1. Parti2 politik dalam PR berterusan dikuasai oleh orang2 tua!
2. Orang tua ni akan meneruskan kaedah2 lama. (Walaupun dah gagal berulangkali).
3. Orang muda yg diterima cuma org muda yg meneruskan tradisi org tua! (Contoh terbaik, PKR: Azmin n Syamsul Iskandar. PAS: Nasharudin Tantawi n Nik Abduh).
4. Org muda yg cuba membawa kaedah baru akan segera dicantas!
P/S: Kenyataan ini ditujukan kepada parti2 dalam Pakatan Rakyat terutama PKR dan PAS.Kalau keadaan ini berterusan, Mesia akan terus dikuasai Ameno sampai bila2.
Pengundi bawah 49 tahun (termasuk yg lebih 50 tahun tapi 1 kepala dgn aku) jom tubuh parti baru kot!? Ingat! pengundi bawah umur 49 tahun adalah 55%!
Hmm... seb baik Allah jadikan Rasul dari keturunan arab, kalau rasul dari keturunan melayu kompom agama Islam tak berkembang!
(Ingatan! N3 ni hanya apa yg terpikir dalam kepala hotak aku. Kalau korang terbaca dan tak setuju aku tarak hal!)
Sedari kuasa kita!
Pengikut
11 Januari, 2012
08 Januari, 2012
Perak: Baru ler aku paham mengapa PAS menang 6 kerusi jer!
Cilok dari http://batuvskayu.blogspot.com/
SHAH ALAM – Pas mengingatkan parti komponen dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR supaya menjaga keadaan rumah tangga masing-masing masing-masing, bukannya mencampuri urusan parti lain.
Sehubungan itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mempersoalkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang secara terbuka bertindak mencampuri urusan parti itu khususnya berkaitan isu Datuk Dr Hasan Ali.
Tegas Harun, Pas berupaya menyelesaikan masalah dalaman parti tanpa perlu pembabitkan pihak luar.
“Masalah dalaman Pas, biarlah kepimpinan parti yang menyelesaikannya.
"Pas tidak perlu diajar memandangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan sendiri oleh parti,” kata beliau kepada Sinar Harian.
Kelmarin, Azmin mendesak kepimpinan Pas supaya bertindak terhadap Hasan yang juga Exco Kerajaan Selangor kerana didakwa celupar mengkritik kempen Bebaskan Anwar 901.
Azmin menggesa Pas mengambil tindakan keras terhadap Hasan kerana kenyataannya melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan Hasan dikatakan tidak sewajarnya berkata demikian.
Harun juga berkata, Pas tidak menghalang ahlinya menyertai atau tidak perhimpunan Gerakan Bebas 901.
“Terserah kepada ahli untuk menyertainya atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menegaskan beliau bimbang campur tangan pihak luar dalam masalah dalaman parti hanya akan mengeruhkan dan merumitkan lagi keadaan.
“Masalah dalaman parti, serahkan sahaja urusan kepada kepimpinan Pas. Pas bukanlah parti baru.
"Kami sudah banyak pengalaman menyelesaikan konflik dalaman parti dan tahu bagaimana untuk bertindak menyelesaikannya,” katanya
Jelasnya, Pas tidak mahu suasana seperti itu yang menyulitkan dan menyusutkan keadaan berlaku.
Jawatankuasa kerja Pas pusat yang mengadakan mesyuarat bulanan hari ini dijangka membincangkan kes Hasan.
P/S: Aku bukan sokong Azmin pun! PRU13 PKR Perak boleh dapat lebih dari 7 kerusi ke? Persoalan: Kalau PAS dah berkuasa di persekutuan nanti agak2 boleh tak kita komplen? Ingat! sebarang tindakan mengundang persepsi baik/buruk! Jangan ingat kepala hotak pengundi sama macam zaman Hail Amir/Uji Rashid dulu!

