Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

05 November, 2009

Nizar: Kalau Menang... Kalau Kalah ...

Aku sebenarnya tak ambil pot sangat samada Nizar menang atau kalah dalam perbicaraan hari ini. Seperti yang sudah-sudah, keputusan akhir akan menyebelahi BN. Tau Dah! Tapi kalau Nizar menang, paling penting pada aku: 1. Pastikan PRK di Behrang, Jelapang dan Changkat Jering. 2. Kuota Staff di Pejabat MB harus dibahagikan samarata. Jangan macam dulu di kongker oleh PAS! Mungkin Allah s.w.t sengaja bagi Nizar kalah kerana: 1. Yang buat kerja sikit, yang ramai Pok Yet. 2. Saja suruh puak-puak PAS yang mintak lot balak (untuk jemaah konon!) masa Pakatan Rakyat memerintah mati cepat. 3. Ramai lagi geng dalam PKR yang berselimutkan Umno. Kalau tak berselimutkan Umno pun banyak yang jenis "sembang mantap tapi masuk ikut pintu, teghebit ikut tingkap!" Pembersihan belum selesai. 4. Tunggu Nizar jadi Presiden PAS dulu. (Ini memang aku berharap sesangat!) P/S: He he he. Aku dah standby nak gi Ipoh ni kalau Nizar menang!

Tiada ulasan: