Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

22 September, 2011

Petua nak menang PRU13

Kutip dari ruangan komen blog Mat Saman Kati.

Secara dasarnya, terdapat 3 jenis penempatan di Mesia.

1. Kawasan lama yang wujud berabad-abad dulu.

Di kawasan ini, ikatan persaudaraan sesama penduduk adalah teramat kuat. Sentimen ‘orang kita’ adalah no 1 melebihi sentimen parti dan isu2 semasa.

2. Kawasan yang ujud di era bijih timah.

Di kawasan ini ikatan persaudaraan masih longgar walaupun telah ada ikatan persaudaraan akibat perkahwinan sesama penduduk tempatan.

3. Kawasan yang wujud setelah Mesia merdeka.

Di kawasan ini penduduk masing2 menguruskan hal kendiri dan ikatan persaudaraan hanya berlegar di sekitar kaum keluarga.(keadaan yang sama di bandar besar di mana PR menang)

Calon yang sesuai mengikut kawasan.

Kawasan 1.

Calon yang paling sesuai adalah tokoh tempatan yang berjaya atau yang dihormati oleh penduduk setempat.

Kawasan 2.

Calon dari luar boleh bertanding tetapi mesti telah dikenali ramai.

Kawasan 3.

Di sini isu2 semasa amat memainkan peranan.

Masaalah.

1. Dengan perlantikan PJ PAS negeri oleh TG Presiden adakah PJ PAS negeri benar2 disenangi oleh penduduk negeri? Adakah perlantikan calon melalui kabel PJ PAS negeri benar dapat diterima oleh pengundi?

2. PKR. PKR kini dilihat cenderung melantik calon yang direstui Ketua Umum dan Timbalan Presiden Parti. Pemilihan calon di lihat cenderung untuk mengukuhkan kedua2 mereka di dalam parti bukannya mengukuhkan kedudukan parti dalam negara.

Kalau TG Hj Hadi, Anwar dan Azmin benar2 ikhlas dan bijak, aku cabar ketiga2 mereka bertanding di luar kawasan tradisi mereka pada PRU13 nanti!

Setakat ini, aku tak nampak Pakatan Rakyat akan mengambilalih Putrajaya selepas PRU13.

P/S: DAP berjaya kerana memilih calon dari kader2 yang berkhidmat cemerlang dalam perkhidmatan kepada rakyat.

Tiada ulasan: