Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

27 Julai, 2012

Kenyataan bangang PERKASA tentang risiko penurunan harga kereta!

 
Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar), keadaan itu bakal menyaksikan nasib pekerja Proton umpama telur di hujung tanduk kerana harga pembuat kereta nasional itu akan setara dengan kereta model antarabangsa.



KUALA LUMPUR, 26 Julai — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menegaskan, sekiranya cadangan pemansuhan duti eksais kereta dilaksanakan, sepertimana cadangan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, Malaysia bakal menyaksikan lebih banyak pengeluaran wang mengalir keluar negara ekoran rakyat lebih gemar memilih kereta luar berbanding kereta nasional.

“Alhamdulillah rakyat akan dapat membeli kereta dengan harga yang lebih murah … tapi semurah mana?

“Kereta Proton tiada siapa nak beli sebab kereta import mewah harganya lebih kurang sama … (dan) pekerja Proton pastinya gusar akan diberhentikan.

“Ini bakal menyaksikan wang negara terus mengalir keluar kerana rakyat akan lebih berminat untuk membeli kereta import,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
Bagaimanapun, Syed Hassan menegaskan, cadangan yang diumumkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli itu juga hanyalah strategi memancing undi, kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13 dijangka berlangsung tidak berapa lama lagi sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat April depan.

“Ini semua janji adalah cubaan nak dapatkan undi untuk PRU13.

“Selama ini kita kenakan cukai tinggi kepada pembeli kereta import kerana untuk selamatkan industri kereta Nasional dan menghalang wang negara mengalir keluar … dan itulah caranya mengenakan cukai tinggi kepada mereka yang kaya, dan kadang-kadang terlepas dari membayar cukai pendapatan,” tegasnya.

“Inilah akan jadi bila org yang tidak tahu menguruskan ekonomi  menerajui kerajaan negara ini nanti,” tambahnya lagi merujuk kepada kemungkinan penjualan Proton akan merosot jika rancangan itu dilaksanakan.

“Peniaga kereta AP tersenyum tetapi kerajaan kerugian ratusan juta ringgit dari cukai kereta import.”
Beliau turut menyelar pemimpin PR yang menurutnya begitu teruja untuk menawan Putrajaya, sehingga sanggup menjanjikan pelbagai perkara.

“Dulu nak mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) … sekarang cukai eksais kereta pula.

“Mereka pemimpin Pakatan ini tak sedar ke negara ni masih status negara membangun? Belum lagi negara maju,” soalnya.

Malah, beliau turut mengingatkan rakyat betapa “kerajaan sekarang adalah kerajaan yang telah berjaya memajukan negara ini, dan oleh sebab itu pemimpin Pakatan nak belanja sakan bila memerintah.”
Syed Hassan turut mengkritik pembangkang yang kerap menjanjikan perkara percuma dan tidak mahir dalam mentadbir ekonomi negara.

“Nak hidup bawah pemimpin yang tak tahu urus ekonomi negara? Siapa yang akan salah belanja wang negara sebenarnya kalau semua nak bagi percuma kepada rakyat? …  sedangkan kita belum mencapai status negara maju lagi,” tegasnya.

“Saya nak tanya Rafizi, siapa yang buatkan negara banyak duit, seperti yang dia selalu kata banyak duit negara kerajaan habiskan. Pakatan?” soalnya lagi.

Beliau turut menjelaskan, dalam kedudukan parti dalam Pakatan Rakyat, hanya PKR yang kerap menabur janji-janji, sementara PAS dan DAP lebih kerap mengambil tindakan berdiam diri.

“Dalam Pakatan Rakyat, hanya PKR sahaja yang suka berjanji. PAS ikut sahaja sebab tidak tahu apasal ekonomi, jika tidak Kelantan pasti sudah maju.

“Bijaknya DAP diam seribu bahasa berkenaan janji-janji ini …  nanti kalau memerintah mereka (akan) kata DAP tidak menjanjikan apa-apa.

“Itulah Pakatan Rakyat. Mereka berpakat untuk menipu rakyat sahaja.

“Rakyat jangan mudah terpedaya dgn janji-janji palsu mereka ni,” tambahnya lagi.

themalaysianinsider

P/S: Murahkan lagi harga kereta proton! gerenti pekerja proton dapat terus bekerja. Bila kereta murah, duit lebih rakyat boleh beli rumah, tanah, meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak. Baghal punya PERKASA! Nampak sangat nak jaga kepentingan Mahathir!



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perkasam ni bukan ada kerja lain jadi talibarut umno je... tiada satu idea yg berfaedah....

Tanpa Nama berkata...

mansuhkan cukai kereta tempatan dan cukai la kereta impot banyak mana pun

alahai berkata...

'Selama ini kita kenakan cukai tinggi kepada pembeli kereta impot kerana...'kita ...sapa mamat ni..PROTON tu bapak dia punya ke....memang betul la bangang,Otak beku....

Tanpa Nama berkata...

kereta kat malaysia nie mahal sebab setiap kereta luar negara yang masuk:

1. dikenakan duti eksais 60% daripada harga kereta berkenaan

2. dikenakan cukai import

3. dikenakan cukai jualan

masalahnya 72% isi rumah di negara ini menggunakan kereta kerana kurangnya kemudahan pengangkutan awam di kebanyakan tempat!

masalahnya lagi, 53% daripada isi rumah berkenaan berpendapatan bawah RM3,000.00 sedangkan kereta suatu keperluan!

Tanpa Nama berkata...

perkasa tak jujur dalam mengeluarkan kenyataan.... mcm mane nak sedarkan perkasa ni ye.....

kampong lad berkata...

proton tidak perlu ujud sama sekali...inilah salah satu kegagalan che det. barang2 pengguna bergantung kpd volume...kalau rakyat m'sia 70 juta lain cerita.

Tanpa Nama berkata...

nasib baik che det tak buat industri kapal terbang cik!

solo mum berkata...

cuba pi check harga kereta proton kat oversea....
bezakan dgn apa yg rakyat bayar...
sangat2 berbeza

Tanpa Nama berkata...

Syarikat automotif tidak membuka fasiliti pengeluaran mereka di Malaysia kerana pasaran. Toyota buka kilang di AS walaupun gaji operator pengeluaran di sana lebih dari RM12,000 sebulan. Faktor utama ialah kos penghantaran. Jika Toyota Corolla dibina di Malaysia, kos penghantaran ke pantai timur AS sahaja sudah lebih dari RM10,000 untuk sebuah kereta. Harga sebuah Toyota Corolla di AS sekitar RM49,000 sebuah. Jika Toyota Corolla untuk pasaran AS dibuat di Malaysia, harganya meningkat sehingga melebihi RM59,000 sebuah. Harga Toyota Corolla yang lebih mahal menyukarkan pembeli kereta membuat pilihan. Untuk keselesaan pembeli, Toyota membuka kilang mereka di AS. Model Corolla dibuat di Missisipi. Manakala model Camry dibuat di Kentucky.