Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

04 Ogos, 2015

Tujuan PAS kekal PR terbongkar!


3 hrs · Edited · 
Jangan silap faham.... Haji Hadi memang mahu PAS bersatu dengan UMNO, tetapi bukan membentuk kerjasama PAS-UMNO untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum...... Tetapi, Hadi mahu PAS bersama dalam Pakatan Rakyat ketika PRU.... Selepas pilihanraya, barulah kerusi-kerusi yang dimenangi oleh calon PAS digabungkan dengan kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional untuk membentuk Unity Government.... Itulah maksud tujuan UG yang asal.
Alasannya mudah.... Kalau PAS bergabung dengan UMNO sebelum pilihanraya, berapa kerusi yang UMNO bagi kepada PAS untuk bertanding....? Kalau PAS bergabung dengan UMNO sebelum pilihanraya, gabungan itu mempunyai harapan cerah untuk kalah kepada calon-calon Pakatan Rakyat.
Kalau PAS bersama dalam Pakatan Rakyat, mereka mendapat banyak kuota untuk bertanding dan pengundi yang menyokong PKR dan DAP akan mengundi calon PAS... Jadi calon PAS mempunyai harapan cerah untuk menang, terutama di pantai barat.... Selepas menang, barulah boleh dibentuk UG dengan UMNO.
Sebab itu sejak dulu saya kata PAS pengkhianat..... Ulamak-ulamak PAS memang bercadang untuk mengkhianati Pakatan Rakyat.

2 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Pas bukan pengkhianat

Pas seperti muhyidin kata

Party Ajaran Sesat

Tanpa Nama berkata...

PAS bercadang untuk bertindak seperti gergaji dua mata, sorong makan tarik pun makan. Bebalnya teramat nyata, sebab itu mudah sahaja dipermainkan oleh Umno haramjadah tu.