Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

29 April, 2009

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zambry Abd Kadir dari UMNO untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah MB yang sah..!

Nizar - UMNO Tidak Berhak Melangkaui Keputusan Mahkamah Adakan Sidang DUN UMNO perlu bersikap rasional dan menangguhkan sidang dewan undangan negeri Perak pada 7 Mei depan sehingga isu dua menteri besar Perak diselesaikan. Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata UMNO tidak perlu terlalu ghairah mengadakan sidang DUN itu apabila banyak persoalan mengenai perlembagaan negara dan negeri masih belum diputuskan. Beliau berkata demikian setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zambry Abd Kadir dari UMNO untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah MB yang sah. Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi. Di luar mahkamah, Mohd Nizar berkata kepada pemberita bahawa keputusan hari ini adalah petanda yang krisis politik Perak akan dapat mencapai penyelesaian muktamad. “Saya harap persidangan Dewan Undangan Negeri 7 Mei ini ditangguhkan sehingga pertikaian ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Tidak perlulah kita tergesa-gesa (untuk membuat persidangan itu) kerana terdapat banyak fakta-fakta yang dipertikaikan di sini,” katanya. Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmm... akad nikah tak lepas dah kalut nak bersanding...! Kalut tahap gaban....!

Salleh berkata...

memang betui kata hang... kalut tak berpada-pada. tok blum lagi kata sah, dah nak masuk bilik. tak malu betui...

Tanpa Nama berkata...

biase la..org da kemaruk nk dok atas..tk hingat dunia da..

Tanpa Nama berkata...

jenis haram nie bukan pakai akad nikah beb, tepi jalan pun dia sapu.

tamanpauh

Tanpa Nama berkata...

Dah bonci tambah bonci lagi dgn perangai orang2 amno ni. Nasib baiklah den dah tinggalkan umno sejak '79 lai. Den tak nyesal.

Tanpa Nama berkata...

kalau x jadi MB baru...mano nak lotak muko
muko x reti malu...songeh jer lobih...