12 Disember, 2011
Setuju dengan Pak Bakar Penarik Beca!
Jika harta-harta diisytiharkan kepada Menteri Besar sahaja, katanya, ia tidak memadai untuk dilihat sebagai ketelusan yang selama ini dituntut oleh rakyat.
Selanjutnya
P/S: Aku bukan A.B.U (Asal Bukan UMNO)tapi A.B.Uism (Asal Bukan UMNO dan yang sealiran)

03 Disember, 2011
Persepsi pengundi terhadap UMNO
Petang ni (3/12/2011) aku goreng cucur deghoyan semangkuk. Dah kenyang lepak depan TV. Cadang nak tonton sinetron Indon kasih Nirmala tapi TV 9 siar majlis penutupan persidangan ameno!
Mmm... tengoklah jugak! Majlis persidangan ameno tapi dok mengata PAS, PKR, DAP. Trening jadi pembangkang kot?
Tengah sedap mengkaji ucapan Bini Rosmah, alih2 bini (bini aku neutral) aku datang tetiba "Apa kehei nengok oghang-oghang tua beghimpun ni? Siaran lain takada ceghiter ke?"
KAH KAH KAH!(sori TT. pinjam jap!)
P/S: Harap2, PAS, PKR, DAP jangan sampai dicop parti oghang-aghang tua! Ingat peratus pengundi bawah umur 49 tahun 53%!

21 November, 2011
PRU13. Mampukah Pakatan Rakyat menonjolkan calon berwibawa?
Atau berterusan menampilkan calon bersedia melompat? (PKR). Atau menampilkan calon yang akhirnya berkulit PAS tapi isiperut UMNO?
Pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat semasa PRU12 sedang memerhati dan mengkaji!
P/S: UMNO jangan perasan!

28 Oktober, 2011
Kisah Benar: Melaka jatuh kerana revolusi rakyat
“Inilah akibatnya bila raja yang bodoh dan rakus diangkat menaiki takhta sementara pembesar yang korup diharap menjaga negara.” Rasyid terus bercerita. “Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?”Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Rasyid juga pernah terbaca, tidak ingat di mana, sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot...Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah dia menyesal atas segala perbuatannya dahulu?“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!” Rasyid menambah seraya bermadah pula. Madah berhelah agaknya... “Hendak kata dia menyesal pun tidak pasti kerana dalam pelarian itulah Sultan Mahmud sempat membunuh anak kandungnya sendiri, Raja Ahmad!” Selanjutnya SINI
P/S: Aku kerapkali tertanya-tanya kenapa Indonesia yang luas tiada raja sedangkan Tanah Melayu yang lebih kecil rajanya bersepah?

27 Oktober, 2011
Bantuan Malaysia untuk Pilihanraya Libya?
Tripoli 1 Nov 2011.
Pihak TNC Libya akan meminta bantuan Malaysia mengendalikan pilihanraya pertama
selepas kejatuhan Muammar Gadaffi. Ketika ditanya oleh saudara Ngan Chok Wak seorang pemberita dari agensi berita fakap seorang pimpinan TNC menjawab "Kami amat mempercayai pihak berkuasa Malaysia dalam memastikan kemenangan pihak kami dalam pilihanraya yang akan diadakan nanti"
KAH KAH KAH!

12 Oktober, 2011
Pengundi dah maju, Pemimpin PR masih dok takuk lama.
Dari pencacai-semalaysia.blogspot.com/
Oleh: Azman Ariffin
PAKATAN RAKYAT tidak harus terus dibuai mimpi bahawa bajet yang berdasarkan Buku Jingga akan membantu kemenangan dalam PRU yang akan datang. Sebaiknya seluruh tenaga yang ada perlu difokuskan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Tidak salah jika PR belajar dari BN dalam hal ini memandangkan BN mempunyai rekod ‘tanpa kalah’ dalam pilihanraya walaupun bukan semua yang dijanjikan mereka mampu ditunaikan.
Sedarkah kita, bahawa Bajet 2012 adalah bersifat ‘jangkaan’ atau ‘perancangan’ masa depan sedangkan rakyat lebih mudah tersentuh dengan apa yang dilihat dan dirasai mereka pada masa ini. Masa depan itu belum tentu, tetapi masa kini sudah pasti.
Apa yang lebih penting bagi PR ialah memastikan bajet dan janji-janji di negeri-negeri pemerintahan PR dilaksanakan dengan sebaiknya, dan bukannya cuba memimik kerajaan persekutuan. Prestasi PR dinilai melalui negeri-negeri yang diterajui dan bukannya melalui perancangan dan janji. Jika prestasi hari ini juga sudah gagal menyerlah, bagaimana kita mengharapkan keyakinan rakyat untuk menyokong PR bagi menggantikan BN?
BN menambat hati rakyat dengan cara memberi imbuhan terus kepada rakyat sama ada dari segi kewangan, barangan atau perkhidmatan kepada golongan berpendapatan rendah dan daif. Perkara ini dilakukan secara berterusan dan diperhebatkan lagi di musim-musim pilihanraya. Kita boleh menuduh bahawa itu semua adalah gimik pilihanraya, namun gimik atau tidak, rakyat telah merasai nikmatnya. Nikmat yang dirasai itulah yang memberikan undi kepada BN dalam setiap pilihanraya.
Amatlah malang kerana PR, sehingga hari ini masih lagi berpendapat yang sokongan boleh diraih melalui ceramah, isu-isu berbangkit, risalah-risalah dan akhbar yang mensensasikan isu, membela pemimpin PR yang diserang serta menyerang pemimpin BN. Kini, PR cuba lagi meraih sokongan melalui pembentangan bajet.
Namun, pernahkah pemimpin PR berhenti dan berfikir tentan apa ertinya semua itu kepada rakyat?
Ertinya, seluruh jentera PR sebenarnya sedang sibuk berpolitik dan tiada siapa pun yang bekerja untuk rakyat. Akhirnya, rakyat hanya akan melihat BNlah yang bertungkus lumus menjaga kebajikan mereka sementara PR hanya mampu menanam angan-angan sebagai kerajaan di masa depan.
Hari ini, BN cukup yakin akan menang besar dan merampas kembali kerusi-kerusi di kawasan hitam iaitu yang dikuasai PR, dalam PRU yang akan datang. Ini bermakna tidak mustahil PR akan kalah teruk andainya keyakinan BN benar-benar berasas.
Lebih buruk, di ketika BN ‘memberi’, PR pula ‘mengambil’ sambil berjanji hanya akan ‘memberi’ jika berjaya menjadi kerajaan suatu hari nanti. Ini kerana terdapat beberapa pemimpin PR yang ke hulu ke hilir menghulur tin meminta derma dari rakyat untuk menampung kos pilihanraya. Sedangkan, di masa yang sama, pemimpin-pemimpin PR hidup mewah, ke hulu ke hilir berkempen sehingga ke luar negara juga.
PR bukan lagi parti kampung sepertimana imej PAS suatu ketika dahulu di mana pemimpin-pemimpin PAS mengutip derma dalam ceramah-ceramah untuk ‘berjihad’. PR kini cuba menonjolkan imej sebagai parti sofistikated, terbuka dan jauh lebih ke hadapan berbanding BN. Namun, tindakan mengutip derma dari rakyat amatlah tidak konsisten dengan imej baru ini.
Bagaimana parti yang gah menjanjikan bulan, bintang da matahari tetapi tidak mampu pun untuk menyediakan secubit beras atau sebuku roti yang mudah didapati di bumi?
Inilah yang pemimpin-pemimpin PR harus fikirkan berkali-kali sebelum membuka mulut untuk berceramah dan berkempen. Jika tidak, adalah lebih baik PR tidak perlu bertanding langsung dalam PRU-13 kerana nampaknya seolah-olah PR tidak begitu serius untuk bekerja, tetapi hanya berpolitik untuk mengisi masa lapang sementara menunggu hari tua.
P/S: Ada bekas calon Parlimen PKR di Perak bawak pimpinan negeri dan anak buah ke Danok Thailand untuk memastikan beliau terus dicalonkan dalam PRU13. Chiittt! macam stail UMNO tahun 70-an!

10 Oktober, 2011
Jom ajar puak-puak yang bertelagah dalam PKR
Semenjak 2 menjak kononnya Pakatan Rakyat akan menduduki Putrajaya, perebutan puak dalam PKR semakin kronik.
Puak2 terdiri dari,
1. Ex-UMNGOK
2. ABIM
3. JIM
Objektif utama: Mendapat kuasa dalam PKR kemudian mengambil puak masing2 dalam pentadbiran.
Kebolehan utama: mengkudakan ahli di luar puak untuk mendapatkan kuasa. Setelah mendapat kuasa individu yang banyak menolong akan disingkirkan untuk mengelakkan persaingan.
Err.. Di Perak, salah satu daripada puak ini telah mengugut keluar parti sekiranya puak mereka tiada dalam senarai pencalonan.
Dalam PRU13 nanti aku akan publish nama puak-puak ni untuk peringatan.
Reformis? ha ha! kebanyakan dah blah pasal dah menyampah!
Untuk memajukan negara dan membawa kesejahteraan kepada rakyat, perkara nombor wahid ialah jangan bagi undi tuan-tuan kepada puak2 nih! bukan saja 2x5 UMNO tapi lagi teruk dari UMNO! Niamakahai!

22 September, 2011
Petua nak menang PRU13
Kutip dari ruangan komen blog Mat Saman Kati.
Secara dasarnya, terdapat 3 jenis penempatan di Mesia.
1. Kawasan lama yang wujud berabad-abad dulu.
Di kawasan ini, ikatan persaudaraan sesama penduduk adalah teramat kuat. Sentimen ‘orang kita’ adalah no 1 melebihi sentimen parti dan isu2 semasa.
2. Kawasan yang ujud di era bijih timah.
Di kawasan ini ikatan persaudaraan masih longgar walaupun telah ada ikatan persaudaraan akibat perkahwinan sesama penduduk tempatan.
3. Kawasan yang wujud setelah Mesia merdeka.
Di kawasan ini penduduk masing2 menguruskan hal kendiri dan ikatan persaudaraan hanya berlegar di sekitar kaum keluarga.(keadaan yang sama di bandar besar di mana PR menang)
Calon yang sesuai mengikut kawasan.
Kawasan 1.
Calon yang paling sesuai adalah tokoh tempatan yang berjaya atau yang dihormati oleh penduduk setempat.
Kawasan 2.
Calon dari luar boleh bertanding tetapi mesti telah dikenali ramai.
Kawasan 3.
Di sini isu2 semasa amat memainkan peranan.
Masaalah.
1. Dengan perlantikan PJ PAS negeri oleh TG Presiden adakah PJ PAS negeri benar2 disenangi oleh penduduk negeri? Adakah perlantikan calon melalui kabel PJ PAS negeri benar dapat diterima oleh pengundi?
2. PKR. PKR kini dilihat cenderung melantik calon yang direstui Ketua Umum dan Timbalan Presiden Parti. Pemilihan calon di lihat cenderung untuk mengukuhkan kedua2 mereka di dalam parti bukannya mengukuhkan kedudukan parti dalam negara.
Kalau TG Hj Hadi, Anwar dan Azmin benar2 ikhlas dan bijak, aku cabar ketiga2 mereka bertanding di luar kawasan tradisi mereka pada PRU13 nanti!
Setakat ini, aku tak nampak Pakatan Rakyat akan mengambilalih Putrajaya selepas PRU13.
P/S: DAP berjaya kerana memilih calon dari kader2 yang berkhidmat cemerlang dalam perkhidmatan kepada rakyat.

12 September, 2011
PKR masih guna kitab UMNO.
Ambik kat blog Cenangau Daun Kari
Malaysiakini melaporkan:
Meskipun Dewan Rakyat belum dibubarkan, namun percakaran merebut kerusi menjelang pilihan raya umum ke-13 di kalangan komponen Pakatan Rakyat semakin hangat.
Terbaru, ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau (kanan) membidas kepimpinan PKR negeri dan menuduh parti itu mengamalkan "dasar perkauman" dalam rundingan mengagihkan kerusi.
"PKR Johor di bawah kepimpinan (Datuk) Chua Jui Ming telah menetapkan garis panduan sendiri yang tidak munasabah berhubung rundingan agihan kerusi dengan menghina DAP sebagai parti pelampau Cina dan hanya sesuai bertanding di kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina lebih 60 peratus di Johor. - Mkini.
P/S: kalau takde correction dalam 2,3 hari ni memang kompom Chua Ju Meng ikut arahan PKR Pusat. Depa kat PKR Pusat aci kerat telinga pun takkan mengaku! Kes dah jadi macam PRN Sarawak. Dah terima akibat tapi tak ambik ikhtibar langsung!

07 September, 2011
(Dari sumber dalaman UMNO)
Desas desus bertiup kencang. Sekumpulan orang2 lama UMNO sedang bergerak ke seluruh negara menjalankan gerakan pemuafatan di setiap bahagian bertujuan menurunkan Najib dan Muhyidin dari kedudukan tertinggi dalam UMNO dan menggantikan dengan individu2 yang dapat mengembalikan kegemilangan UMNO. Tujuan ini berlandaskan keyakinan mereka UMNO pasti tumbang sekiranya UMNO terus diterajui oleh 2 individu yang wujud sekarang.
Berita menyusul (kalau ada ler!)

03 September, 2011
Pakatan Rakyat takkan ke Putrajaya! : 1
Selagi parti-parti pembangkang di Sabah dan Sarawak tidak dipelawa menganggotai Pakatan Rakyat.
Sebab:
1. Majoriti penduduk Sabah dan Sarawak menganggap Semenanjung adalah penjajah sebagaimana penduduk Semenanjung menganggap penjajah kepada British (tuan UMNO) dan Jepun.
2. Perolehan sokongan pengundi di Semenanjung terhadap Pakatan Rakyat telah mencapai tahap tepu .

30 Ogos, 2011
Khutbah Hariraya yang menggambarkan kelemahan umat Islam.
Pagi ini dalam khutbah hariraya khatib memberi khutbah betapa umat Islam dalam ancaman. Umat Islam di China tak dibenar menjalankan ibadah puasa dan terawih. Pihak kristian cuba memurtadkan umat Islam dengan cara memberi bantuan kepada umat yang miskin.
Cara mengatasi? Yilek! Apparaaa! Nasib baik khutbah dikira sebahagian dari sembahyang hariraya. Kalau tak, ramai jemaah blah!

29 Ogos, 2011
Raya nombor 2, yang ini nombor 1!
Persiapan terakhir!
P/S: Kepada yang teringin datang ke pesta meriam ini, sila datang ke area bendang kampung Talang Kuala Kangsar, Perak di malam raya. Mulai 12 tengahmalam sehingga 10 minit sebelum sembahyang Raya bermula.

22 Ogos, 2011
'HOLIER THAN THOU' sikap PAS yang disukai UMNO
a. Selagi sikap ini wujud pada ahli PAS, UMNO akan terus wujud.
b. Sikap yang setakat ini amat berjaya menyembunyikan kebodohan seseorang.
c. Pengundi wanita/pengundi atas pagar berjaya dihalang dari mengundi PAS atas kewujudan sikap ini.
d. Sikap typical makhluk YUGI.
e. UMNO amat risau bila pimpinan tertinggi PAS yang menganuti sikap ini kalah dalam pemilihan PAS.
f. Negeri di bawah penguasaan PAS yang menganuti sikap ini akan kecundang di PRU13. Bakal kecundang - Kedah. Telah terbukti - Terengganu.
g. tambah sendiri!

19 Ogos, 2011
AKTA 72: yang bebas dan yang masih terkongkong!
Orang awam tak tahu tentang Akta 72 yang mengongkong anggota tentera semasa dalam perkhidmatan. Kalau nak tau, jumpa askar yang bercuti kat kampong raya ni hangpa boleh tanya tentang akta 72 nih!
Gambar di bawah memaparkan wajah tentera yang dah bebas dari kongkongan akta 72 dan yang masih terikat.
Yang beruniform tu bukan takat masih terkongkong dengaN AKTA 72 tapi dia juga nak mempertahankan pencen gaji penoh woo!
cerita selanjutnya bukak Tukar Tiub
P/S: Yang menghairankan mengapa bekas tentera sedia bekerjasama dengan PAS tetapi tidak dengan PKR? Adakah mereka tidak mempercayai PKR atau PKR sama macam UMNO yang suka cantas bekas tentera yang join parti depa? Ada sapa-sapa boleh jawab?

10 Ogos, 2011
Bantuan Idilfitri untuk keluarga tahanan ISA dari Negeri Pakatan Rakyat
Ada ke? Takat ni tak dengar lagi! Mungkin sibuk sangat mentadbir negeri kot?
04 Ogos, 2011
Najib: PM UMNO tanpa Pilihanraya
Hambik tak mintak izin dari Karat E-jau
Spekulasi telah bertiup kencang bahawa kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Umno sedang terancam. Orang dalaman parti mendakwa bahawa sokongan terhadap Muhyiddin Yassin begitu kuat di samping sokongan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi tekanan kepada Najib.
Cengkaman kuasa Perdana Menteri menurun berikutan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai manakala kontroversi berkaitan isterinya Rosmah Mansor juga membelenggu beliau. Kini, sebuah organisasi yang mewakili bekas ahli Parlimen UMNO telah menyuarakan kekurangan keyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletakkan jawatan.
Organisasi yang dipanggil Penawar yang diketuai oleh bekas Menteri Kabinet Aziz Shamsuddin, yang merupakan Setiausaha Politik Mahathir dari tahun 1981 hingga 2002.
Bercakap mengenai isu ini, ahli Penawar berkata organisasi ini memutuskan dalam mesyuarat minggu lalu bahawa ini adalah masa untuk Najib melepaskan jawatan."Terpulang kepada Najib. Jika dia mencintai negara dan orang Melayu, beliau harus meletakkan jawatan secepat mungkin.
"Jika beliau adalah orang yang tidak mementingkan diri sendiri, maka dia mesti berhenti," kata bekas Ahli Parlimen kepada FMT, sambil menambah bahawa mesyuarat itu dihadiri oleh bekas menteri dari era Mahathir.
Menurut beliau, Penawar, yang mewakili kira-kira 50 bekas Ahli Parlimen, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib kerana beberapa sebab. Apabila ditanya, beliau enggan mengulas lanjut mengenai sebab-sebab, yang menyatakan bahawa ini adalah pengetahuan umum.
Dihubungi kemudiannya, Aziz memberitahu yang merupakan pengerusi Penawar, enggan mengulas mengenai perkara itu tetapi mendedahkan bahawa organisasi akan mengadakan satu lagi mesyuarat esok.
Muhyiddin turut hadir?
Najib mengambil alih pada April 2009 dan segera menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang sederhana di bawah konsep 1Malaysia bertujuan untuk memancing undi Cina dan India.
Walau bagaimanapun, pendekatan menyeluruhnya gagal turun ke bawah dengan baik menyebabkan ketidakpuasan hati golongan pihak-pihak tertentu dalam Umno. Walaupun Mahathir mendakwa bahawa parti itu telah gagal untuk melindungi orang Melayu dan ini membawa kepada munculnya kumpulan-kumpulan seperti Perkasa.
Dalam perkembangan yang sama, sokongan kaum Cina terus meningkat untuk pembangkang seperti yang dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil dan tekanan ke atas Najib yang dipasang.

24 Julai, 2011
Merdekakan negara dari barua penjajah!
Kutip di http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/07/menunggu-perubahan-yang-tak-kunjung.html
Zul said...
Selepas Perang Dunia ke 2 Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (sebelum Perang Dunia ke 2 dikenali sbg Liga Bangsa), telah mengarahkan semua penjajah membebaskan negara jajahan. Negara yang bersetuju dengan bentuk kemerdekaan yang dirangka penjajah telah merdeka dengan aman (contoh: Malaysia). Negara yang tidak bersetuju dengan bentuk kemerdekaan yang hendak diberi oleh penjajah telah mencapai kemerdekaan dengan darah! (contoh: Indonesia). Malaysia dimerdekakan setelah berjaya membentuk parti (UMNO) yang diyakini dapat menjaga kepentingan mereka (British)dan berjaya menghapuskan parti2 yang pasti akan menentang mereka (API. KMM dll). So, UMNO adalah barua British!

Langgan:
Catatan (Atom)