Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

07 April, 2012

PAS Penang tidor!

Hari ini hamba hendak bercerita pula tentang kes tanah di Pulau Pinang. Setelah geng-geng India Pulau Pinang buat kecoh disana, tentang kes tanah masjid dirampas oleh DAP, atau ayat konar baringnya, setelah geng umno Pulau Pinang buat kecoh tentang Kerajaan Pulau Pinang merampas tanah masjid disana.

Isunya adalah, puak India umno Pulau Pinang tuduh, tanah masjid telah dirampas oleh kerajaan negeri melalui sebuah syarikat bernama Ivory. Puak penyokong LGE pula kata, tanah itu mana pernah dirampas, sebab tanah masjid pun takda.

Jadi, apa sebenarnya isu yang hendak ditimbulkan disini. Mari hamba ceritakan sedikit;

Ceritanya adalah, tanah ini dinamakan tanah Bayan Baru. Tanah ini adalah tanah komersial yang bernilai gila-gila punya tinggi kerana kedudukannya yang berdekatan dengan jambatan Pulau Pinang dan lapangan terbang. Plan asal tanah ini, mempunyai masjid dan sekolah, tetapi pada tahun 2010, tanah ini telah di tender terbukakan oleh kerajaan negeri untuk dijual kepada syarikat luar. Tanah ini adalah seluas 41.6 hektar.

Yang menang tender ini adalah Ivory Group. Sebuah syarikat bukan Islam telah berjaya membeli tanah kerajaan negeri yang bernilai tinggi sebanyak RM1.1 bilion. Dan selepas Ivory ini telah berjaya memiliki tanah ini, maka tanah seluas 41.6 hektar ini telah menjadi milik persendirian oleh syarikat itu. Maka dengan ini, suka hati Ivorylah hendak buat masjid atau tidak mahu buat sekolah pada tanah ini.

Dalam undang-undang MPPP, untuk kewajiban membuat masjid dan sekolah, satu kawasan perumahan itu perlu ada 1200 hingga 1500 buah rumah. Baru wajib menyediakan tapak masjid dan sekolah. Jadi, jika syarikat Ivory ini telah membuat cadangan pembangunan dengan hanya ada 1119 buah rumah sahaja, maka kewajiban ini akan tiada.

Maka, agaknya, apakah gerangan yang betul atau yang tidak betulnya kes 'rampas tanah masjid' ini?

Yang betulnya, secara lahiriah, memang tiada tanah masjid pun yang dirampas. Tetapi, secara batiniah, memang ada 'tanah masjid' yang sudah dirampas.

Mulanya, hamba sebagai seorang manusia, ingin bertanya, mengapakah kerajaan negeri Pulau Pinang dengan sukahatinya menjual tanah bernilai tinggi ini kepada syarikat luar? Apakah motif disebaliknya kerjaan negeri dengan suka citanya menjual tanah bernilai tinggi ini kepada syarikat persendirian? Mengapa kerjaan negeri tidak mahu membangunkan sendiri tanah ini melalui anak syarikat negeri? Mengapa Plan asal (2006) melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dibakul sampahkan oleh kerajaan negeri, sebaliknya, kerajaan negeri menjual tanah ini kepada syarikat luar?

Menjual tanah seluas 41.6 hektar yang bernilai tinggi milik kerajaan negeri adalah satu kerja yang amat penting untuk rakyat Pulau Pinang mengetahui akan tindakan kerajaan negeri itu. Ini kerana, apa-apa yang dimiliki oleh kerajaan, secara automatiknya, ianya adalah milik rakyat juga. Maka, adakah penjualan tanah ini telah di'iklan'kan atau dibuat pengumuman oleh kerajaan negeri kepada seluruh rakyat Pulau Pinang?

Sebenarnya, jawapannya mudah, semua persoalan diatas dibuat secara senyap-senyap. Rakyat Pulau Pinang tidak tahu menahu apa yang sebenarnya terjadi terhadap isu tanah Bayan Baru ini.

Persoalan yang timbul;

Apa bezanya antara Kerajaan negeri dari parti Gerakan dengan Kerajaan negeri dari DAP? Apakah yang membezakan pentadbiran antara keduanya? Jawapannya sebenarnya, TIADA. Tiada? Kenapa pula tiada? Kan ke Kerajaan DAP dilihat lebih telus dan menjunamkan 'rasuah' ke tahap yang rendah?

Jawapannya, ya dan tidak. Kerana apa ya dan tidak . Kerana pihak DAP hanya menukar kosmestik pentadbiran kerajaan negeri sahaja, bukannya asas tunjang kerajaan itu sendiri.

Apa yang mengarutnya hamba cerita ini?

Hamba sebenarnya tidak mengarut. Hamba sebenarnya hendak bercerita, jika rakyat mahukan sebuah kerajaan yang baru dalam pemerintahan, sebenarnya, bukan hanya dengan menukar parti politik yang akan mentadbir negara atau negeri, tetapi dengan sistem-sistem pentadbiran negara/negeri ini sekali perlu ditukar.

Paling senang, cuba lihat kes tanah 'masjid kena rampas' ini.

Jika sistem akar tunjang pentadbiran kerajaan Pulau Pinang di tukar terus, tidak mengikut kembali sistem yang telah dibuat oleh kerajaan BN dahulu, maka pelan tanah masjid ini tidak akan 'dirampas'. Apa yang berlaku ialah, kerajaan PR Pulau Pinang mengguna pakai undang-undang lama yang telah digubal BN dahulu kala, yang menyebabkan, dengan mudahnya, tanah masjid yang telah dicadangkan oleh PDC dihilangkan didalam plan pembangunan.

Sepatutnya, kerajaan negeri mewujudkan satu undang-undang, setiap inchi tanah kerajaan, yang hendak dijual kepada syarikat luar, perlu diumumkan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang. Satu jawatan kuasa menilai sama ada rakyat bersetuju atau tidak akan penjualan itu, perlu diwujudkan. Pandai-pandai koranglah hendak memasukkan sesiapa dalam jawatan kuasa itu. Wakil penduduk ke, wakil DUN ke, JKKK ke, tok penghulu ke, apa-apa ke, asalkan suara rakyat bawahan ini didengar dan menjadi perkara penting setiap keputusan kerajaan untuk menjual tanah. Ini tidak, pakai jual je.

Keduanya, yang undang-undang MPPP tu yang mengatakan jika ada 1200 buah rumah, baru wajib ada tapak masjid, boleh digubal kepada setiap pembangunan tanah baru, masjid adalah pusat kepada pembangunan itu. Apa? Susah sangat ke hendak ikut sunnah Nabi? Tidak mengikut etika kapitalis?

Itulah hamba kata, jika menukarkan bn kepada PR, hanya semata-mata hendakkan ABU, maka perkara sama pasti akan berlaku terhadap PR. Sebab sistem yang akan ditadbir oleh PR adalah sama dengan sistem yang ditadbir oleh bn. Seperti Selangorlah. Tengok JAIS dan MAIS, apakah yang telah digubal oleh Dr Hassan Ali untuk memperkasakan JAIS dan MAIS? Apakah yang telah dibuat oleh PAS didalam mempekukuhkan undang-undang syariah di Selangor? ZERO!! Yang ada, guna balik apa yang telah digubal oleh umno. Stupid!

Lawati sini

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita sebok dengan pentingnya masjid tapi kita hanya sesekali saja menjenguknya. Janganlah mendabik dada dengan semangat sebok memerlukan masjid sedangkan masjid di dalam dada tidak terbina.

Tanpa Nama berkata...

Nampak macam orang Hassan Ali dan Perkeso je...kah..kah...kah

Tanpa Nama berkata...

reuh nak tapak masjid, tanya balik kat shaik tu berapa kali dia pijak tangga masjid

Tanpa Nama berkata...

Alaaa. Cuba kira berapa saf makmum kat Masjid bayan baru tu. Masjid tu besar juga...

Ada berapa ekor melayu yang tinggal kat penang tu. Banyak perantau je. Kenapa kalut pasal tanah masjid kalau masjid yang sediada tak hidup?

Tanpa Nama berkata...

Setuju; yang penting imarahkan masjid. Kalau ada masjid banyak tapi kosong, tak bagi faedah pun. Kalau ada tanah bernilai tinggi buat masjid kononnya sebagai aset melayu/islam lupakan je lah. Aset melayu/islam adalah iman dan amal. Kita rasa buat masjid adalah syiar islam...Sapa cakap, kalau masjid pun tak jejak syiar apa? Tapak masjid boleh kita usahakan digazetkan dalam pembangunan. Ni pelan pembangunan pun belum dihantar. Nak bantah buat apa? Nak tuduh-tuduh tak main la beb. Sekolah dulu, nanti jadi orang jahil!