Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

31 Mei, 2011

MENTOR: Apasal Salma boleh menang?

(Asyik politik je. Muzik la pulak!)

Sebabbbb...... Mat mat rock yang selama ni tak mengundi telah memperabihkan kredit tipon depa bagi undi kat Salma!

(Aku abis RM10 mengundi Salma)

Takkan nak bagi penyanyi pop menang kot!

Yearghhh ROCK NEVER DIE

P/S: Harap Salma jangan lupa daratan macam penyanyi pop. Jaga anak lu baik-baik!

29 Mei, 2011

Kasihkan belia? Iyeke?

Kalau betul kasihkan belia:

1. Hapuskan pinjaman PTPTN
2. Pengajian percuma dari sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi.
3. Cukai motosikal import dihapuskan.
4. -tambah sendiri-
5. -tambah sendiri-
6. -tambah sendiri-

Kalau tak semuanya bohong belaka. Emakbapak sampai anak-anak kena bohong!

26 Mei, 2011

Kekal harga? Prihatin?

Ini himpunan komen2 geng kedai kopi pagi tadi.

"Lancow!"

"Tengkoghok dia!"

"Huh! nak ngecek pun tak gheti!"

"Kalau prihatin kasi turun harga la!"

"Kekal harga tanda dia prihatin pada kuasa dia! bukan prihatin kesusahan rakyat!"

"Kalau betul2 prihatin kasi turun harga gula, tepung, insuran kereta/motor dan segala maknika yang naik masa dia naik kuasa dulu! dia pikir pakai otak kat kepala atau pakai kepala but*h!? But*h la!"

07 Mei, 2011

Setuju pendapat Mukhriz Mahathir!

Mukhriz: Perdamaian Hamas-Fatah wajar jadi iktibar penyatuan Pas- UMNO PKR/DAP


BESUT 6 Mei - Perjanjian damai dua pihak yang bertelagah di Palestin, Hamas dan Fatah wajar dijadikan iktibar kepada Pas agar parti itu bersedia untuk berbaik-baik dan meningkatkan hubungan dengan UMNO PKR/DAP.


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMporNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, peristiwa bersejarah penyatuan Hamas dengan Fatah itu adalah contoh terbaik sebagai ukuran kepada kerjasama Pas-UMNO PKR/DAP untuk menyatukan seluruh umat Islam PAS mempamerkan memperlihatkan Islam yang sebenar ke seluruh negara.


Malah jelasnya, sudah tiba masanya bagi Pas untuk bersama-sama UMNO PKR/DAP demi kepentingan bangsa, agama dan negara.


"Kalau Hamas dan Fatah yang sekian lama bersengketa sesama sendiri boleh berdamai, kita (Pas dan UMNO PKR/DAP) bila lagi.


"Kenapa Pas dan UMNO PKR/DAP tak boleh (bersatu), dah tiba masa bagi Pas dan UMNO PKR/DAP bersatu untuk perpaduan mengembalikan maruah umat Islam di negara ini," katanya.


Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana pengaruh bapanya menyatakan demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMporNO Bahagian Besut di sini, hari ini.

P/S: HAMAS=PAS, FATAH=PKR/DAP VS ISRAEL= (UMNO/BN).

01 Mei, 2011

Bukti Turki lebih Islamik dari Malaysia!

Yong Moh Kembara

Gomen Turki pimpinan Encik Tayip Erdogan berusaha untuk "menurunkan kadar faedah dan inflasi" dan pada jangka masa panjang bertujuan menurunkan kadar faedah pada paras sifar.

Beliau berucap demikian dalam satu kongres umum anjuran persatuan perdagangan dan industri atau TUMSIAD.

"Kami berusaha menurunkan kadar faedah pada jangka masa panjang supaya rakyat meningkatkan pendapatan mereka melalui kerja keras, bukan melalui untung faedah," kata Erdogan. Gomen beliau pada akhirnya akan cuba menyelaraskan kadar faedah dan kadar inflasi pada paras yg sama.

Bercakap kepada ahli-ahli perniagaan Turki, beliau menjelaskan sejak gomen bawah parti AKP memerintah, Turki mengalami peningkatan ekonomi yg menggalakan. Pada tahun 2002 jualan kereta di pasaran tempatan adalah hanya 96,000 buah. Kini lebih setengah juta kereta dijual. Manakala lebih ramai pelancong datang ke Turki pd suku tahun pertama iaitu 3.6 juta orang pelawat berbanding dengan 2.6 juta orang tahun lepas. Ini kerana kestabilan ekonomi dan politik sejak di bawah pentadbiran AKP, tambah beliau.

Weh...PM negara sekular dah kata jangan makan riba. Tak disebut ianya haram. Nanti jadi fitnah. Silap-silap kena guling!
Err...PM negara Islam kita tak nak ke ajor rakyat jangan makan riba?

30 April, 2011

"mudahnya dapat jaket kalis peluru?"

"Mudahnya dapat jaket kalis peluru?" celah Pak Long semasa sesi sembang di kedai kopi selepas isyak tadi

Sambungnya lagi "Kalu ghoper itu aku pun nak satu, mana tau kot terkena peluru sesat masa aku noreh getah!"

Sahut Pak Tam "Bukan senang nak dapat kome oii! lain ler kalu ada jual kat pasar malam bawah geghotak tu!"

"Ater, mana dapat si eskay siam tu jaket kalis peluru masa sumpah laknat pegang Quran terbalik tadi?"

"Ishhh kome! biasa ler! polis ler bagi! Polis duduk bawah sapa!? bukan bawah hisyamudin hussein!? hisyamudin pulak bawah sapa!? bukan bawah Najib!?" jelas pak Tam.

"Ater, Najib tadi ngabor dia ke, umno ker tak terlibat dengan sumpah laknat tu! Mana ghopernya pulak?" Tanya Pak Long terkebil-kebil.

"Kamu tu ler pasal! tua sesajer! biasanya oghang umno ni kalu tak ngaku ibaratnya macam ngaku ler juga!" Jelas pak Tam.

"Ater kalu buatnya tak betoi idak ker deme tak takut laknat di Tuhan?" Tak abih lagi tanya pak Long.

Pak Tam "Tak payah tunggu! sekaghang pun orang umno dah kena laknat! cer mike periksa kat kampong kita ni, anak sapa yang ngandung luar nikah? anak sapa yang kena tangkap edar dadah? anak sapa yang kena buang sekolah? anak sapa yang kita hempok ramai-ramai sebab curi getah buku haghi tu? Bukan anak oghang umno? Tak payah tunggu deme kena laknat! Deme tu dah lama kena laknat! Biasa ler! Oghang kena laknat nih bukan sedor deme dah kena laknat! yang deme tau, nyalahkan oghang tu! nyalahkan oghang ni! Najib ajer udah ler buat contoh, elok kawin anak dara, pegi cerai lepaih tu kawin dengan janda! kalu elok lawa takpe ler juger! Ini idak, udah ler pendek, gemok pulak! Ater, idak kena laknat namanya tu?"

P/S: Nampaknya sumpah laknat Eskay tak laku kat orang kampong! Kih Kih Kih! Lambat lagi la PRU13!

28 April, 2011

Adakah anda benar2 ingin mengalahkan UMNO?

'BERLATIH DI WAKTU AMAN, BERJUANG DI WAKTU PERANG'

Ceramah - delete (cukup hanya menyalur maklumat kepada ahli untuk sebaran awam)
Mesyuarat tak putus2 - delete

Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan, tanpa kenal jemu

Semakin banyak latihan, semakin kurang risiko kesilapan!

18 April, 2011

Penang lulus, Kedah dan Selangor gagal!

Merujuk kepada tajuk (pergh.. ala-ala surat rasmi pulak!)

Penerimaan kepada pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat yang baru muncul iaitu Penang, Selangor dan Kedah diterjemahkan oleh pengundi Sarawak.

Aku terbaca komen dalam satu blog (lupa),
Nabi berpesan tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China. Jadi, oleh kerana orang-orang China dah ada di Malaysia apa salah menuntut dari depa?

Dalam tajuk politik, PKR dan PAS memang patut belajar dengan DAP.

Sanggupkah PKR dan PAS belajar dari DAP?
Susah sikit kot?

PKR - Nak jadi leader kepada parti2 dalam Pakatan Rakyat tapi majoriti ahlinya B&P (Bengap & Poyo).

PAS - Boleh tapi individu yang nak menurunkan ilmu kena jadi sebahagian dari jemaah dulu. (Dulu ler, skang tak tau la pulak!)

P/S: Dalam keadaan sekarang, mungkin impian aku nak melihat BN tumbang takkan tercapai sampai bila-bila.

15 April, 2011

Najib meneran di malam akhir! KAH KAH KAH!

Syok sungguh aku menonton TV 3 suku jam 8 p.m sat ni. Najib dengan stail meneran (Bandi amok dah tak boleh cari makan nih!) mengutuk Anwar macam-macam! KAH KAH KAH!

Woi Najib! Dayak Sarawak bukan nak dengar citer pasal Anwar! Dayak nak dengar citer tanah adat depa dipulangkan pada yang hak! Dayak nak dengar citer jalan perhubungan ke kampung depa dilaksanakan! Dayak nak dengar jambatan ke kampung depa dibina!

DAN YANG PALING UTAMA, DAYAK NAK TAIB MAHMUD BUNGKUS!

dan aku tau, yang paling tak senang duduk sekarang ialah suami Najib!

Kalau Taib tumbang, PRU13 Najib tumbang. Kalau Najib tumbang, suami Najib dah tak boleh perabih duit beli bra dan spender di dubai! KAH KAH KAH!

errr.... hari ni Najib meneran, mungkinkah besok Najib terberak? KAH KAH KAH!

P/S: sori Bro Isham. Gua pinjam lu punya KAH KAH KAH!

Aku setuju dengan RPK!

Bila RPK kata "Mampukah Anwar mentadbir walaupun beliau tak mampu menyelesaikan masalah dalam partinya sendiri?"

Tapi pasal aku getik dengan UMNO maka masalah di atas simpan dulu!

Kasi UMNO tersembam dulu. Kalau Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya, fasa 2 adalah operasi memerangi pemimpin peringkat tertinggi hingga ke ketua cabang yang 'sembang macam guroh, kerja macam kepala but*h'.

P/S: PAS pun sama. Sila pilih calon yang handal hal agama dan pentadbiran. Sembang boleh, buat kerja handal. Sama naik!

14 April, 2011

Perak: DUN Panas menjelang PRU 13!

N5 : Selama - BN - majoriti 355
N6 : Kubu Gajah - BN - majoriti 66
N9 : Kuala Kurau - PKR - majoriti 467
N10 : Alor Pongsu - BN - majoriti 95
N12 : Selinsing - PAS - majoriti 547
N13 : Kuala Sepetang - PKR - majoriti 564
N15 : Trong - BN - majoriti 916
N16 : Kamunting - BN - majoriti 555
N17 : Pokok Assam - DAP - majoriti 865
N20 : Lubok Merbau - PAS - majoriti 72
N23 : Manjoi - BN - majoriti 348
N29 : Kepayang - DAP - majoriti 490
N35 : Manong - BN - majoriti 749
N36 : Pengkalan Baharu - BN - majoriti 14
N43 : Sungai Rapat - BN - majoriti 636
N45 : Teja - PKR - majoriti 175
N53 : Rungkup - BN - majoriti 454
N56 : Changkat Jong - PAS - majoriti 899

Pakatan Rakyat 8 DUN
PAS 3 + PKR 3 + DAP 2

VS

BN 10

P/S: UMNO dah longgok segala mak datuk bantuan TEKUN, Amanah Ikhtiar di DUN ni. Pakatan Rakyat buat apa?

13 April, 2011

Rakyat Sarawak jangan jadi bangang macam rakyat Semenanjung!

JANJI TAIB MAHMUD TAHUN 1995


Rakyat Sarawak 2011 - 1995 = 16 tahun.

Rakyat Semenanjung 2011 - 1957 = 54 tahun!

ATAU RAKYAT SARAWAK TERINGIN NAK MENGATASI BANGANG RAKYAT SEMENANJUNG?

11 April, 2011

Clutch plate haus bawak Mat Sembab!

Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Townsquare.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

P/S: Heli ada clutch plate ke? Hih hih hih!

06 April, 2011

Pengerusi SPR dibersarakan selepas PRN Sarawak.

Sat ni aku dapat sms (2.50 p.m.) dari sedara (adik beradik kongsi moyang) aku memaklumkan perihal SPR yang masih buat2 bodoh walaupun sehingga tempoh bantahan berakhir SPR masih tak mengumumkan calon yang bertanding. Alkisah calon BN yang tak menyertakan laporan kewangan masih tidak dibatalkan pencalonan.

Ooo! kalau calon PR yang silap cepat sungguh hangpa buat kerja iyer!?

Hampeh punya SPR!

P/S: Kalau SPR tak leh cover Calon BN kat Muara Tuang kompom jadi macam tajuk kat atas!

01 April, 2011

Tanda-tanda PAS akan tinggal 1 kerusi di Perak!

Sat ni teman baru bersembang dengan Wak Al Banjari. Teman nanyakan pasal bajet nak ke Sarawak. Nak menitik ayor mata teman nengor ceghiter dia. Setakat ni bajet nak ke Sarawak tak cukup lagi weh!

Teman "Ater, pimpinan PAS yang dapat lot balak zaman Nizar ari tu tak ngulor2 ke Wak?"

Wak "Ana dah tulis dalam blog takkan depa tak paham kot?" (Wak sembang slang jemaah PAS dengan teman}

Teman "Aik! aku nengok dah ada yang pakai Estima, Mercedes takkan tak boleh hulur seratus dua?"

Wak "Tak tau la yob, Ana ni Presiden Blogger PAS pun depa buat tak peduli mungkin bila ente tulis dalam blog baru depa notice kot?"

Teman "Aduihhh! tu la! bila kalah pilihanraya macam2 depa salahkan. Sebab SPR tipu lah! Padang tak rata lah! SPR kalih tiang goal la! Ni sikit punya hal pun tak boleh nak setel! Mungkin depa kalah sebab pengundi tak percaya depa boleh mentadbir kot? Kalau berterusan macam ni mungkin PRU 13 dari 6 kerusi PAS akan tinggal 1 je, itu pun kerusi Nizar!"

Wak "Ana tak boleh cakap macam tu, ente tak per la, kalau Ana cakap cenggitu masak ana!"

P/S: Semua pimpinan PAS utamakan persediaan muktamar kot?

23 Mac, 2011

Kisah 'Rosmah' Sarawak!

