Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

11 Julai, 2009

UBN sedang desperate di Manek Urai!

UBN dengan kerjasama TV3 sedang melancarkan serangan terakhir menjelang PRK Manek Urai. Mustapa Mohamad mengeluarkan kenyataan bahawa pengundi Manek Urai harus memilih calon yang berkebolehan untuk memajukan Manek Urai (Calon depa lah tu!). Muhyidin pula memaklumkan hanya UBN sahaja yang mampu menjaga kepentingan pengundi! Mmmm.... pemandu bagus pun kalau kereta dah nak lingkup silap-silap boleh masuk gaung! Masalahnya UBN ni kereta dah nak lingkup dan pemandu pun spesis lesen beli! Kalau pengundi Sabah dan Sarawak bolehlah depa mengecong! sebab orang kat sana kalau nak keluar bandar pun kena bawak 2 pasang kasut. Sepasang pakai dan sepasang lagi gantung kat tengkuk untuk dipakai bila dah sampai bandar!(saja aku bagi orang Sabah/Sarawak marah). Kalu UBN tewas kali ini aku rasa orang UMNO patut paksa Najib letak jawatan! (sama macam alasan hangpa paksa Pak Lah dulu!). Pengundi Manek Urai wajib memberi pukulan maut kepada UBN sebagai kenang-kenangan pemerintahan 100 hari Najib!

Tiada ulasan: