Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

29 Julai, 2009

Ingatkan dah senyap! dah mula ikut lain pulak!

Senjak Perak dirampas, macam2 cerita aku baca berkaitan UMNO taoi aku stay cool sebab perangai UMNO memang macam tu. Ada satu perkara yang aku follow dan telahan aku ternyata benar! ikuti bual bicara aku dengan kawan aku baru-baru ni. "Assalamualaikum syeikh!" sapa aku kepada kawan aku orang kuat PAS. "Waalaikumsalam! apa citer?" sahut beliau complete tanya. "Banyak la citer, sampai pening aku memikiornya! Dulu pening pasal kes UG, la ni pening pasal UMNO serang selangor pulak!" jawab aku bersahaja. "Selangor pandai2 la diorang menyetelnya pasal apa pulak hang nak pening pasal UG pulak!?" balas beliau. "Maunya aku tak pening pasal UG! kerana UG presiden korang dengan Nik Aziz hampir nak berbalah, hang tak kisah ke!? jolok aku kerana memikirkan ada sesuatu yang tak kena. "Itulah hang! UG tu bagus apa! Tuan Guru presiden selaku orang yang utama dalam parti mestilah rancang sesuatu untuk memakmurkan negara. Lagipun kita dengan UMNO tu sebangsa. Bukan ker menautkan kembali silaturahim tu amalan mulia yang dituntut dalam Islam! Hang pun macam Nik Aziz, PKR dengan DAP jugak!" Ujarnya membela presiden. "Aku ni tak memihak sapa-sapa! Hj Hadi ke, Nik Aziz ke, LGE dari DAP ke atau Anwar Ibrahim dari PKR. Yang aku nampak, korang ni tak serik-serik! Dah kena patuk banyak kali pun dok terhegeh-hegeh jugak. Orang yang nak menghampiri Islam hangpa buat tak peduli, puak malaun yang nak menjauhi Islam tu la yang hangpa nak pelok sangat!" aku tak maksud pun apa yang aku cakap tapi sengaja jolok! "Hang ni sebenarnya tak paham! tak mendalami agama! Dalam Al-Quran menyebut berbaik sesama musuh tu adalah dituntut! Itulah, aku suruh datang malam rabu hang tak mau! kan dah blank!". mmm..... malas aku nak memanjangkan cerita. Lebih2 karang jadi lain pulak! Tapi yang aku pasti, semenjak YDP PAS negeri dah bertukar yang baru ni, seolah-olah macam agenda UG ni dah bermula kembali! Adakah Ustaz Ahmad Awang diarahkan untu mengundur supaya dapat digantikan dengan individu yang sehaluan dengan Hj Hadi?

1 ulasan:

Unknown berkata...

Aku dah meluat tengok dua tiga ekoq ustaz PAS kat Ipoh ni..... sembang pun dah macam Harusani.