Rembat dari http://www.sarawakreport.org BOMOH BERAMBUT PERANG RAZIAH ‘MEMUKAU’ TAIB! Antara rahsia-rahsia yang kini mulai terbongkar pada masa regim Taib Mahmud yang kian roboh, salah satu perkara yang pelik adalah kebergantungannya selama ini kepada seorang bomoh wanita berambut perang yang dibekalkan oleh adiknya, Raziah! Sejak kematian isterinya Laila, Taib dikatakan semakin giat menggunakan perkhidmatan bomoh, dan menurut ahli keluarganya, Raziah telah mulai masuk campur dengan memperkenalkan bomoh wanitanya kepada abangnya itu. “Seseorang yang memperkenalkan bomoh adalah seseorang yang lebih berkuasa”, kata seorang pemberi maklumat kepada Sarawak Report, dengan merujuk kepada Raziah yang sedang mempergiatkan usahanya memperolehi kontrak-kontrak dan geran-geran tanah dari kerajaan negeri. Seorang lagi pemberi maklumat kami memberitahu kami: “Ketua Menteri Sarawak yang sebenarnya adalah Raziah. Raziah telah menggunakan ilmu hitam ke atas saudaranya itu!” Stella! Stella, sebagaimana dia dikenali di kalangan keluarga Taib Mahmud, sebenarnya seorang rakyat Australia berketurunan Lebanon bernama Kharleen Tashman. Stella (yang dikatakan datangnya dari kaum gipsi di Sydney) telah dibawa masuk oleh Robert dan Raziah dalam tahun 2002 untuk menjadi penasihat peribadi ilmu hitam kepada Raziah! Selepas itu, Raziah telah dengan cerdiknya mengembangkan kekuasaan ke atas Taib, dengan mengeksploitasi kesedihan Taib di atas kematian saudara kegemarannya, Arip, yang telah meninggal dunia akibat serangan barah paru-paru dalam tahun 2005. Menurut ahli keluarga mereka, Stella dikatakan telah ‘memindahkan roh Arip’ kepada Raziah, dengan mendakwa Raziah kini berkarisma seperti Arip! Nampaknya Raziah telah berjaya meyakinkan Taib dengan mendakwa dirinya kini layak menggantikan Arip sebagai rakan-niaga dan perancang kepada Taib (dahulunya tugas tersebut dilaksanakan oleh saudara mereka, Onn Mahmud, yang kemudiannya telah bersengketa dengan Raziah dan ahli-ahli keluarga mereka yang lain). Nasihat kerohanian membawa kebaikan kebendaan! Mendiang Arip, sebagaimana yang telah dilaporkan di dalam Sarawak Report, telah memperolehi tanah-tanah yang amat luas yang diserahkan oleh Taib sejak tahun 2000, kebanyakannya adalah tanah-tanah NCR. Selepas itu Raziah telah berjaya menggantikan tempat mendiang. Data-data rasmi, yang kini didedahkan di dalam Sarawak Report, menunjukkan bahawa Raziah, di kalangan adik beradik Taib, telah memperolehi pegangan tanah negeri yang terluas sejak beberapa tahun ini – di mana menurut perkiraan kasar kami, keluasan yang sebesar pulau Singapura. Anak perempuan (Elia) dan suaminya (Robert Geneid) juga turut memperolehi beratus juta ringgit, berdasarkan jual-beli tanah-tanah, di mana kegiatan tiga beranak ini telah menimbulkan rasa cemburu di kalangan keluarga Taib Mahmud sendiri! Ilmu Hitam Sebelum ini kami pernah melaporkan mengenai ketaksuban Taib terhadap nasihat-nasihat bomohnya. Pemberi maklumat kami pernah menceritakan bagai mana rumah beliau di Demak Jaya yang dipenuhi dengan artifak-artifak yang berkaitan dengan ilmu hitam. Menurut pemberi maklumat kami lagi, Stella senang dengan cara dia mempengaruhi Taib, dipermudahkan lagi kerana dia tinggal bersama keluarga Raziah, bersebelahan dengan kediaman Taib. “Setiap awal pagi Stella akan datang ke laman rumah Taib untuk melakukan upacara mengusir mahluk-mahluk jahat” kata seorang lagi pemberi maklumat kami. Seorang lagi kenalan rapat keluarga Taib juga memberitahu kami, “Ketamakan Taib semakin menjadi-jadi dibawah pengaruh Raziah. Dialah yang paling berkuasa di Sarawak, bukannya Taib. Taib telah dipukau. Dia telah berkuasa ke atas Taib sebaik sahaja Laila meninggal!” Sebahagian dari keluarga Taib Kehadiran Stella di beberapa majlis keluarga dan majlis-majlis kenalan rapat mereka dibuktikan dengan beberapa gambar, di mana dia sering diajak bergambar bersama keluarga itu. Pada majlis perkahwinan Elia pada tahun 2010, Stella juga turut dijemput duduk bersama-sama tetamu kehormat mereka. Malah Stella juga turut menghadiri Pertunjukan Fesyen Pakaian Islam di Monaco, yang dibiayai oleh Taib bagi pihak isteri PM, Rosmah Mansor, sebagai suatu cara meyakinkan Najib menjelang pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kini. Penasihat termahal kepada Ketua Menteri! Amaun upah yang diterima Stella amatlah menakjubkan ketika dia berada di kemuncak kegiatan kebomohannya. Biasanya dia akan menerima upah sebanyak RM10,000 sekali dalam dua bulan. Setelah mendapat upah dia akan kembali ke Sydney. Malah, kami juga diberitahu, bahawa ibu kepada empat orang anak itu telah menerima setengah juta ringgit sebagai upah perkhidmatan-perkhidmatannya! Namun, segala semua yang baik pastinya akan berakhir, dan kami difahamkan bahawa bomoh wanita telah kelihatan cuba campur tangan dengan keluarga semasa kematian Laila Taib, yang kemudiannya telah mengakibatkan hubungannya menjadi renggang dengan anak-anak Taib. Kharleen Tashman, telah digantikan dengan seorang lagi wanita Lebanon, yang lebih berkuasa dan lebih menarik – kami difahamkan bahawa wanita berkenaan juga diperkenalkan kepada Taib oleh adiknya Raziah! Hubungan keluarga Geneid dengan isteri muda Taib Kami sebenarnya merujuk kepada Ragat Waleed al Kurdi, isteri muda Ketua Menteri. Ketika Taib mula berkhidmat sebagai menteri ketika Ragat dilahirkan, maka ianya merupakan sesuatu yang bermisteri kepada orang lain. Namun, Sarawak Report, menerusi maklumat dari sumber dalaman yang amat dekat dengan keluarga Taib, mengatakan bahawa Ragat sebenarnya anak saudara kepada Robert Geneid, iaitu suami Raziah! “Taib telah terpukau oleh Rosie (Raziah), dialah yang mengawal segalanya. Dialah yang mengawal semua kontrak dan tanah-tanah yang diserahkan”, rungut seorang ahli keluarga Taib yang menyuarakan rasa cemburunya terhadap adik bongsu Taib itu. Langkah bijak Raziah? Motif Raziah memperjodohkan abangnya berkahwin semula selepas kematian isterinya Laila tidaklah sukar untuk diteka. Keluarga Taib Mahmud telah semakin terdesak dengan usia abang mereka itu yang semakin meningkat, bagi memanjangkan lagi tempoh kekuasaan mereka di Sarawak dan bagi menentukan pengganti itu harus datang dari darah daging keluarga mereka sendiri (terdahulu dari ini, Taib telah dilaporkan membuat Najib marah pada senarai 10 orang ahli keluarganya untuk bertanding nanti). Namun, Raziah telah diketahui beriya sangat untuk memantapkan pengaruh keluarga Geneid untuk masa depan Sarawak. Bagi suaminya, Robert Geneid, yang merupakan anak seorang penaja buah-buahan yang tidak mempunyai asas-asas perniagaan, perkahwinan anak saudaranya (Ragad) sudah pastinya akan mencerahkan peluangnya untuk berkuasa ke atas segala kemewahan dan kepentingan perniagaan di Sarawak sejak dia mengahwini adik Ketua Menteri itu. Jika BN masih lagi diberikan peluang untuk menang pada pilihanraya kali ini, maka inilah orang-orang yang akan mengawal masa depan Sarawak, kata amaran dari salah seorang pemberi maklumat kami. Namun, pasangan suami-isteri yang telah diketahui sedang menunggu peluang untuk berkuasa itu akan mendapati calon isteri abang mereka itu adalah lebih sesuai dari bomoh Kharleen Tashman. Tetapi, jika mereka ingin mengubah fikiran nanti, adakah mudah bagi mereka untuk melucutkan jawatan Ragad?

22 Mac, 2011

Tanda2 Ameno dah nak mampus!

Video sex pulak dah! Aku teringat kisah masa muda2 dulu. Biasanya aku bersama kengkawan akan sembang berbagai tajuk sementara tunggu mata mengantok. Mula2 citer pasal musik. 2nd phase citer pasal kemanusiaan. 3rd citer agama. 4th, pasal dah abis modal mulalah merapu citer sex kuar!5th megholoh! haa! kalau citer sex tu memang ler tanda2 penamat citer! Jadi samalah jugak citer sex DSAI yang terkini. Tu memang ler tanda2ameno dah nak mampus! P/S: Mr T tu siapa hah? T: tungau? Taik? Tongong? Toncit? Toyol?

18 Mac, 2011

PRU 13: Kepada ahli PAS dan PKR(muslim) yang berangan nak jadi calon sila khatam ni dulu!

1. sumber Bismillahirrahmaanirrahim Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam,tuhan yang menciptakan dari sekecil-kecil makhluk hingga sebesar-besarnya.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Shollahu A'laihi Wasallam para Sahabat dan ahlu bait sekaliannya. Dalam suasana negara kita yang makin hampir dengan Pilihan Raya Umum dengan pelbagai desas-desus,semua pihak di setiap kawasan dan peringkat sibuk dalam menggerakkan jentera masing-masing ada baik jika artikel kali ini sedikit sebanyak menyedarkan kita hakikat kita sebagai manusia di bumi ALLAH. Allah berfirman : " Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak.Mereka itu mendapat azab yang pedih" Asy Syuura:42 Nabi bersabda :( Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu dipertanggungjawab atas apa yang dipimpin nya) Al Bukhari: 893 Muslim: 1829 Nabi bersabda :( Sesiapa pemerintah yang menipu rakyatnya maka dia di neraka ) Al Bukhari: 7151,Muslim: 142 Telah berkata Muhammad bin Jumadah, dari A'tiah, dari Abi Sa'id Al Khudri Marfu'an :( Sepedih-pedih azab keatas manusia di hari akhirat pemimpin yang zalim ) Al tarmizi : 1329, Ahmad:3/22 Nabi bersabda :( Tiga doa yang mustajab tanpa syak padanya: doa orang yang dizalimi, dan doa orang yang bermusafir,dan doa kedua ibu bapa kepada anak-anaknya) Sanad nya kuat : Abu Daud:1536,Al Tarmizi:1906,Ibnu Majah:3862 Daripada firman dan hadith-hadith nabi ini, jelas lah bagi kita bahawa berat nya tanggung jawab yang dipikul oleh seorang pemimpin.Imam Al Zahbi menyenaraikan PEMIMIPIN YANG MENIPU RAKYAT,BERBUAT ZALIM ADALAH DI ANTARA DOSA-DOSA BESAR,di dalam bukunya AL Kabair. Tidak boleh tidak,seorang pemimpin itu hendaklah berlaku adil pada pimpinannya,dari sekecil-kecil hal hinggalah sebesar-besar masalah.Nabi bersabda : ( Pemimpin yang adil Allah melindunginya di bawah nauganNya) Al Bukhari: 423,Muslim:1031 Jika seorang pemimpin itu telah berlaku adil,tidak lah perlu dia takut kerana naungan Allah tetap bersama dengan nya.Mereka yang membantu agama ALLAH,insyallah ALLAH akan membantunya. Wallahu Ta'ala A'lam 2. Sumber Menjadi pemimpin menjadi salah satu tugas yang dibebankan kepada manusia di muka bumi ini. Setiap orang adalah pemimpin dan harus bisa memimpin, minimal memimpin dirinya sendiri. Mustafa Masyur dalam buku Qiyadah Wal Jundiyah memaparkan beberapa hal yang penting untuk diketahui seorang pemimpin yang baik, khususnya sebagai seorang pemimpin dakwah. Amanah dan Tanggung Jawab Pemimpin Besar dan beratnya tanggung jawab pimpinan ditentukan oleh besarnya cita-cita dan kemajuan yang akan dicapai, sedangkan cita-cita kita adalah menegakkan Dinullah dengan membangun Daulah Islamiyah sedunia;beratnya amanah tergantung luasnya daerah dan medan pegerakan;semakin besar dengan banyaknya anggota;produktivitas yang dihasilkan;kompleksnya persoalan dunia Islam;harapan yang ditaruh oleh seluruh ummat Islam;dan berlikunya jalan dakwah ini beserta rintangan yang menghadang. Terakhir, amanah pimpinan jamaah ini berat karena karakter tahap dakwah yang sedang dilaluinya. Hal-Hal yang Membantu Terlaksananya Tugas Pimpinan 1. Ikhlas karena Allah semata, serta selalu banar dan jujur pada-Nya. 2. Peka terhadap pengawasan dan penjagaan Allah. 3. Memohon pertolongan dan perlindungan Allah dalam seluruh keadaan dan aktivitasnya. 4. Memiliki rasa tangung jawab yang besar. 5. Memberikan perhatian cukup kepada masalah pendidikan (tarbiyah), serta menyiapkan kader pengganti. 