Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

06 November, 2009

Jangan bersyubahat!

Aku kerapkali berfikir, politik ala Malaysia memang penoh dengan pembohongan. Yang betul sikit, bohong banyak. Semua kata-kata tak lebih hanya untuk mendapatkan kuasa. Tapi kerana berimej smart, pakai serban, pakai tie maka khalayak tertipu bulat-bulat. UMNO - tak payah tulis. A - Z macam sial. PAS - "PAS for All" tapi: a. Banyak fikiran berlegar untuk ahli parti, untuk Islam konon tapi dok cerita pasal Melayu. b. Buat konvensyen untuk blogger PAS sahaja. All apakebenda! c. All untuk all Malaysian tapi duduk dalam Pakatan (kengkawan tuh!) buat taik. Jemaah untuk sesama ahli je tapi jemaah sesama Pakatan Rakyat tarak! d. PJ Negeri kuasa presiden. Patut all ahli yang pilih. All? Kah Kah Kah! PKR - ""Keadilan untuk semua" tapi: a. Pilih pengerusi negeri guna kuasa veto. Adil? Pooraahh! b. Orang yang berkredibiliti masuk, dengki! (Kes Azmin n Zaid) Ni berparti untuk rakyat atau untuk kepentingan diri sendiri? Depa kutuk parti bateri 3A marah plak! DAP - "Malaysian Malaysia" tapi: a. Semua cadangan kebanyakannya untuk kepentingan ahli terutama Cina. Lim Guan Eng terkecuali. b. Ada lagi tapi aku tak faham pasal depa cakap bahasa cina. Mulai sekarang aku ambil keputusan yang betul aku sokong yang salah aku hantam. Kalau tak, BN perentah ke, Pakatan Rakyat perentah ke, keadaan akan tetap sama. Yang susah tetaplah susah jugak sampai bila-bila. Aku tak nak bersyubahat. Dosa syubahat lebih besar dari dosa situkang buat! Mampuih pi!

Tiada ulasan: