Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

24 April, 2009

Jaga Yob Nizar dengan Yob Speaker kita bebenor kome oii ......!!

Atas dasar yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan, teman tiru dan tempek di bawah ni 2 posting dari Blog Yob Pink Turtle yang teman gerenti tak akan keluor dalam Utusan Meloya, Berita Hairan, TV 3 suku, Rehat Tunggu Mati (RTM), TV 9 kupang atau TV 7 ghinggit suku! Berhati-hatilah...! Kebuntuan ini sebenarnya mendedahkan DS Nizar dan Speaker kita di kedudukan yang bahaya! Jaga Yeop Nizar dengan speaker kita bebenor kome oii ......!! Mahkamah arahkan Gani Patail beri penjelasan situasi 2 MB di Perak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Peguam Negara untuk memberi penjelasan terhadap situasi yang membawa kepada wujudnya 2 Menteri Besar di Perak. Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim memberi arahan itu setelah membenarkan Tan Sri Gani Patail masuk campur dalam perbicaraan berhubung kemelut politik itu.Greenboc ……………………………………………………………………………………………………… Siapakah Menteri Besar Perak yang sah? Siapakah Menteri Besar Perak yang sah? Inilah pertikaian di Mahkamah sekarang. Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan Peguam Negara menjadi ‘pencelah’ dalam kes ini. Menurut Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, adalah wajar untuk membenarkan Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mencelah dan membantu mahkamah menyelesaikan pertikaian ini. Menurut Gani, beliau berhak mencelah dalam kes ini kerana ia melibatkan kepentingan awam dan pentafsiran Perlembagaan Perak serta Perlembagaan Persekutuan. Peguam Dato seri Nizar, Sulaiman Abdullah membantah pencelahan Peguam Negara dalam kes ini. Menurutnya, apa jua keputusan mahkamah kelak, tidak akan memberi apa-apa kesan kepada Peguam Negara. Oleh itu, beliau tidak ada hak untuk mencelah dalam kes ini. Isu yang dipertikaikan ialah ‘Siapakah Menteri Besar Perak yang sah?”. Apa kena-mengena kes ini dengan Peguam Negara? Adakah hak atau liabiliti Peguam Negara akan terjejas apabila mahkamah membuat apa-apa keputusan? Tetapi, mahkamah telah mengenepikan hujah beliau dan membenarkan Peguam Negara mencelah dalam kes ini. Menurut Sulaiman lagi, Zambry memang sudah diwakili oleh peguam-peguamnya sendiri. Oleh yang demikian, tidak perlu untuk Peguam Negara untuk mencelah. Sulaiman juga mebalas hujah Peguam Negara yang mengatakan bahawa ini merupakan kes kepentingan rakyat, oleh itu beliau berhak mencelah. “Nampaknya Peguam Negara bukan menjaga kepentingan rakyat, tetapi menjaga kepentingan Barisan Nasional” bidas Sulaiman. Dalam masa yang sama, Dato Seri Zambry mencari jalan pintas untuk memohon supaya kes ini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan. Dato Seri Nizar membantah permohonan tersebut.Menurutnya, Mahkamah Persekutuan tidak boleh menjawab apa-apa persoalan perundangan berdasarkan andaian. Semua fakta-fakta material perlu dibangkitkan dan dipertimbangan dalam mahkamah tinggi terlebih dahulu. Dato Seri Nizar telah menfailkan afidavitnya untuk membantah permohonan Dato Seri Zambry. Perkara ini akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 28 April 2009.

3 ulasan:

bukit teluk sera berkata...

aku suka krisis perak. semakin ia bercelaru, semakin jelas buruk rupa BN dalam memanipulasi apa yg dia ada, baik media - kakitangan awam - kehakiman - wang rakyat - apa saja.

pemburu yg selalu pasang jerat terlalu banyak, biasanya dia lupa di mana jerat2nya berada. kelak dia takkan dapat ke mana2 sekalipun, kerana khuatir terjerat dek jeratnya sendiri.

TheCyberSniper berkata...

bukit teluk sera,
aku setuju..! ianya juga turut mematangkan kita untuk menghadapi mereka. Namun ada juga pihak kita yang tidak mengikuti perkembangan ini. malangnya .....!

Tanpa Nama berkata...

Aku juga bersetuju tentang komen bukit teluk sera dan TheCyberSniper.Aku suka kalau Gani empattail itu turut mencelah dan mahkamah menyebelahi UmeNo, lepas ni aku yakin hanya tinggal beberapa kerat aje lagi wakil UmeNo/Bee End pada PR13. Rakyat Perak dah meluat dengan korang Bee End