Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

17 Februari, 2014

MCA berasal dari Kuomintang?

BELAJAR SEJARAH ADALAH JALAN KELUAR DARI JADI BODOH.

DAP Komunis, ini yang umno kata terhadap parti yang majoriti ahlinya dari kalangan kaum cina. Kenapa umno kata DAP komunis, mungkin juga kerana ahli DAP adalah majoritinya orang cina dan bagi umno malah majoriti orang melayu termasuk Pas bila di tanya apa itu komunis mereka akan menjawab komunis itu cina.

Kepercayaan khurafat komunis itu cina sudah sekian lama di tanam oleh penjajah british dan sekutunya Umno ke dalam otak orang melayu sejak sebelum merdeka lagi. Budaya pembodohan ini di teruskan lagi dari masa ke semasa sehingga ke hari ini dengan menjadikan musuh politik mereka DAP sebagai kambing hitam propaganda bodoh ini.

Namun bagi yang belajar sejarah politik Malaysia (tak perlu belajar idiologi komunis pun) kenyataan yang mengatakan DAP itu komunis adalah jenaka bodoh yang membuat mereka tersenyum. Lebih lebih lagi bila umno kaitkan DAP dengan PAP di Singapura sedangkan PAP di bawah Lee Kuan Yew adalah sebuah parti yang sangat antikan komunis.

Lim Kuan Yew adalah seorang yang ditaktor dan akan menahan dan menghukum sesiapa saja yang tidak sehaluan dengannya. Kebanyakan tahanan akan di kaitkan dengan komunis.

Bila kita belajar sejarah kita juga akan bertemu siapakah MCA sebenarnya kerana ramai orang tidak tahu bahawa anggota Parti Kuomintang yang telah di halau dari tanah besar China ke tanah melayu adalah MCA yang ada sekarang. Ahli Parti Koumintang adalah sangat jahat dan kejam. Mereka merompak, merogol anak dara melayu dan membunuh orang melayu pada ketika itu.

Aku mencadangkan orang ramai membaca buku Memoir Abdullah CD untuk mengetahui cerita sebenar siapakah Parti Kuomintang dan apa hubungan parti ini dengan MCA yang menganggotai Barisan Nasional sekarang.

Lihat logo Parti Kuomintang ini dan bandingkan dengan logo MCA.adalah mempunyai kesamaan yang sangat jelas yang hanya membezakan dari segi warna sahaja.


Oleh itu adalah di sarankan agar kita lebih banyak belajar sejarah sebenar politik Malaysia agar segala kenyataan dan tindakan kita di lihat bodoh. Kalau selama ini dari raut wajah orang ingat kita cerdik tapi bila kita kata DAP itu komunis maka satu Malaysia tersedar yang kita sebenarnya bodoh.... bodoh sebab tak mau belajar


sumber

Tiada ulasan: