Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

06 Disember, 2009

Wasiat si penipu!

Dalam waktu terdekat ini, macam-macam kisah telah terjadi. a. Hj Hadi menyatakan TG Nik Aziz tak mendapat nasihat yang betul. b. Najib menyifatkan kaitan adiknya dengan Akuan Bersumpah Nala mengarut. c. PDRM meminta bantuan PKR mendapatkan Bala untuk siasatan. d. TG Nik Aziz mengajak penyokong mendoakan Najib n the gang pecah perut sampai Moyetdin sembab tak terkata apa-apa. e. Keputusan Mahkamah Nizar Vs Zambry Tambi tertangguh dah lebih sebulan. Tiba-tiba aku teringat 1 kisah seperti yang diceritakan seorang teman: Wasiat si penipu! Di sebuah kampung terdapat 1 keluarga. Suami, isteri dan 4 orang anak 1 lelaki 3 perempuan. Si suami adalah seorang taik judi, taik minum, taik penipu dan macam-macam taik lagi! Keluarga ini dipulaukan orang kampong kerana majoriti orang kampung pernah ditipu si suami. Puaslah sang isteri menderita kerana semua nasihat kepada sisuami ibarat 'masuk telinga kiri keluar telinga kanan'. Untuk menampung hidup, si isteri terpaksa berjualan kueh-mueh ke pekan berhampiran kerana orang kampung memulaukan jualan si isteri. Jam bertukar hari, hari berganti tahun. Si suami taik minum taik judi taik penipu ini akhirnya ditimpa sakit. Sebagai isteri yang setia, si isteri melayan sisuami yang sakit. Suatu hari, si suami kerana menyedari ajalnya hampir tiba menyuruh isterinya memanggil semua anak-anaknya kerana ingin memberitahu sesuatu. Setelah semuanya berkumpul maka berwasiatlah si suami kepada isteri dan anak-anaknya. "Kome (cis! oghang perak!), bila aku mati besok lusa, tak payah ler kome susah payah mencaghikan kain kapan untuk aku, aku ni banyak dosa tapi aku insap dah! ataih gheban belakang ghomah ader aku siapkan dah kain kapan aku. Gunakan yang itu udahler" Ditakdirkan Tuhan, malam itu selepas maghrib maka pergilah si suami mengadap Ilahi! Maka si isteri pun menyuruh anak-anaknya memaklumkan perkara kematian itu kepada Pak Imam kampung untuk menguruskan jenazah si mati. Kerana tuntutan fardhu kifayah maka keesokan harinya datanglah orang kampung untuk menguruskan jenazah si mati. Sampai masa mengkafankan si mati maka si isteri menghulurkan kepada Pak Imam kain kapan yang diwasiatkan si mati. Bila dibuka bungkusan tersebut maka terperanjatlah Pak Imam. Kain kapan yang diwasiatkan simati sangatlah lusoh dan terkoyak di sana-sini. Kerana menghormati wasiat si mati maka terpaksalah Pak Imam menggunakan kain yang lusoh itu. Selepas Dzuhur maka selesailah upacara pengkebumian si mati! Maka macam biasa di alam kubor datang lah malikat Mungkar Nangkir menjalankan tanggungjawab untuk menyoal amalan baik burok si mati semasa hayatnya. "Hei Mat Said (nama si mati ni Mat Said!), mengikut buku amalan kamu ini tiadalah 1 pun amalan baik yang kamu lakukan semasa hayat kamu melainkan yang burok dan paling burok belaka! bersiaplah kamu untuk menerima azab kubor atas kejahatan kamu" kata malikat dengan suara seperti petir menyambar bumi. Mat Said dengan releknya berkata "Hei malaikat! berapa kali engko nak menyoal aku, sebelum ni engko dah soal dah. Ni mesti salah baca logbook nih!" Kata malaikat "Mana boleh aku salah! aku tak pernah salah!" Kata Mat Said "Engko salah! engko tak nampak ker aku ni dah lama mati! Tengok! Kain kapan aku pun dah lusoh dan koyak rabak! He he he! dah mati pun nak tipu jugak! P/S: Orang Umno dan pencacai umno boleh tiru cara Mat Said si mati nih! Korang banyak tanggung dosa!

2 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
alfaberlian berkata...

kalu macam tu tak ngape juga. Ini ada siap pesan kat member tulih semua jawapan kat kain kapan, sekali tu member ni dah meningal terlupa nak tulih. Bila malaikat tanya memberni nak jawab apa selak punya selak nampak le tulisan tepi kain "MADE IN CHAINA" Tekejut berok le Mungkar Nangkir