Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

26 April, 2009

Keresahan di hati !

By: Zulan Sekadar lontaran keresahan…. PRU12 menyaksikan rakyat di 4 buah negeri iaitu di Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah berkehendakkan parti-parti dari Barisan Alternatif menguasai pimpinan negeri tersebut (Barisan Alternatif kemudiannya ditukar ke Pakatan Rakyat). Negeri Kelantan terus kekal di bawah kepimpinan PAS dengan majority yang lebih besar. Di peringkat permulaan BN kelihatan terduduk lesu dan rakan-rakan politik Presiden UMNO yang sentiasa mengintai peluang untuk naik ke atas mengambil kesempatan ini untuk menjatuhkan presiden mereka sendiri atas alasan kepimpinan presiden merekalah penyebab kekalahan BN! Pimpinan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat tanpa berlengah-lengah terus melaksanakan hasrat nurani rakyat dan sebagai contoh (contoh yang paling popular) kerajaan negeri Perak di bawah MB DS Nizar meluluskan hakmilik tetap tanah tapak rumah bagi penduduk Kampung Baru (majority kaum Tionghua) dan Kampung Tersusun (majority orang melayu). BN dan UMNO (khasnya) terus melakukan post mortem untuk mengenalpasti punca-punca kekalahan mereka dan akhirnya mereka mengerti perkongsian PERSAMAAN menegakkan KEBENARAN DAN KEADILAN yang menjiwai rakyat dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah penyebab perubahan ini. BN dan UMNO khasnya melihat scenario ini dengan gerun dan mula mengambil langkah-langkah ‘by hook or by crook’ untuk menyekat nurani rakyat serta penerusan penguasaan Pakatan Rakyat dan akhirnya pentadbiran negeri Perak bertukar tangan secara keji! (dan rakyat Perak terus teraniaya hingga ke hari ini kerana tidak wujud MB yang pasti!) Dalam jarak masa setahun BN terus teruji dengan pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil (PRK). Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Kecuali Batang Ai, yang lain telah dimenangkan oleh rakyat untuk Pakatan Rakyat! Pakatan Rakyat terus dirahmati malangnya masalah lain pula yang muncul kini! Mungkin terasa penat bertungkus lumus berjuang dan menyaksikan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang menjadi calon memenangi pilihanraya seterusnya menduduki saf kepimpinan negeri (Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat), perasaan tamak mula menguasai diri! Yang terbaru dan terkini, PAS Permatang Pauh menuntut kerusi yang dimiliki PKR setelah ADUNnya mengosongkan kerusi (akibat bahana perbuatan diri, memungkiri harapan rakyat negeri sendiri!). Perjuangan atas dasar PERSAMAAN menegakkan kebenaran dan keadilan telah dimungkiri (mungkin tidak disedari). Untuk menghalalkan hasrat di hati semua alasan telah diberi (sebagaimana pembaca semua telah maklumi). Lihatlah! Ini baru menguasai Negeri, belum lagi menguasai Negara! Tidakkah tuan-tuan menyedari!!? Tindakan sekecil ini bakal merubah kepercayaan yang diberi!!? Cukuplah, muhasabah diri…..! Kembalilah ke keadaan sebelum kemanisan ini dikecapi! Apakah PERSAMAAN menegakkan kebenaran dan keadilan perlukah dinodai!!? Apakah perjuangan hanya setakat ini sedangkan perjuangan kearah matlamat yang lebih besar sedang menanti!!? Tidak mengira saudara mara, sahabat handai atau kepimpinan tertinggi, aku tidak peduli untuk meluahkan yang terbuku di hati…..! Pilih antara dua, MENGHANCURKAN HARAPAN RAKYAT atau RAKYAT BAKAL MENGHANCURKAN HARAPAN ANDA! (Sebagaimana BN(UMNO) sedang alami!)