Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

11 Jun, 2015

Keputusan muktamar muktamad! Harus letak jawatan!

MAHFUZ OMAR DEDAH TINDAKAN LULUS USUL PUTUS HUBUNGAN DENGAN DAP TANPA BAHAS ADALAH ARAHAN PRESIDEN

Keputusan untuk meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DA...P tanpa bahas dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Bekas pengerusi jawatankuasa usul muktamar Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Abdul Hadi telah mengarahkannya untuk berbuat demikian dalam mesyuarat pada hari kedua muktamar, minggu lalu. Katanya, selain Abdul Hadi, mesyuarat itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
"Asalnya usul yang dibawa Dewan Ulama itu memang untuk dibahas. Tetapi pada hari kedua muktamar, presiden dan mursyidul am, timbalan presiden yang baharu, timbalan presiden yang lama dan setiausaha agung panggil saya dan meminta usul itu dijadikan usul tanpa bahas.
"Dalam mesyuarat itu, saya telah sebutkan mengenai implikasi sekiranya usul itu dibahas atau tidak dibahas. Tetapi semuanya mahu usul itu dilulus tanpa dibahas, jadi saya ikut arahan saja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun usul itu telah diarahkan untuk dilulus tanpa dibahaskan, muktamar masih mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan itu.
"Dalam muktamar, ahli Majlis Syura Ulama juga merupakan sebahagian perwakilan. Jika mereka mahu usul itu dibahaskan, mereka boleh buat begitu kerana kuasa muktamar kuat.
"Mereka boleh cadangkan kepada pengerusi tetap dan kalau majoriti bangun sokong, saya percaya usul itu boleh dibahaskan," katanya.
Sehubungan itu, katanya, Pas tidak perlu mengadakan satu muktamar khas untuk membincangkan semula usul berkenaan.
"Bagi saya muktamar khas tidak perlu kalau itu sudah diputuskan. Sepatutnya semua pihak harus peka pada hari muktamar," katanya.

4 ulasan:

aku berkata...

Apalah susah sangat nak putuskan hubungan dengan DAP ni, Kalau muktamar telah sebulat suara setuju putuskan hubungan dengan DAP maka patut putuskan sahaja. Ahli2 yang memegang jawatan kita arahkan letak jawatan. Habis cerita ni berbelit2 seolah2 keputusan yang dibuat itu hendak di U Turn kan ini sungguh memalukan apatah lagi oleh parti yang menperjuangkan Islam. Beginikan perangai orang Islam. Patutnya apabila sudah buat keputusan maka kita patut bertawakal kepada Allah terhadap keputusan yang telah kita buat semuga keputusan tersebut adalah yang terbaik.Bukan tak pasti.

Tanpa Nama berkata...

ini bukanlah lagi mengenai maruah tapi dah masuk bab ekonomi. kalau pas arah ahli yg pegang jawatan di penang dan Selangor, anak menantu akan hilang jawatang yg bergaji puluh ribu sebulan! mcm mana nak menten bmw sport tu nanti?

kalau mrk2 ini beriman kpd Allah Yang Maha Berkuasa, nescaya tiadalah istilah2 jebon, anjing, babi, barua, broker, tolol, pengkhianat, pil kuda dsb.

mohamad adel berkata...

FUlus lebih power dpd keputusan muktamar.

Potailangek berkata...

Kahkahkah..
Ahlil fulusi wal jamaah..