6. Terjalinnya rasa kasih sayang dan ukhuwwah yang tulus di kalangan anggota jamaah, khususnya antara anggota dan pimpinan. 7. Merencanakan program dengan tepat, menentukan tujuan, tahapan, cara, sarana, persiapan-persiapan sesuai dengan kemampuan. 8. Para pimpinan cabang dan anggota harus merasakan beratnya amanah yang tanggung jawab pimpinan pusat dalam melaksanakan tugas dan kewajibannya. 9. Bersungguh-sunguh menyalakan cita-cita, mengukuhkan tekad dna membangkitkan harapan di kalangan anggota jamaah. Ada tiga faktor keberhasilan yang perlu diperhatikan, pertama, dakwah ini adalah kekuatan dakwah kita yang merupakan dakwah Allah; Kedua, Tujuan kita yang murni; Ketiga, ketergantungan kita hanya kepada pertolongan dan dukungan Allah. Sifat ? sifat yang harus dimiliki setiap pemimpin dakwah: 1. Senantiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas krena Allah semata. 2. Budaya ingat kuat, bijak, cerdas, berpengalaman luas, berpandangan jauh dna tajam, berwasasan luas, mampu menganalisis berbagai persoalan dari segala segi dengan tepat dan cepat menerapkan hasil analisanya dengan baik. 3. Berperangai penyantun, lemah lembut, dan ramah. Bersifat bersahabat. 4. Berani dan sportif, tidak pengecut,dam tidak membabi buta. Shiddiq, benar dalam berkata, sikap dan perbuatan. 5. Tawadhu,merendahkan diri dan tidak membanggakan diri kepada manusia. 6. Memaafkan, menahan marah dan berkalu ihsan. Menepati janji dan sumpah setia. 7. Sabar, karena jalan dakwah adalah jalan panjang yang penuh onak dan duri. 8. Iffah dan Kiram. 9. Wara dan Zuhud. 10. Adil dan jujur meskipun terhadap diri sendiri. 11. Tidak mengungkit-ungkit dan menyombongkan diri. 12. Memelihara hal-hal yang dimuliakan Allah. 13. Berlapang dada dan tidak melayani pengumpat dan pengadu domba. 14. Tekad bulat, tawakal dan yakin. 15. Sederhana dalam segala hal. 16. Bertahan dalam kebenaran dengan teguh dan pantang mundur. 17. Menjauhi sikap pesimistis dan over estimasi. Petunjuk Pergaulan antara Pemipin dan Anggota: 1. Pemimpin harus pandai memilih orang yang layak dalam jabatan dan persoalan tertentu. 2. Tidak bersikap pesimis dan buruk sangka. 3. Dapat bergaul dengan para pembantu dan anggotanya. 4. Memperbaiki pembagian tugas dan mnentukan spesialisasi. 5. Menentukan, mengatur, dan memudahkan jalur komunikasi di setiap peringkat dan bagian. 6. Berusaha sungguh-sungguh meningkatkan posisi kepemimpinan dan melatih anggota sesuai dengan bidang masing-masing. 7. Memberikan kebebasan kepada pimpnan tingkat cabang untuk memilih sarana dan cara paling baik. 8. Membangkitkan semangan kerja sama antara para pimpinan cabang. Membiasakan diri bermusyawarah dengan para pembantunya sebelum mengambil keputusan penting. 9. Menentukan keputusan dan perintah yang hendak dilaksanakan. Mengadakan pertemuan-pertemuan rutin untuk menyelaraskan gerakan dan kerja sama. 10. Memperhatikan mata rantai komunikasi. 11. Selain menegur dan mebetulkan kesalahan anggotanya juga selalu mendorong dan meningkatkan semangat orang-orang yang telah menjalankan tugasnya dengan baik. 12. Semua anggota jamaah bekerja sama semata-mata karen Allah. 13. Memiliki pengetahuan lengkap tetang perjalanan gerakan, pelaksanaan dan aktivitas yang dilakukan para pelaksana atau anggota yang diserahi tugas tertentu. 14. Meminta pandangan dan saran-saran anggota tertentu yang berguna. 15. Seorang anggota tidak boleh diberi tugas dalam satu bidang gerakan kecuali ia telah benar-benar menguasai bidang tersebut. 16. Orang yang terlalu bersemangat sebenarnya berbahaya jika diletakkan di tempat yang strategis. 17. Jika kalah dalam pertarungan, pemimpin harus segera meningkatkan moral anggotanya. Hal umum yang perlu diperhatikan pemimpin: 1. Memperhatikan kelurusan, keaslian, kemantapan jalan dakwah serta menjauhi segala bentuk penyimpangan. 2. Memadukan antara generasi pertama dengan generasi penerus. 3. Harus waspada terhadap berbagai usaha musuh. 4. Memelihara tabiat gerakan dakwah dengan mengerahkan seluruh potensi yang ada. 5. Waspada dan hati-hati mengeluarkan keputusan yang berkaitan dengan darah seorang Muslim. P/S: Kepada yang tak mampu tu, jadi tukang cari buluh untuk pacak bendera macam aku dah la!

15 Mac, 2011

Untuk rakyat atau untuk kuasa?

Kerapkali bila dengar ahli politik bercakap semuanya untuk rakyat. 1. Anwar lebam mata = untuk rakyat. 2. Mahathir perabih duit bina cyberjaya, Putrajaya = untuk rakyat. 3. Najib = Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Kih kih kih cittt Pooorahhhhhh! Aku harap untuk akan datang, ahli politik tak payahlah nak pakai ayat "untuk rakyat" ni lagi. Aaa.... kat Jepun pun semasa bina logi nuklear pun guna ayat "untuk rakyat" jugak. Memang untuk rakyat sungguh! P/S: semenjak dua menjak nih, kutuk Najib ok lagi tapi jangan kutuk Anwar wooo! Hangpa semua dah berangan nak jadi Menteri ke? Hangpa bangga sangat ka berjuang masa Anwar kena tangkap dulu? Poraaahhh! Aku berjuang nyawa harga 15 sen dulu2 pasai nak bagi hangpa hidup aman damai tak kecoh pun!

11 Mac, 2011

Kes Liwat: Kompom Buang Kes

Baca: sini, sini Soalan2 yang menerjah fikiran aku: A. Kes Liwat II Anwar bertujuan untuk mengekalkan kuasa BN? B. Individu gambar di atas ingin menghapuskan individu yang berpotensi mengancam habitatnya? mmmm.... Kompom 90% akan buang kes! P/S: Anwar jangan perasan plak! Orang kesian kat hang pasai hang ada kes. Kalau buang kes aku harap hang setelkan haru biru yang berlaku dalam pemilihan lepas. Kalau tak setel hang pun 2 x 5 seropa UMNO jugak!