Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

16 Februari, 2015

Tiada undi untuk calon MSU dalam PRU14!

Bekas timbalan presiden PAS beri bukti projek UG – Mohd Sayuti Omar
Malam tadi saya dikirimkan rakaman temu bual sebuah stesen televisyen berbayar dengan bekas timbalan presiden PAS, yang antara lain menyentuh mengenai masa depan PAS selepas ketiadaan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke rahmatullah Khamis lalu. Lagi Al-Fatihah.
TV itu mahu tahu daripada bekas timbalan berkenaan apakah PAS akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan kontroversi dalam PAS dan terheret sampai kini.
Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ia diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu salah seorang pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama PAS dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government. Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanahkan untuk melaksanakan projek berkenaan.

Jadi apabila Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali.
Allahyarham Nik Aziz adalah antara pemimpin tertinggi PAS yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu. Setengah qaul mengatakan kemarahan Nik Aziz itu disebabkan beliau tidak diberitahu rundingan mengenai projek berkenaan. Manakala setengah qaul lain menuduh Nik Aziz tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.
Kemarahan allahyarham atas usaha ini sehinggakan allahyarham meminta bekas timbalan itu keluar meninggalkan PAS. "Kalau nak bawa PAS masuk Umno, elok orang itu keluar tinggalkan PAS," demikian kira-kira begitulah ucapan allahyarham.
Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan stesen televisyen berkenaan dan jawapan diberikan bekas timbalan itu. Menurutnya dia tidak dapat menjangka apakah cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan juga dengan terpenjaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya ia bergantung kepada akar umbi dalam PAS dengan memberi semangat semoga muktamar PAS menjelang tiba akan membuat penentuan.
Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli PAS membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada apa-apa tindakan disiplin yang diambil ke atasnya oleh PAS beliau masih lagi valid sebagai konsultan projek UG itu.
Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli PAS atau orang ramai kabur mengenai projek UG ini. Bagi saya PAS bergabung atau tidak dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no problem. Semua orang inginkan kebaikan dan kesejahteraan.
Seperti mana dijelaskan dan diakui sendiri bekas timbalan itu, kerjasama PAS dengan Umno (UG) itu digerakkan sendiri oleh Majlis Syura Ulama. Beliau yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan majlis itu. Jadi orang bertanggungjawab memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa besar) ialah anggota Majis Syura Ulama.
Tidak patut kalau disalahkan kepada bekas timbalan itu 100% mengenai idea projek UG ini kerana beliau hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab saja dengan harapan manalah tahu ia kalau-kalau berjaya beliau akan memperoleh sedikit komisen. Secara peribadi beliau pernah menyebut kepada saya kalau projek itu jadi beliau akan dilantik menjadi menteri Kabinet.
Di sini apa yang hendak ditimbulkan, pengakuan cadangan kerjasama PAS - Umno itu memang wujud dan ia tidak boleh diragu sangsikan lagi. Penjelasan bekas presiden itu mengesahkan apa yang berlaku.
Jadi jawapan itu boleh menghuraikan pertanyaan sesetengah ahli PAS bawahan yang keliru dengan cadangan itu kerana ada yang menafikan sekeras-kerasnya dan menganggap ia fitnah kononnya untuk menjatuhkan kumpulan tertentu dengan menggunakan isu berkenaan.
Dalam konteks ini adalah munasabah kalau Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) ditubuhkan untuk menjadi benteng atau halangan kepada usaha berkenaan.
P/S: PRU14 aku takkan bagi undi pada calon MSU dan calon pro MSU

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

P/S: PRU 14 kamek takkan bagi undi pada calon PKR dan calon pro PKR. Titik.

TheSniper berkata...

Heleh.
PRU13 pun korang dah buat.
Tak payah la nak menyamar jadi orang sarawak. Hahaha