliau adalah baik atas dasar inginkan PAS terus maju. Masalahnya PAS (macam biasa) jika ada yang melontarkan pandangan kompom ada yang melenting. Kamon la! Cer balas dengan ulasan yang lebih memberikan imej PAS bersedia menerima kepelbagaian pandangan. Tak boleh? Yang benci UMNO ramai. Masalahnya nak bagi undi kat PAS pengundi jadi susahati! Siapa yang mencipta keadaan ini? Pimpinan PAS sendiri! Haru!

Baca sendiri!



"Dalam 100 hari nak bina bangunan pun takkan boleh siap," kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) mengulas mengenai dakwaan Prof Dr Agus Yusof menyatakan kerajaan negeri tidak melakukan perubahan selepas Pilihan Raya 13 lalu.
Beliau yang membidas kenyataan Prof Dr Agus itu menyifatkan andaian yang dibuat itu hanya ditafsirkan secara semborono dan rambang.
Tambah beliau sekiranya benar kerajaan negeri kering idea untuk melaksanakan perubahan bagi rakyatnya maka tidak wujudlah pengumuman Menteri Besar yang akan melaksanakan pembinaan rumah mampu milik pada bulan Mei lalu.
Menurut beliau kerajaan negeri berusaha menyiapkan rumah mampu milik ini dalam tempoh lima tahun sebagaimana yang terkandung dalam manifesto PRU 13 PAS Kelantan.
"Malah baru-baru ini kerajaan negeri juga melaksanakan dasar mesra keluarga untuk menempatkan kakitangan dan pegawai yang berkhidmat dekat dengan ahli keluarga mereka jadi adakah dia terlepas pandang perkara begini, "katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Ahmad Yakob. MB Kelantan
Beliau memberitahu projek Lebuh Raya Rakyat dan Stadium itu juga tidak harus dijadikan isu kerana pihak kerajaan negeri kini dalam proses memperhalusi projek tersebut.
Jelas beliau mengenai projek Lebuh Raya Rakyat itu, yang hendak diteliti sekarang ialah dari segi teknikal kerana Kerajaan Pusat juga mengistiharkan akan turut bersama bagi projek tersebut.
"Sekarang ini apabila dia kata begitu saya persoalkan balik apa yang dia mahu kerajaan negeri buat dalam masa 100 hari, dia tidak bolehlah tuduh sebarangan,” tegas beliau.
The Malaysian Insider hari ini ada menyiarkan rencana Prof Dr Agus yang mendakwa tiada keghairahan baru dalam politik Kelantan.
Prof Dr Agus mempersoalkan selepas 100 hari menerajui Kelantan selepas PRU lalu tiada sebarang perubahan dilakukan kerajaan negeri cuma meneruskan dasar lama sahaja.
Malah beliau turut mempersoalkan status projek Lebuh Raya Rakyat dan Stadium yang dikatakan sehingga sekarang masih belum menunjukkan perkembangan pembinaannya.
Bagaimanapun melalui tulisan itu beliau tidak menafikan terdapat perubahan dari segi pengurusan kerajaan tempatan.
"Saya melihat pengurusan kerajaan tempatan, khususnya kebersihan bandar dan hubungan keajaan pusat-negeri adalah lebih baik dari sebelum ini.
"Semoga hubungan tidak lagi tegang dan kerajaan pusat-negeri boleh saling bekerjasama dengan menghormati prinsip persekutuan," kata beliau. – 10 Ogos 2013.

4 ulasan:

aljo berkata...

Buat masa ni aku masih berikan undi aku pada pas walaupun aku benci umno dan meluat dengan pemimpin pas terutama terengganu. Tambah pulak pas kat selangor tak macam sakai kat terengganu sana yang tak pernah tengok selain dari orang berjubah.

Selagi aku undi di selangor tak kiralah pas ke, dap ke, pkr ke, komunis ke, liberal ke aku tetap ABU.

Melainkan kalau aku nikah sorang lagi dgn org terengganu atau kedah dan berpindah tempat undi... to be considered later... wakaka

TheSniper berkata...

Aljo!

Aku rajin bersembang dengan pembenci UMNO (luar parti). Masalah utama diorang adalah tak tergamak nak memberikan undi kepada PR kerana prestasi dan kredibiliti yang dipamerkan tidak melayakkan mereka menjadi pentadbir (di kebanyakan DUN).

Malaysiabaru berkata...

Slmt hr Aidul fitri

Pas Cuba nk copycat dgn tema Terengganu baru kunun..

Tapi harm sial Harun taik jugak Jadi ketua ulaRmak , hrm sial Tok ayoh hadi ping jugak Jd presiden, stopa underwear jugak Jd sua. Ganung belake...

Baru kot Mano. Ganu lama adalah

Jon lantik nail presiden baru utk pas

Dr rani selangor. Dr mujahid perak. Dr sheikh Johor

Yg Lamo Lamo pegi mmfpus dn berambus

Maas zahir batin

aljo berkata...

Hehe... di selangor selepas mamposnya oportunis hasan ali sepatutnya dah stabil. Tapi masih ada sikit masalah bila sekor ayam kampung sesat dah masuk di kota damansara yang berpolitik cara orang laut.