Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

22 Februari, 2013

Akan setiakah pengundi luar parti bersama PAS jika....

 Akhirnya akan jadi seperti Terengganu. Terus hilang negeri. Kelantan kekal bertahan kerana pengundi luar parti kekal setia dengan kepimpinan TG Nik Aziz.

Berita 1


Pas dan Umno ada ruang untuk bersatu
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2013
Abu Bakar Hussain
Abu Bakar Hussain
IPOH -  Pas dan Umno dilihat mampu untuk bersatu jika masing-masing mengikut prinsip dan kehendak Islam yang sebenar.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain berkata, pihaknya melihat ruang untuk kedua-dua parti itu untuk bersatu masih ada jika Umno sedia mengubah prinsip dan dasar sekularnya untuk kembali kepada Islam sepenuhnya.

Beliau berkata, selagi Umno tidak mahu mengubah dasar dan prinsipnya, selagi itu orang-orang Melayu tidak akan bersatu.

“Umno perlu berjuang untuk Islam sepenuhnya dan tidak mengkhianati orang Melayu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abu Bakar berkata, sebagai contoh, tulisan Jawi yang selama ini menjadi warisan persuratan Melayu semakin pupus akibat penghapusannya oleh Umno sebelum ini.

Tambahnya, begitu juga dengan penggunaan bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan kerana mengutamakan bahasa asing termasuk dalam pendidikan.

Beliau berkata, Pas jelas dengan pendirian untuk mengekalkan apa yang ada di dalam perlembagaan melibatkan hak dan kepentingan orang Melayu, bahasa kebangsaan serta memastikan agama Islam terus dipelihara.

Abu Bakar berkata demikian ketika diminta mengulas titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang melihat tiada ruang untuk Pas dan Umno bersatu bagi menyelamatkan perpaduan ummah.


Berita 2.

 Wartawan Sinar Harian

Harun Taib: Ku Li ganti Anwar, tak mustahil

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia terus 'menyakat' Pakatan Rakyat dengan melobi agar ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah diangkat sebagai ketua pembangkang baru kerana mendapat sokongan sebahagian ahlinya.

harun taib 270804Terbaru, dalam laporan akhbar itu hari ini, Utusan mendakwa Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib (kiri) tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar itu mendakwa ahli parlimen Umno berkenaan mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan.

Harun bagaimanapun berkata, semua parti dalam Pakatan Rakyat akan meneliti terlebih dahulu prestasi Tengku Razaleigh sebelum memastikan bekas presiden Semangat 46 itu layak menjawat jawatan itu, jika keadaan memerlukan.

"Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau (Ku Li), kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang.

azlan"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan ketua pembangkang)," kata Harun dipetik Utusan.

Bekas pesuruhjaya PAS Terengganu PAS sebelum ini juga dilihat sebagai penyokong kuat cadangan kerajaan perpaduan di antara Umno-PAS yang telah berulang-kali ditolak oleh pemimpin dan ahli parti Islam itu.

Utusan sejak Jumaat lalu berkempen hebat agar Tengku Razaleigh, selepas melancarkan NGO barunya Angkatan Amanah Merdeka, menggantikan Anwar.

Karpal: Ku Li bukan alternatif
NGO yang mengumpulkan bekas menteri dan ahli parlimen BN yang kini dipinggirkan bertujuan menghidupkan semula idea perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman berhubung beberpa isu yang menyentuh mengenai penduduk berbilang bangsa, demokrasi dan kedaualatan undang-undang.

“Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," kata Harun dipetik Utusan lagi.

Ditanya sama ada Tengku Razaleigh dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang setelah Anwar dianggap sebagai liabiliti kepada pembangkang termasuk masalah moral yang dihadapinya, Harun menjelaskan: "Itu bukan faktornya.''

NONESementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh (kanan) berkata, Tengku Razaleigh bukan alternatif kepada Anwar kerana ketika mempunyai peluang dalam pembangkang melalui Semangat 46, beliau kembali kepada Umno.

"Dan selepas itu, hanya Umno bahagiannya sahaja mencalonkannya bertanding jawatan presiden parti menentang (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," beliau dipetik sebagai berkata kepada The Star.

Karpal berkata, sekiranya terdapat anggota parlimen PKR membelot pada Anwar dan meninggalkan Pakatan, DAP dan PAS tidak akan menuntut kerusi ketua pembangkang.

"Tanpa Anwar, pembangkang dan negara ini tidak akan menyaksikan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008," katanya.

P/S: Akhirnya akan jadi seperti Terengganu. Terus hilang negeri. Kelantan kekal bertahan kerana pengundi luar parti kekal setia dengan kepimpinan TG Nik Aziz.

 

Tiada ulasan: