Selalu terbaca......
Akhirnya.....
Merit pemimpin gerakan Islam
INDIVIDU yang faqih memahami al-Quran dan sunah mempunyai kedudukan tinggi dan mulia di sisi Allah dengan syarat disertai dengan takwa sebagaimana sabit dalam al-Quran dan al-Hadis. Rasulullah SAW bersabda:
''Sesiapa yang Allah mahukan untuk dirinya satu kebaikan maka Allah bagi kefaqihan (kefahaman mendalam) dalam agama.'' (Riwayat Bukhari)
Menjelaskan kedudukan dan kelebihan ulama secara umum sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis tidak bererti mensucikan individu yang alim daripada kelemahan dan kesilapan.
Ulama bukan jenama eksklusif milik golongan atau institusi tertentu seperti Majlis Syura Ulama, Dewan Ulama, persatuan-persatuan ulama, majlis-majlis ulama dan seumpamanya tetapi ia adalah sifat yang boleh dimiliki oleh sesiapa yang menguasai disiplin ilmu wahyu yang baik dengan kemampuan bahasa Arab yang mantap dan mampu merujuk kepada al-Quran dan hadis meskipun dia seorang peniaga, petani, kerani, ahli politik, doktor, jurutera dan sebagainya.
Mencadangkan Presiden dan Timbalan Pas dalam kalangan "ulama yang faqih dan memahami realiti semasa" adalah cadangan berasaskan merit dan kelayakan untuk diberi keutamaan (afdal dan lebih baik) untuk menjadi pemimpin iaitu ilmu agama di samping sifat kepimpinan yang lain seperti beriman, bertakwa, bijak dan amanah.
Cadangan tersebut tidak menafikan kelayakan untuk memimpin bagi individu-individu yang mempunyai sifat-sifat pemimpin seperti beriman, bertakwa, bijak dan amanah namun memiliki kekurangan pada keilmuan dan kefaqihan agamanya.
Cadangan tersebut juga tidak menghalang mana-mana individu yang mempunyai sifat kepimpinan seperti beriman, bertakwa, bijak dan amanah tetapi masih kurang keilmuan dan kefaqihan agamanya, meskipun latar belakang pekerjaannya pelbagai tetapi masih tetap berkelayakan untuk menjadi pemimpin di semua peringkat parti sama ada cawangan, kawasan mahupun pusat. Dan itulah yang telah berlaku selama berdekad dalam Pas sejak awal penubuhannya.
Cadangan ilmu dan faqih agama sebagai merit kelayakan pemimpin utama gerakan Islam bukanlah cadangan yang undur ke belakang sebagaimana dakwaan sesetengah pihak kerana ia selari dengan Islam sebagaimana dicontohkan oleh para rasul dan Khulafa Rashidin. Kegemilangan mereka menjadi teladan kepada kita dalam mengemudi gerakan Islam pada masa kini.
Nak baca selanjutnya di SINI
4 ulasan:
aku bukan nak bangkang sangat geng ulamak, namun aku bukan penyokong non ulamak.
hakikatnya, pengacau atau dipanggil "kemucuk" dalam PAS sebenar adalah kelumpuk yang mewujudkan gelaran ulamak dan non ulamak dalam parti. Kelompok ini bertidak memecah belah parti dengan pelbagai gelaran dan nama, semata-mata untuk membersihkan diri dan membolok kuasa.
Ya Allah! hancurlah kelompok ini, kerana perpecahan dalam gerakan Islam akan membawa bencana kepada jemaah Islam.
Apabila wujud ulamak dan non ulamak bermakna PAS juga telah diresapi fahaman sekular.
Ulamak yang dok tonjol kumpulannya konon lebih sesuai pegang jawatan besar dalam parti adalah ulamak sekular.
Sekular adalah sesat!
Dalam satu parti tak kan semua ahli ada sifat takwa. Imam yang ada takwa lebih afdhal dari imam lantikan jakim. Dalam parti, ketua atau presiden dan timbalan presiden yang lebih sifat takwa lebih utama walaupun tak pandai masak nasi. Apa yang difikir untuk masyarakat atau ahli atau makmum di bawahnya.
Ni semua poyo.... semua gila kuasa....mmg haram jadah bak kata piem..hahaha
Catat Ulasan