Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

04 Mei, 2009

Rakyat Perak sedang menilai arah tuju negeri!

Majoriti rakyat Negeri Perak yang berkongsi persamaan menegakkan KEBENARAN dan KEADILAN sedang menilai samada Tuanku Sultan yang saban jumaat didoakan kesejahteraan baginda mementingkan kesejahteraan rakyat baginda atau kesejahteraan rakyat negeri Pahang (Najib Razak)! Petikan di bawah diambil dari Blog Yob Pink Turtle. Speaker Mohon Sultan Tangguhkan Sidang Dewan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar hari telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Perak untuk menyatakan memohon perkenan mempertimbangkan supaya peridangan Dun Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan sendiri. “Saya telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada hari ini,” jelas Sivakumar dalam kenyataan beliau hari ini. “Surat telah dihantar ke Pejabat Istana Kinta lebih kurang jam 11.00 pagi. Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan ditangguhkan,” kata beliau lagi. Sivakumar membuat permohonan ini kerana kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah kerana Kes Zambry Abdul Kadir dan Mohammed Nizar Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. “Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang Dewan Negeri diadakan dalam kedudukan Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah,” jelas Sivakumar. “Tambahan pula, saya juga merasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut. Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu,” kata Sivakumar mengakhiri kenyataan beliau. Kes Zambry dan Nizar didengar di Mahkamah Tinggi pada jam 2 petang ini dan disambung semula esok jam 10 pagi. …………………………………………………………………………………………………………………. Surat Speaker Kepada Tuanku Sultan Perak Saya telah menulis surat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibuddin Shan pada hari ini. Surat telah dihantar ke Pejabat Istana Kinta lebih kurang jam 11.00 pagi. Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan Dewan Negeri Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan kemudian. Sidang Dewan Negeri Perak dijadualkan bermula pada 7 Mei 2009. Saya membuat permohonan ini kerana kedudukan Menteri Besar Perak masih dalam pertimbangan mahkamah. Kes Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Dato Seri Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang Dewan Negeri diadakan dalam kedudukan YAB Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah. Tambahan pula, saya juga merasa bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut. Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing. Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu. YB. V.Sivakumar Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuanhttp://speakforperak.blogspot.com P/S: Kalau hari khamis ni hujan tak boleh menoreh getah, pakcik-pakcik kat kampung akan menyertai pesta bersiram di Ipoh!

1 ulasan:

PKOLAH berkata...

Pagi tadi lepas bersenam bagitahu member proA ,hai dah dekat ni tak der ke rancangan nak pergi Ipoh 7 hb.ni.? bior le deme buat nanti balasan diakhirat.Jawapan member proB sama juge ..?bior le deme buat nanti balasan diakhirat. HAI DAH ADA 2 AKHIRAT KE SEKARANG...? siapa aku nak tanya nee.. belum ada member yang dah pergi balik lagi /...